[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Yu harimau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yu harimau
Julat zaman:
Miosen Awal – Kini[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Superorder: Selachimorpha
Order: Carcharhiniformes
Keluarga: Carcharhinidae
Genus: Galeocerdo
Spesies:
G. cuvier
Nama binomial
Galeocerdo cuvier
Péron & Lesueur, 1822
Taburan yu harimau
Sinonim

Ikan yu/jerung harimau atau yu tenggiri (Galeocerdo cuvier)[3] ialah spesies ikan yu requiem dan satu-satunya ahli genus Galeocerdo yang masih ada. Ia adalah pemangsa makro yang besar: mampu mencapai panjang melebihi 5 m (16 ka 5 in). Populasi ditemui di banyak perairan tropika dan sederhana, terutamanya di sekitar pulau Pasifik tengah. Namanya berasal daripada jalur gelap di bawah badannya, yang menyerupai corak harimau, tetapi pudar apabila jerung itu matang.

Jerung harimau adalah pemburu yang bersendirian, dan terutamanya nokturnal. Ia terkenal kerana mempunyai keinginan makanan terluas dalam kalangan jerung, dengan pelbagai mangsa termasuk krustasea, ikan, anjing laut, burung, sotong, penyu, ular laut, ikan lumba-lumba dan juga jerung kecil lain. Ia juga mempunyai reputasi sebagai "pemakan sampah" kerana memakan pelbagai objek buatan manusia yang tinggal di dalam perutnya. Walaupun merupakan spesies pemangsa puncak, jerung harimau kadangkala diambil sebagai mangsa oleh kumpulan paus pembunuh (orka).[4] Ia dikelaskan sebagai spesies hampir terancam akibat aktiviti pemerolehan sirip dan memancing oleh manusia.

Yu harimau ialah spesies kedua selepas ikan yu putih dalam bilangan kes serangan maut direkodkan ke atas manusia, tetapi kejadian ini masih sangat jarang berlaku.[5]

Keterangan

[sunting | sunting sumber]

Ikan yu harimau biasanya mencapai panjang dewasa 3.25–4.25 m (10 ka 8 in–13 ka 11 in) dan beratnya selalunya sekitar 175 hingga 635 kg (386 hingga 1,400 lb). Ia merupakan spesies dimorfik, dengan ikan betina bersaiz lebih besar. Betina matang selalunya melebihi 3.7 m (12 ka 2 in) panjang manakala jantan yang matang jarang membesar sebesar itu.[6][7][8] Betina yang sangat besar dilaporkan boleh berukuran lebih 5 m (16 ka 5 in), dan jantan terbesar pula 4 m (13 ka 1 in). Berat yu harimau betina yang besar boleh berjisim melebihi 900 kg (2,000 lb).[7][9][10] Seekor betina hamil yang ditangkap di Australia dilaporkan berukuran 5.5 m (18 ka 1 in) panjang dan berat 1,524 kg (3,360 lb). Malah, kes dakwaan tangkapan yang lebih besar juga aga, tetapi belum disahkan.[11] Beberapa kertas kajian telah menerima rekod panjang 7.4 m (24 ka 3 in) bagi yu harimau, tetapi kerana ini jauh lebih besar daripada mana-mana spesimen yang diperhatikan secara saintifik, pengesahan akan diperlukan.[12][13] Kajian 2019 mencadangkan bahawa ia mungkin mampu mencapai panjang maksimum 8 m (26 ka).[14]

Gigi yu harimau bersifat unik, dengan gigi bergerigi yang sangat tajam dan jelas serta hujung sisian yang jelas. Gigi sedemikian telah berkembang untuk memotong daging, tulang, dan bahan keras lain seperti cangkerang penyu. Seperti kebanyakan ikan yu, giginya sentiasa digantikan dengan barisan gigi baru sepanjang hayat jerung itu. Berbanding saiz jerung, gigi yu harimau jauh lebih pendek daripada yu putih, tetapi hampir sama luasnya dengan akar gigi yu putih dan boleh dikatakan lebih sesuai untuk memotong mangsa berpermukaan keras.[15]

Ikan yu harimau biasanya mempunyai sirip yang panjang untuk memberikan daya angkat semasa ikan yu bergerak melalui air, manakala ekor atas yang panjang memberikan kelajuan yang pantas. Yu harimau biasanya berenang menggunakan pergerakan badan yang kecil.

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Jerung harimau sering ditemui berhampiran dengan pantai, terutamanya di perairan tropika dan subtropika seluruh dunia. Tingkah lakunya biasanya bersifat nomad, tetapi dipandu oleh arus yang lebih panas, dan menetap lebih dekat dengan kawasan khatulistiwa sepanjang bulan-bulan lebih sejuk. Ia cenderung untuk tinggal di perairan dalam yang melapisi terumbu, tetapi ia bergerak ke saliran untuk mengejar mangsa di perairan yang lebih cetek. Di barat Lautan Pasifik, jerung telah ditemui sejauh utara Jepun dan sejauh selatan New Zealand. Ia juga telah direkodkan di Mediterranean, sekali di pesisir Sepanyol serta sekali di kawasan Sicily.[16]

Ikan yu harimau boleh ditemui di Teluk Mexico, pantai Amerika Utara dan sebahagian Amerika Selatan. Ia juga biasa ditemui di Laut Caribbean. Lokasi lain di mana ikan yu harimau kelihatan termasuk di kawasan Afrika, China, India, Australia dan Indonesia. Ikan yu harimau tertentu telah direkodkan pada kedalaman hanya sekitar 900 m (3,000 ka).

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Ikan yu harimau ditangkap dan dibunuh untuk memperoleh sirip, daging, dan hati. Ia ditangkap secara kerap dalam perikanan sasaran dan bukan sasaran. Beberapa populasi telah menurun di kawasan dengan tangkapan ketara. Permintaan berterusan bagi sirip boleh mengakibatkan penurunan selanjutnya. Ia dianggap sebagai spesies yang hampir terancam akibat pancingan sirip dan penangkapan ikan berlebihan oleh manusia menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa. Pada Jun 2018, Jabatan Pemuliharaan New Zealand mengklasifikasikan jerung harimau itu sebagai "migran" dengan kelayakan "terjamin di luar" di bawah Sistem Klasifikasi Ancaman New Zealand.[17]

Walaupun sirip ikan yu mempunyai sangat sedikit nutrien, hati ikan yu mempunyai kepekatan vitamin A yang tinggi, yang digunakan dalam pengeluaran minyak vitamin. Di samping itu, jerung harimau ditangkap dan dibunuh kerana kulitnya yang istimewa serta oleh nelayan pancingan besar.

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Walaupun jerung jarang menggigit manusia, jerung harimau dilaporkan bertanggungjawab terhadap sebahagian besar insiden gigitan jerung maut, dan dianggap sebagai salah satu spesies jerung yang paling berbahaya. Yu harimau sering melawat terumbu cetek, pelabuhan, dan terusan, mewujudkan potensi untuk bertemu dengan manusia. Jerung harimau juga tinggal di muara sungai. Walaupun ia menduduki tempat kedua dalam senarai bilangan serangan jerung yang direkodkan ke atas manusia, di belakang jerung putih, serangan sedemikian adalah sedikit dan sangat jarang membawa maut. Biasanya, tiga hingga empat gigitan jerung berlaku setiap tahun di Hawaii; seorang yang terselamat daripada serangan sedemikian ialah juara luncur Bethany Hamilton, yang kehilangan tangan kirinya pada usia 13 tahun kepada seekor jerung harimau pada 2003. Kadar serangan sangat rendah jika dibandingkan dengan beribu-ribu orang yang berenang, melayari dan menyelam di perairan Hawaii setiap hari. Interaksi manusia dengan ikan yu harimau di perairan Hawaii ditunjukkan meningkat dari September hingga November, apabila ikan yu harimau betina dipercayai berhijrah ke pulau itu untuk melahirkan zuriat.[18]

  1. ^ "Fossilworks: Galeocerdo cuvieri". fossilworks.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-31. Dicapai pada 2018-05-14.
  2. ^ Ferreira, L.C.; Simpfendorfer, C. (2019). "Galeocerdo cuvier". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T39378A2913541. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-1.RLTS.T39378A2913541.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  3. ^ "ITIS Report – Galeocerdo cuvier". Integrated Taxonomic Information System!. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2018. Dicapai pada 30 December 2015.
  4. ^ "Orcas Vs Shark: Killer Whales Take Down Tiger Shark". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-28. Dicapai pada 2020-08-14 – melalui www.youtube.com.
  5. ^ "Yearly Worldwide Shark Attack Summary". floridamuseum.ufl.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-11. Dicapai pada 2021-06-11.
  6. ^ Marin-Osorno, R., Ezcurra, J. M., & O’Sullivan, J. B. (2017).
  7. ^ a b Meyer, C. G., O'Malley, J. M., Papastamatiou, Y. P., Dale, J. J., Hutchinson, M. R., Anderson, J. M., Royer, M. A. & Holland, K. N. (2014).
  8. ^ Randall, J. E. (1986).
  9. ^ Hinman, B. (2015).
  10. ^ Ramirez, F., & Davenport, T. L. (2013).
  11. ^ Wood, Gerald (1983). The Guinness Book of Animal Facts and Feats. ISBN 978-0-85112-235-9.
  12. ^ Simpfendorfer, C. A.; Goodreid, A. B.; McAuley, R. B. (2001). "Size, sex and geographic variation in the diet of the tiger shark, Galeocerdo cuvier, from Western Australian waters". Environmental Biology of Fishes. 61 (1): 37–46. doi:10.1023/A:1011021710183.
  13. ^ Tobuni, I. M.; Benabdallah, B. A. R.; Serena, F.; Shakman, E. A. (2016). "First documented presence of Galeocerdo cuvier (Péron & Lesueur, 1822) (Elasmobranchii, Carcharhinidae) in the Mediterranean basin (Libyan waters)". Marine Biodiversity Records. 9 (1): 94. doi:10.1186/s41200-016-0089-3.
  14. ^ Pimiento, C.; Cantalapiedra, J.L.; Shimada, K.; Field, D.J.; Smaers, J.B. (2019). "Evolutionary pathways toward gigantism in sharks and rays". Evolution. 73 (3): 588–599. doi:10.1111/evo.13680. ISSN 1558-5646. PMID 30675721.
  15. ^ Randall, J. E. (1992).
  16. ^ "Galeocerdo cuvier". CIESM Atlas of Exotic Fishes in the Mediterranean Sea. CIESM. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 15 January 2017.
  17. ^ Duffy, Clinton A. J.; Francis, Malcolm; Dunn, M. R.; Finucci, Brit; Ford, Richard; Hitchmough, Rod; Rolfe, Jeremy (2018). Conservation status of New Zealand chondrichthyans (chimaeras, sharks and rays), 2016 (PDF). Wellington, New Zealand: Department of Conservation. m/s. 10. ISBN 9781988514628. OCLC 1042901090. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-01-28. Dicapai pada 2019-01-20.
  18. ^ Main, Douglas (September 10, 2013). "Hawaii tiger shark migration in fall coincides with rise in bites". CBS Science News. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2014. Dicapai pada October 15, 2014.