[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Yosia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yosia
Yosia dalam Promptuarii Iconum Insigniorum oleh Guillaume Rouillé, 1553
Raja Yehuda
Pemerintahan640–609 SM
Didahului olehAmon
Diikuti olehYoahas
Keputeraans. 648 SM
mungkin Baitulmuqaddis
KemangkatanTammuz (Julai/Ogos) 609 SM (usia 38–39)
Baitulmuqaddis
PasanganZebuda
Hamutal
AnakandaYohanan
Yoyakim
Zedekia
Yoahaz
KerabatKerabat Daud
AyahandaAmon
BondaYedida

Yosia atau Yosiyahu[a] ialah Raja Yehuda ke-16 (s. 640 – 609 SM). Menurut Alkitab Ibrani, baginda memulakan reformasi agama dengan menghapuskan penyembahan tuhan selain Yahweh secara rasmi. Sehingga tahun 1990-an, keterangan Alkitab tentang pembaharuan Yosia ini biasanya dianggap lebih kurang tepat, tetapi itu kini banyak diperdebatkan.[1] Menurut Alkitab, Yosia menjadi raja Kerajaan Yehuda pada usia lapan tahun, selepas ayahandanya Raja Amon dibunuh, dan memerintah selama 31 tahun, dari 641/640 hingga 610/609 SM.[2]

Maklumat Yosia hanya diketahui daripada teks alkitabiah; baginda tidak disebut dalam teks-teks sezaman lain yang masih elok dari Mesir atau Babylon, dan tiada bukti kukuh daripada kajian arkeologi, seperti inskripsi yang mengandungi nama baginda, pernah ditemui.[3] Walau bagaimanapun, cap dengan nama "Natan-melekh," nama seorang pegawai pentadbiran di bawah Raja Yosia menurut 2 Raja–Raja 23:11, dari abad ke-7 SM, pernah ditemui di sebuah tapak arkeologi di Baitulmuqaddis. Penemunya percaya cap itu mewakili raja yang disebut dalam 2 Raja-raja 23:11.[4] Selain itu, kebanyakan sarjana percaya Yosia wujud dalam sejarah dan baginda tidak ada dalam catatan kerana tidak banyak dokumen dari zaman itu terpelihara, serta kerana Baitulmuqaddis telah beribu-ribu tahun dijajah, ditakluki, dan dibina semula.[5]

  1. ^ Bahasa Ibrani: יֹאשִׁיָּהוּ, Baku Yōʾšīyahū Tabariyah Yōʾšīyyāhū, harfiahnya bermaksud "disembuhkan oleh Yah" atau "disokong oleh Yah"; Yunani: Ἰωσίας; Latin: Iosias
  1. ^ Grabbe, Lester L. (2017). Ancient Israel: What Do We Know and How Do We Know It?. Bloomsbury Publishing. m/s. 249. ISBN 978-0-567-67044-1. Dahulunya pembaharuan Yosia lazim diterima, namun itu kini banyak diperdebatkan (Albertz 1994: 198–201; 2005; Lohfink 1995; P. R. Davies 2005; Knauf 2005a).
  2. ^ Edwin Thiele, The Mysterious Numbers of the Hebrew Kings, (eds. pertama; New York: Macmillan, 1951; eds. ke-2; Grand Rapids: Eerdmans, 1965; eds. ke-3; Grand Rapids: Zondervan/Kregel, 1983). ISBN 0-8254-3825-X, 9780825438257, 217.
  3. ^ Alpert, Bernard; Alpert, Fran (2012). Archaeology and the Biblical Record. Hamilton Books. m/s. 74. ISBN 978-0-7618-5835-5.
  4. ^ Mendel-Geberovich, Anat; Shalev, Yiftah; Bocher, Efrat; Shalom, Nitsan; Gadot, Yuval (2019). "A Newly Discovered Personal Seal and Bulla from the Excavations of the GivꜤati Parking Lot, Jerusalem". Israel Exploration Journal. 69 (2): 154–174. ISSN 0021-2059. JSTOR 27098633.
  5. ^ Evans, Paul S. (2020). "The Later Monarchy in History and Biblical Historiography". Dalam Kelle, Brad E.; Strawn, Brent A. (penyunting). The Oxford Handbook of the Historical Books of the Hebrew Bible. Oxford University Press. m/s. 121. ISBN 978-0-19-007411-1.