Wilayah Bingöl
Wilayah Bingöl
Bingöl ili | |
---|---|
Koordinat: 39°02′28″N 40°40′33″E / 39.04111°N 40.67583°EKoordinat: 39°02′28″N 40°40′33″E / 39.04111°N 40.67583°E | |
Negara | Turki |
Pentadbiran | |
• Gabenor | Ahmet Hamdi Usta |
Keluasan | 8,003 km2 (3,090 batu persegi) |
Penduduk (2022)[1] | 282,556 |
• Kepadatan | 35/km2 (91/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+3 (TRT) |
Kod kawasan | 0426 |
Laman sesawang | www |
Wilayah Bingöl (Turki: Bingöl ili ; Bahasa Kurdi: Parêzgeha Çewlîg ;[2] Zazaki: Wîlayetî Çewlîg ;[3] Bahasa Armenia: Ճապաղջուր զավառ ; Jawi: ولايه بينڬول ) ialah sebuah wilayah Turki.[4] Wilayah ini dahulunya bernama Wilayah Çapakçur (Bahasa Armenia: Ճապաղջուր , har. 'air tersebar') sebelum tahun 1945 apabila ia dinamakan kepada Wilayah Bingöl.[5] Keluasannya ialah 8003 km2,[6] dan populasinya ialah 282,556 (2022).[1] Wilayah ini merangkumi 11 majlis perbandaran, 325 kampung dan 693 perkampungan desa.[7][4]
Bandar Genç merupakan tempat asal pemberontakan Syeikh Said Kurdi pada tahun 1925 dan sebahagian besar wilayah ini ditawan oleh pemberontak semasa peristiwa tersebut.[8]
Sebagai Gabenor wilayah semasa, Ahmet Hamdi Usta dilantik oleh presiden pada Ogos 2023.[9]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Tasik terbesar di Wilayah Bingöl ialah Tasik Bahri.[10] Pergunungan utama di wilayah Bingöl ialah Pergunungan Genç, Pergunungan Akçara, Pergunungan Şerafettin dan Pergunungan Bingöl.[11]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% setiap tahun |
---|---|---|
1940 | 70,184 | — |
1950 | 97,328 | +3.32% |
1960 | 131,364 | +3.04% |
1970 | 177,951 | +3.08% |
1980 | 228,702 | +2.54% |
1990 | 250,966 | +0.93% |
2000 | 253,739 | +0.11% |
2010 | 255,170 | +0.06% |
2020 | 281,768 | +1.00% |
Sumber:Turkstat[12][13][14] |
Orang Kurdi ialah golongan majoriti dan wilayah ini dianggap sebahagian daripada Kurdistan Turki.[15][16] Penduduknya majoriti Ahli Sunah Waljamaah, konservatif dan ramai yang berpegang kepada tarekat Naqsybandi.[17][18] Wilayah ini juga mempunyai minoriti Alevi yang besar.[19] Dari segi bahasa, bahagian selatan wilayah ini bercakap bahasa Zaza, manakala bahagian utara bercakap bahasa Kurmanji. Ramai penutur Zaza boleh bertutur bahasa Kurmanji juga.[20]
Statistik bahasa dan agama
[sunting | sunting sumber]Wilayah Bingöl dahulu sebahagian daripada Wilayah Bitlis semasa era Uthmaniyah sebagai Sanjak (subwilayah) Genç dan mempunyai populasi 36,011 dalam banci 1881-1882. 85.7% penduduknya beragama Islam dan selebihnya 14.3% orang Armenia. Dalam banci 1897, sanjak tersebut mempunyai populasi 47,652, yang mana 88.1% adalah Muslim dan 11.9% adalah Armenia. Semua orang Armenia mengikut Gereja Apostolik Armenia.[21]
Dalam banci 1906-1907, sanjak itu mempunyai populasi 45,215 yang mana [22]
86.8% adalah Muslim dan orang Armenia adalah 13.2%. Dalam banci Uthmaniyah terakhir pada tahun 1914, populasinya 38,096 yang mana 93.9% adalah Muslim dan 6.1% Armenia.Banci Turki pertama yang termasuk Wilayah Bingöl ialah banci 1945, dengan populasi 75,550 dan semuanya beragama Islam. Dari segi bahasa, bahasa yang paling banyak dituturkan ialah bahasa Kurdi pada 55.7%, diikuti dengan bahasa Turki pada 43.8% and bahasa Circassia pada 0.4%.[23] Dalam bancian 1950, bahasa Kurdish adalah bahasa pertama untuk 76.5% daripada populasi 97,328, manakala bahasa Turki kekal sebagai bahasa kedua terbesar dengan 22.9% dan Circassia pada 0.4%.[24] Dalam bancian terakhir pada tahun 1965, bahasa Kurdi berjumlah 58.3% dan Turki 41.6%.[25]
Tinjauan 2016 menunjukkan bahawa 90.4% penduduk bercakap bahasa Turki, 64.1% bahasa Zaza, 40.1% bahasa Kurmanji dan 5.6% bahasa Arab.[26]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Dari 1923 hingga 1929, Wilayah Bingöl sebahagian daripada Wilayah Elazığ dan sebahagian daripada Wilayah Muş dari 1929 hingga 1936. Ia akhirnya menjadi wilayah sendiri pada tahun 1936.[5]
Pada Disember 1935 Undang-undang Tunceli telah diluluskan yang menuntut kerajaan yang lebih berkuasa di wilayah ini.[27] Oleh itu, wilayah yang mengandungi wilayah Bingöl sekarang, bersama-sama dengan wilayah Tunceli, Erzincan dan Elaziğ dimasukkan ke dalam Inspektorat Jeneral Keempat (Umumi Müfettişlik, UM) pada Januari 1936.[28][29] UM keempat ditadbir oleh Komander Gabenor. Semua pekerja di majlis perbandaran adalah ahli tentera dan Komander Gabenor mempunyai kuasa untuk mengosongkan seluruh kampung dan menempatkan mereka semula di bahagian lain di wilayah itu.[28] Pada tahun 1946 Undang-undang Tunceli dimansuhkan dan keadaan darurat dihapuskan tetapi kuasa UM keempat dipindahkan kepada tentera.[28] Inspektorat Jeneral dibubarkan pada tahun 1952 semasa Pemerintahan Parti Demokrat.[30]
Daerah
[sunting | sunting sumber]Wilayah Bingöl dibahagikan kepada 8 daerah (daerah ibu kota dalam huruf tebal):
Galeri
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Dündar, Fuat (2000), Türkiye nüfus sayımlarında azınlıklar (dalam bahasa Turki), ISBN 9789758086771
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Address-based population registration system (ADNKS) results dated 31 December 2022, Favorite Reports" (XLS) (dalam bahasa Inggeris). TÜİK. Dicapai pada 19 September 2023.
- ^ "Li 26 herêmên Çewlîgê "herêmên ewlehiya taybet" hat ragihandin". Rûdaw. 11 November 2018. Dicapai pada 27 April 2020.
- ^ Lezgîn, Roşan (26 August 2009). "Kirmanckî, Kirdkî, Dimilkî, Zazakî" (dalam bahasa Zazaki). Dicapai pada 22 November 2022.
- ^ a b "Türkiye Mülki İdare Bölümleri Envanteri". T.C. İçişleri Bakanlığı (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 19 December 2022.
- ^ a b "Valilik Tarihçesi". www.bingol.gov.tr. Dicapai pada 2020-04-12.
- ^ "İl ve İlçe Yüz ölçümleri". General Directorate of Mapping. Dicapai pada 19 September 2023.
- ^ "Address-based population registration system (ADNKS) results dated 31 December 2021" (XLS) (dalam bahasa Turki). TÜİK. Dicapai pada 30 January 2023.
- ^ Oran, Baskın; Akdevelioğlu, Atay; Akşin, Mustafa (2010). Turkish Foreign Policy, 1919-2006. University of Utah Press. m/s. 159. ISBN 9780874809046.
- ^ "Valimiz". Bingöl Valiliği. Dicapai pada 21 October 2023.
- ^ "Bingöl araştırmaları dergisi" (PDF) (dalam bahasa Turkish). The journal of Bingöl studies. Bingöl University. July 9, 2015. m/s. 89.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bingöl İli Memeli Biyoçeşitliliği ve Ekolojisi" (PDF) (dalam bahasa Turkish). Batman University Fen Bilimleri Enstitüsü. m/s. 18.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Genel Nüfus Sayımları
- ^ Turkstat
- ^ "The Results of Address Based Population Registration System, 2020". Institut Perangkaan Turki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-28. Dicapai pada 7 Disember 2021.
- ^ Watts, Nicole F. (2010). Activists in Office: Kurdish Politics and Protest in Turkey (Studies in Modernity and National Identity). Seattle: University of Washington Press. m/s. 167. ISBN 978-0-295-99050-7.
- ^ "Kurds, Kurdistān". Encyclopaedia of Islam (ed. 2). BRILL. 2002. ISBN 9789004161214.
- ^ "Turkish Town's Despair Breeds Terrorists, Residents Fear". The New York Times. 27 November 2003. Dicapai pada 7 January 2021.
- ^ Ayiş, Mehmet Şirin (2018). "Bingöl ve Çevresinde Halidîliğin Yayılmasında Etkili Olmuş Sufi Şahsiyetler" (PDF). BÜİFD. University of Bingöl. 11: 183–208.
- ^ Hamelink, Wendelmoet (2016). The Sung Home. Narrative, Morality, and the Kurdish Nation. BRILL. m/s. 25. ISBN 9789004314825.
- ^ Bright, William (1992). International Encyclopedia of Linguistics. Oxford University Press. m/s. 231. ISBN 9780195051964.
- ^ Karpat, Kemal (1985). Ottoman population 1830-1914. The University of Wisconsin Press. m/s. 196. ISBN 9780299091606.
- ^ Karpat, Kemal (1985). Ottoman population 1830-1914. The University of Wisconsin Press. m/s. 130, 162 & 174. ISBN 9780299091606.
- ^ Dündar (2000), m/s. 176–178.
- ^ Dündar (2000), m/s. 186.
- ^ Dündar (2000), m/s. 218.
- ^ Bingöl İli Sosyal Analiz Çalışması (PDF) (dalam bahasa Turki). Ankara: Hegem Vakfı. 2016. m/s. 164. ISBN 978-605-8295-10-0.
- ^ Cagaptay, Soner (2006-05-02). Islam, Secularism and Nationalism in Modern Turkey: Who is a Turk? (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 108–110. ISBN 978-1-134-17448-5.
- ^ a b c Bayir, Derya (2016-04-22). Minorities and Nationalism in Turkish Law (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 139–141. ISBN 978-1-317-09579-8.
- ^ Cagaptay, Soner (2006-05-02). Islam, Secularism and Nationalism in Modern Turkey: Who is a Turk? (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 110. ISBN 978-1-134-17448-5.
- ^ Fleet, Kate; Kunt, I. Metin; Kasaba, Reşat; Faroqhi, Suraiya (2008-04-17). The Cambridge History of Turkey (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 343. ISBN 978-0-521-62096-3.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wilayah Bingöl |