[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

ketam

Daripada Wikikamus

Bahasa Melayu

Takrifan I

[sunting]
Ketam
Ketam kayu

ketam

  1. sejenis haiwan artropod, kulit luarnya keras, berkaki sepuluh dan bersepit.

Takrifan II

[sunting]

ketam

  1. sejenis alat untuk melicinkan kayu (papan dll).

Terbitan

[sunting]
  • berketam: (telah) dilicinkan dengan ketam, diketam.
  • mengetam: melicinkan kayu dengan ketam.
  • pengetaman:
  1. kerja mengetam (papan dsb).
  2. tahi ketam, tatal.

Takrifan III

[sunting]

ketam

  1. tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat.
    ketam mulut: terkancing mulut, kejang mulut.

Terbitan

[sunting]
  • mengetam, mengetamkan: mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit
    mengetam bibir (mulut): mengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat.
  • pengetam: sejenis angkup atau penyepit, cunam.

Takrifan IV

[sunting]

ketam

mengetam
  1. menuai atau memotong padi dengan ani-ani dll.
    Kerja menuai atau mengetam dijalankan dalam bulan Februari apabila padi sudah masak.

Terbitan

[sunting]
  • pengetam: sejenis pisau yang tidak berhulu (digunakan untuk menuai padi), ani-ani, tuai.
  • pengetaman: perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian

Sebutan

[sunting]

Kamus Dewan: ke·tam

Tulisan Jawi

[sunting]

كتام

Terjemahan

[sunting]

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.