Gunakan Pusat Pemberitahuan pada Mac
Dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac, anda boleh menjejak pemberitahuan yang anda tertinggal dan gunakan widget untuk melihat temu janji, hari lahir, cuaca, tajuk berita teratas dan banyak lagi terus daripada desktop.
Buka atau tutup Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka Pusat Pemberitahuan: Klik tarikh dan masa dalam bar menu, atau leret ke kiri dengan dua jari dari pinggir kanan trackpad.
Tutup Pusat Pemberitahuan: Klik di mana-mana sahaja pada desktop, klik tarikh dan masa dalam bar menu, atau leret ke kanan dengan dua jari ke arah pinggir kanan trackpad.
Gunakan pemberitahuan dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Dalam Pusat Pemberitahuan, gerakkan penuding ke atas pemberitahuan, kemudian lakukan mana-mana antara yang berikut:
Kembangkan atau runtuhkan tindanan pemberitahuan: Jika pemberitahuan app dihimpunkan, berbilang pemberitahuan ditindan. Untuk mengembangkan tindanan dan menunjukkan semua pemberitahuan, klik di mana-mana sahaja dalam pemberitahuan atas. Untuk meruntuhkan tindanan, klik “Tunjukkan kurang”.
Ambil tindakan: Klik tindakan. Sebagai contoh, klik Tidur dalam pemberitahuan daripada app Kalendar, atau klik Balas dalam pemberitahuan daripada app Mail.
Jika tindakan mempunyai anak panah di sebelahnya, klik anak panah untuk lebih pilihan. Sebagai contoh, untuk membalas panggilan menggunakan app Mesej, klik anak panah bersebelahan Tolak, kemudian pilih Balas dengan Mesej.
Lihat lebih butiran: Klik pemberitahuan untuk membuka item dalam app. Jika anak panah ditunjukkan di sebelah kanan nama app, klik anak panah untuk menunjukkan butiran dalam pemberitahuan.
Tukar seting pemberitahuan app: Jika anak panah ditunjukkan di sebelah kanan nama app, klik anak panah, klik , kemudian pilih untuk menyenyapkan atau menyahaktifkan pemberitahuan, atau pilih Seting Pemberitahuan untuk menukarnya.
Kosongkan pemberitahuan tunggal: Klik .
Kosongkan semua pemberitahuan dalam tindanan: Tahan penuding di atas untuk pemberitahuan teratas dalam tindanan, kemudian klik Kosongkan Semua.
Gunakan widget dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Dalam Pusat Pemberitahuan, lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat lebih butiran: Klik di mana-mana sahaja dalam widget untuk membuka seting, app, atau halaman web berkaitan. Sebagai contoh, klik widget Peringatan untuk membuka app Peringatan, atau klik widget Cuaca untuk membuka app Cuaca dan melihat ramalan lengkap.
Saiz semula widget: Control-klik widget, kemudian pilih saiz yang berbeza.
Keluarkan widget: Tekan dan tahan kekunci Option sementara anda menggerakkan penuding ke atas widget, kemudian klik .
Anda boleh menukar widget yang ditunjukkan dalam Pusat Pemberitahuan dan menyesuaikannya. Lihat Tambah dan sesuaikan widget.
Petua: Jika anda perlu meminimumkan gangguan perhatian dengan menyenyapkan semua pemberitahuan—atau membenarkan hanya sesetengah pemberitahuan kelihatan—gunakan Fokus, seperti Jangan Ganggu atau Kerja. Lihat Sediakan Fokus.