[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

atas

Daripada Wikikamus

Bahasa Melayu

Takrifan

[sunting]

atas

  1. (pada) tempat atau paras dan sebagainya yang lebih tinggi.
    Dari atas bukit itu boleh nampak laut.
  2. pihak yang berkuasa.
    Ini perintah daripada atas.

atas

  1. kerana, dengan.
    Dia meletakkan jawatan itu bukan atas kemahuannya.
  2. mengenai, tentang, akan, berkaitan dengan, terhadap.
    Beliau puas hati atas kemajuan yang telah dicapai.
  3. berdasarkan, berasaskan.
    Keputusan itu dibuat atas beberapa pertimbangan.
  4. mengikut, menurut, berdasarkan.
    Maka dikahwinkan anak perempuannya dengan orang muda itu atas syariat Nabi Ibrahim.

Kata majmuk

[sunting]
  • di atas
  1. pada bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah).
    Letakkan bungkusan itu atas meja.
  2. lebih tinggi daripada.
    Atas harga itu, tidak sanggup saya membelinya.
  • ke atas
  1. ke bahagian (tingkat, tempat) atas, ke sebelah atas.
    Angkat peti ini atas meja.
  2. (dan) lebih (daripada sesuatu paras, jumlah), dan tinggi daripada itu.
    gaji seribu atas.

Kata terbitan

[sunting]
  • atasan
  1. (orang, golongan, pihak) yANg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya).
    Hal ini harus diselesaikan oleh pegawai atasannya.
  • mengatas
  1. naik ke atas: debu mengatas.
  2. meninggi (diri).
Bukan main lagaknya, bercakap hendak mengatas saja.
  • mengatasi
  1. melebihi, mengalahkan.
    Dia mencari akal bagaimana mengatasi lawannya dalam pertemuan itu.
  2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan).
  • atas-mengatasi
  1. saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi.
    Di sekolah kami, murid-murid saling atas-mengatasi.
  • mengataskan
  1. melebihkan, meninggikan.
  • pengatasan
  1. perihal mengatasi atau mengataskan.
  • teratas
  1. terletak (berada) di atas sekali.
  • pengatas
  1. Ralat Lua pada baris 360 di Modul:parameters: Parameter 1 should be a valid language or etymology language code; the value "Matematik" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. nombor atas pecahan yang menunjukkan berapa bahagian pecahan yang ada.
    Dalam pecahan 5/7, nombor 5 disebut pengatas.

Menyelesaikan

Tulisan Jawi

[sunting]

اتس

Terjemahan

[sunting]

Tesaurus

[sunting]
Antonim
(kata sifat) bawah.: ATAS

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.