Skip to main content
Makalah ini mengusahakan suatu suntingan ilmiah dan terjemahan terhadap salah satu karya agung Abū Ḥanīfah yang berkaitan dengan bidang pendidikan Islam, iaitu Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Ibnihi Ḥammād. Ia memuatkan pesanan dan perbincangan... more
Makalah ini mengusahakan suatu suntingan ilmiah dan terjemahan terhadap salah satu karya agung Abū Ḥanīfah yang berkaitan dengan bidang pendidikan Islam, iaitu Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Ibnihi Ḥammād. Ia memuatkan pesanan dan perbincangan tentang adab-adab yang sepatutnya dilazimi oleh seseorang dalam kehidupan mereka khasnya sebagai seorang penuntut ilmu (ṭālib al-'ilm). Edisi ini dihasilkan bersumberkan empat naskhah manuskrip yang diperoleh daripada Suleymaniyyah Kutuphansi, Istanbul dan Universiti Islam, Madinah. Kajian ini diharap dapat memperkenalkan salah satu karya agung pendidikan Islam sebagai sumber dan rujukan kepada bidang pendidikan Islam masa kini. Abstract This article presents a critical edition and Malay translation of the great work of Imam Abū Ḥanīfah on Islamic education entitled Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Ibnihi Ḥammād. It contains counsel and essential discussion about the rules of conduct for Muslim especially the students (ṭālib al-'ilm). The main resources of this edition are four manuscripts from Suleymaniyye Kutuphansi, Istanbul and the Islamic University, Madinah. This study is intended to present this great work on Islamic education as a source and reference for current practice of Islamic education.
Research Interests:
The rules of conduct for teachers (ādāb al-ʿālim) are among the important elements in the educational process. They are closely related to the efforts to realise quality education and effective teaching. This article presents five rules... more
The rules of conduct for teachers (ādāb al-ʿālim) are among the important elements in the educational process. They are closely related to the efforts to realise quality education and effective teaching. This article presents five rules of conduct that should be practised by teachers as elaborated by Abū Ḥanīfah in his Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Abī Yūsuf, apart from providing an introduction to and a background of the aforementioned Waṣiyyah as his educational treatise. This study is to introduce this great work on Islamic education to solve current educational problems.
Research Interests:
The purpose of education and the methods of teaching are among the important elements in the process of education. They are closely related with the effort to the realization of a quality education and an effective teaching. This article... more
The purpose of education and the methods of teaching are among the important elements in the process of education. They are closely related with the effort to the realization of a quality education and an effective teaching. This article presents these two elements as elaborated by Abu Hanifah in his al-Alim wa al-Muta'allim. The text was documented based on the dialogue between Abu Hanifah (al-Alim) with one of his disciples (al-Muta‘allim). This study will present an analysis on the purpose of education according to Abu Hanifah and his teaching methods as applied in this text
Research Interests:
Buku ini merupakan edisi terkini dan penambahbaikan daripada kajian penulis pada peringkat Doktor Falsafah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang telah berjaya diselesaikan pada Februari... more
Buku ini merupakan edisi terkini dan penambahbaikan daripada kajian penulis pada peringkat Doktor Falsafah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang telah berjaya diselesaikan pada Februari 2012. Buku ini mengandungi tiga bahagian yang membincangkan tiga perkara utama. Pertama, menganalisis pemikiran pendidikan menurut Imam Abū Ḥanīfah khasnya tujuan pendidikan dan kaedah pengajaran. Kedua, menghasilkan suntingan ilmiah terhadap kitab al-‘Ālim wa al-Muta‘allim karya Abū Ḥanīfah bersumberkan 14 manuskrip dan dua edisi cetakan; dan ketiga, mengemukakan terjemahan Melayu terhadap kitab tersebut.
Perbincangan dalam buku ini mengemukakan dua tujuan utama pendidikan menurut Imam Abū Ḥanīfah. Pertama, memperoleh ilmu dan kefahaman; dan kedua, mempertingkatkan kualiti amalan seseorang. Kedua-dua tujuan ini difahami berdasarkan kias, jawapan dan petikan kenyataan Imam Abū Ḥanīfah daripada kitab al-‘Ālim wa al-Muta‘allim serta disokong oleh karyanya yang lain seperti al-Fiqh al-Akbar dan al-Fiqh al-Absaṭ. Demi menjamin pencapaian matlamat yang disasarkan ini, buku ini juga turut menjelaskan kaedah pengajaran Imam Abū Ḥanīfah. Beliau menggagaskan dua kaedah utama dalam pengajaran, iaitu kaedah soal-jawab dan kaedah kias. Kedua-dua kaedah ini diadaptasi daripada pendekatan ilmu Kalam. Kaedah ini mendapat sanjungan murid-muridnya dan pengiktirafan para sarjana terkemudian, dan terbukti keberkesanannya dalam pengajaran.
Selain analisis pemikiran pendidikan Imam Abū Ḥanīfah, buku ini turut mengemukakan satu suntingan ilmiah yang berwibawa terhadap teks kitab al-‘Ālim wa al-Muta‘allim. Suntingan ilmiah ini bersumberkan 14 naskhah manuskrip yang berjaya  dikumpul daripada tiga pusat manuskrip, iaitu Suleymaniyyah Kutuphansi, Istanbul; Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah; dan R. Univ. Bibliotheek, Leiden. Semua naskhah manuskrip ini mewakili pelbagai versi naskhah manuskrip yang wujud. Di samping sumber manuskrip ini, edisi al-Kawtharī dan edisis Qal‘ahjī dan al-Nadwī turut dijadikan sumber tambahan. Untuk memudahkan pembacaan dan kefahaman khasnya kepada mereka yang kurang arif dengan bahasa Arab, penulis mengemukakan terjemahan Melayu terhadap kitab al-‘Ālim wa al-Muta‘allim. Terjemahan ini dimuatkan pada bahagian ketiga buku ini dan ia boleh dikatakan sebagai terjemahan Melayu pertama terhadap kitab ini.
Research Interests: