Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Cari foto atau video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Notis undang-undang dan perakuan
- Hak cipta dan tanda dagangan

Urus aksesori dan kongsi kawalan rumah anda dengan iCloud
Dengan iCloud, anda boleh mengawal aksesori HomeKit anda daripada semua peranti anda dan membenarkan orang lain untuk berkongsi kawalan rumah anda.
Akses dan kawal aksesori anda pada semua peranti anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Rumah, maklumat tentang aksesori HomeKit anda disimpan dalam awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda.
Anda boleh menambah aksesori pada Rumah menggunakan iPhone dan iPad anda. Disebabkan maklumat tersebut disimpan di awan, anda boleh mengawal dan menguruskan aksesori HomeKit anda pada sebarang peranti yang disediakan untuk iCloud dan Rumah, termasuk iPhone, iPad dan Mac anda. Anda juga boleh mengaktifkan aksesori dan menjalankan latar pada Apple TV 4K anda.
Jika anda sudah menyediakan hab rumah, anda boleh mengawal aksesori anda secara jauh. Jika tidak, anda boleh mengawal aksesori anda apabila anda bersambung ke rangkaian Wi‑Fi yang sama dengan aksesori.
Perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti menamakan semula aksesori, mengatur aksesori ke dalam bilik atau mencipta latar—muncul pada semua peranti anda secara automatik. Rumah anda sentiasa dikemas kini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.
Membenarkan orang lain untuk berkongsi kawalan rumah anda.
Anda boleh berkongsi kawalan rumah anda dengan orang lain yang menggunakan iCloud dan mereka boleh menggunakan app Rumah untuk mengawal aksesori HomeKit anda.
Apabila anda menjemput seseorang untuk mengawal rumah, anda menentukan sama ada mereka boleh melakukan perkara berikut:
Tambah atau urus orang dan aksesori atau mengawal aksesori yang telah ditambahkan sahaja
Kawal aksesori secara jauh atau mengawal aksesori jika ia berada pada rangkaian Wi‑Fi yang sama sahaja
Mulakan
Untuk mendapatkan senarai aksesori yang serasi, lihat Laman web aksesori Rumah.