Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta

Saiz semula, alihkan atau kunci jadual dalam Pages pada Mac
Saiz semula jadual
Mensaiz semula jadual menjadikan jadual lebih besar atau lebih kecil; ia tidak menukar bilangan baris dan lajur yang terkandung dalamnya.
Pergi ke app Pages
pada Mac anda.
Buka dokumen dengan jadual, klik jadual, kemudian klik
di penjuru kiri atas.
Seret sebarang segi empat putih pada pinggir jadual untuk menjadikan jadual lebih besar atau kecil.
Saiz semula baris dan lajur dengan serentak: Seret segi empat putih dalam penjuru.
Saiz semula jadual secara berkadaran: Shift-seret segi empat putih di penjuru.
Alihkan jadual
Pergi ke app Pages
pada Mac anda.
Buka dokumen dengan jadual, klik jadual, kemudian seret
di penjuru kiri atas.
Nota: Jika jadual tidak bergerak bebas, ia ,mungkin terset untuk bergerak bersama teks semasa anda menaip. Untuk menukar seting ini, klik jadual; dalam bar sisi Format
, klik tab Susun, kemudian klik Kekal di Halaman.
Kunci atau buka kunci jadual
Anda boleh mengunci jadual agar ia tidak boleh diedit, dialihkan atau dipadamkan.
Pergi ke app Pages
pada Mac anda.
Buka dokumen dengan jadual, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Kunci jadual: Klik jadual, kemudian pilih Susun > Kunci daripada menu Susun di bahagian atas skrin anda.
Buka kunci jadual: Klik jadual, kemudian pilih Susun > Buka Kunci.