[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Zaleha Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zaleha Hamid
Kulit abum Zaleha Hamid.
Kelahiran
Siti Zaleha binti Abdul Hamid

(1957-08-31) 31 Ogos 1957 (umur 67)
Pekerjaan
Tahun aktif1969–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop Tradisional & Dangdut
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Union Record
EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.
LIFE Records
Pengkarya berkait
Orkes Zindegi, Sudirman, Abdullah Chik, Herman Tino, S. M. Salim, Ismail Haron, M. Daud Kilau, Ahmad Jais, Jamal Abdillah, R. Ismail, Jatt Ali, Sanisah Huri, Rahila Rashun, J. Sham, Jalil Hamid, Fazidah Joned, Kartina Dahari, M. Nasir

Siti Zaleha Abdul Hamid (lahir 31 Ogos 1957) merupakan penyanyi, pelakon, dan penghibur yang terkenal di Malaysia dan Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang perintis awal kepada irama muzik dangdut di Malaysia pada era 80an dan terkenal dengan gelaran sebagai Ratu Dangdut Malaysia malah beliau turut digelar sebagai Ratu Dangdut Singapura dek kerana populariti yang berjaya diraih di negara itu. Walaupun Zaleha kurang muncul di kaca TV, namun beliau masih lagi aktif dalam bidang seni dan masih juga menerima undangan untuk membuat persembahan diserata negara. Antara lagu-lagu Zaleha yang masih diingati sehingga kini adalah Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Nasib Janda, Jangan Segan Segan, Pria Idaman, Jangan Kau Tangiskan, Kekasih Di Tangan Orang, Keluar Masuk, Jagung Bakar, Sakit Tapi Asyik, Takut Tapi Mengasyikkan, Sini Enak Sana Enak dan Teruna Idaman.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Zaleha Hamid dilahirkan pada 31 Ogos 1957 dalam sebuah keluarga yang berjiwa seni (golongan bangsawan). Ibunya merupakan seorang pemain bangsawan manakala ayahnya pula ialah seorang pemain biola yang terkenal suatu masa dulu.

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Zaleha berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Chik Ungku Sulaiman dan Ungku Nor Mohammad Danial. Kini, penyanyi dangdut legenda ini menetap bersama keluarganya di Johor Bahru, Johor.

Zaleha Hamid menceburkan diri dalam bidang nyanyian semasa di usia muda lagi. Sebelum muncul sebagai artis solo, Zaleha menganggotai kumpulan kugiran iaitu Orkes Zindegi sebagai penyanyi utama pada era 60an hingga 70an. Beliau telah berjaya mencatat banyak rekod bersama Orkes Zindegi sekitar era 60an hingga 70an sekaligus menjadikan Orkes Zindegi sebagai salah satu kumpulan kugiran yang paling popular pada waktu itu.

Pada era 80an, Zaleha mula bergerak sebagai artis solo dalam bidang seni dengan menyanyikan lagu-lagu berirama pop tradisional dan dangdut sekaligus berjaya menyerlahkan lagi kemampuan vokal beliau dalam menyanyikan lagu-lagu berirama tersebut. Mulai saat itu lah Zaleha dilihat sebagai seorang penyanyi dangdut yang berjaya mencipta nama dalam irama muzik tersebut menerusi lagu Dangdut Reggae.

Pada era 90an, suatu insiden tidak diduga penyanyi dangdut legenda ini telah berlaku dimana semasa beliau melancarkan album studionya yang berjudul Dankdut Bang pada tahun 1993 menimbulkan kontroversi dan terkenal dek kerana menampilkan lagu-lagu yang mempunyai 'lirik dua makna' (lucah) iaitu Keluar Masuk dan Jagung Bakar (duet bersama Salih Yaccob). Selain itu pada tahun 1995, Zaleha muncul lagi dengan satu album studio dangdut susulan daripada kontroversi tersebut yang diberi judul Dankdut Bang Vol. 2. Pihak penerbit album tersebut yang menyedari kontroversi mampu memberikan publisiti yang besar kepada sesuatu produk sekaligus mengambil kesempatan untuk menampilkan lagi lagu-lagu mempunyai 'lirik dua makna' (walaupun sebenarnya tidak) iaitu Sakit Tapi Asyik (duet bersama Salih Yaccob), Takut Tapi Mengasyikkan dan Sini Enak Sana Enak. Tambahan pula, iklan bagi mempromosikan album tersebut jelas menyatakan kesedaran pihak penerbit tentang kontroversi yang mereka cipta sendiri berbunyi "Mengapa mesti kontroversi jika ia sekadar lirik dua makna, kontroversi bukan dicari tapi albumnya yang anda ingin miliki".

Gelaran Ratu Dangdut

[sunting | sunting sumber]

Zaleha Hamid digelar sebagai "Ratu Dangdut" oleh Allahyarham Haron Abdul Majid iaitu salah seorang penulis lirik lagunya pada tahun 80an dahulu dan kemudian gelaran tersebut diiktiraf oleh Berita Harian Singapura serta di Malaysia. Kini, beliau masih kekal unggul sebagai "Ratu Dangdut Malaysia & Singapura" walaupun terdapat penyanyi dangdut baru dalam dunia seni hiburan tempatan.

Diserang angin ahmar

[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Disember 2019, dia diserang angin ahmar peringkat permulaan (minor stroke) selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Johor Bahru selepas dia pulang dari Kuala Lumpur menghadiri siaran langsung program pentas akhir Gegar Vaganza musim keenam pada 22 Disember 2019.[1]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  • Pantun Seloka: Bersama Jasni (Iringan Orkes Zindegi).[2]
  • Kini Masanya (Zaleha Hamid & Jasni - keluaran Ep ini bersama Orkes Zindegi.)
  • Pujaan Hati (Iringan Orkes Zindegi).
  • Hanya Mimpi (Iringan Orkes Zindegi).
  • Lagu Lagu Pop (Iringan Orkes Zindegi).
  • Pandangan Menggoda (Iringan Orkes Zindegi).
  • Perasaan Rindu (Iringan Orkes Zindegi).
  • Malam Sejarah (Iringan Orkes Zindegi).
  • Aku Dan Cinta (Iringan Orkes Zindegi).
  • Jasa Petani (Bersama Black Cats).
  • Bukan Jodohnya (Bersama Toyib Ridon)(Iringan Orkes Zindegi).
  • Gadis Jelita (Iringan Orkes Zindegi).
  • Usah Di-Tanya Usah Di-Chari (Iringan Orkes Zindegi).
  • Bahagia Untokmu Derita Untokku (Bersama Jasni).

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • 1992 - Separuh Akhir Muzik Muzik 8 (menerusi lagu Teruna Idaman).
  • 2006 - Anugerah Artis Sepanjang Zaman: Penyanyi Lagu Dangdut (Anugerah Kecapi PAPITA).
  • 2007 - Anugerah Bintang Seni Tanahair: Dangdut (Anugerah LIFE Records Singapura).
  1. ^ Roslan, Asyraf (2019-12-28). "Zaleha Hamid diserang minor stroke, kini dalam proses pemulihan - Suami". Astro Awani. Dicapai pada 2020-03-03.
  2. ^ Zaleha Hamid dan Jasni bersama Orkes Zindegi