[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Wepwawet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wepwawet
Wepwawet, sang pembuka jalan. Wepwawet sering digambarkan sebagai serigala atau jakal putih atau kelabu, berbeza dengan Anubis.
Pusat kultus utama Lycopolis, Abydos
Haiwan Serigala
Simbol Serigala, jakal, gada, busur dan anak panah.
Maklumat peribadi
Ibu bapa Set dan Nephthys
Adik-beradi Anubis

Dalam mitologi Mesir, Wepwawet (hieroglif wp-w3w.t; juga dieja Upuaut, Wep-wawet, Wepawet, Apuat, dan Ophois) pada asalnya merupakan seorang dewa upacara pengebumian, perang, dan hubungan diraja. Pusat pemujaannya ialah Asyut di Mesir Hulu. (Lycopolis pada zaman Yunani-Rom). Namanya bermaksud pembuka jalan dan dia sering digambarkan sebagai serigala yang berdiri di haluan bahtera matahari. Ada yang berasa Wepwawet ialah seorang peninjau, keluar untuk membersihkan laluan untuk tentera bergerak.[1] Satu inskripsi dari Sinai menyatakan bahawa Wepwawet "membuka jalan" kepada kemenangan raja Sekhemkhet.[2]

Wepwawet asalnya dewa serigala, dengan pusat pemujaannya di Lycopolis, (bermaksud kota serigala dalam bahasa Yunani). Dia salah seorang dewa Mesir terawal yang dicatat. Wepwawet banyak dikaitkan dengan kerabat diraja dan firaun (Wajah aku adalah seperti Upwawet, Teks Piramid), melambangkan dan melindungi kebangkitan kuasa mereka, menemani mereka memburu (memberikan dia digelaran [yang mempunyai] anak panah tajam yang lebih perkasa daripada para dewa) atau dalam perjalan firaun ke Duat, atau akhirat.[3]

Standard dengan patung dewa Wepwawet, antara 722 dan 332 SM, Zaman Akhir Mesir purba . Museo Egizio, Turin, Itali.

Lama kelamaan, kaitannya dengan peperangan dan kematian membuat Wepwawet juga dipandang sebagai pembuka jalan ke, dan melalui, Duat, untuk roh si mati. Kerana ini dan persamaan jakal dengan serigala, Wepwawet dikaitkan dengan Anubis, dewa yang dipuja di Asyut, dan akhirnya mereka dianggap bersaudara. Dia mempunyai kepala serigala dan kadangkala jakal, seperti Anubis. Dia juga dikatakan anak kepada Set. Akibatnya, Wepwawet sering dikelirukan dengan Anubis.[2] Dewa ini terdapat di Kuil Seti I di Abydos.[2]

Dalam seni Mesir lewat, Wepwawet digambarkan sebagai serigala atau jakal, atau lelaki dengan kepala serigala atau jakal. Walaupun dianggap seekor jakal, Wepwawet biasanya digambarkan dengan bulu kelabu atau putih, menunjukkan yang dia seekor serigala. Jarang sekali dia digambarkan dalam bentuk manusia sepenuhnya. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan pendapat akademik jika warna kelabunya sahih dengan beberapa sarjana mempertikaikan hal ini dan menyatakan dia paling kerap digambarkan dengan bulu hitam, seperti Anubis. Percanggahan warna ini paling kerap dikatakan terjadi kerana kelusuhan pigmen, atau variasi pigmen yang dipilih oleh pelukis (untuk Wepwawet, Anubis dan dewa-dewa jakal lain seperti Duamutef[4]).

Dia kadangkala digambarkan berpakaian askar, serta membawa peralatan ketenteraan yang lain — cokmar dan busur.

Untuk memuji firaun, terciptalah cerita bahawa Wepwawet dilahirkan di tempat istimewa di Mesir Hilir. Tempat ini ialah kuil Wadjet, dewi tertua Mesir Hilir, terletak di tengah-tengah Mesir Hilir. Kerana kisah ini, Wepwawet, yang sebelum ini hanya dikaitkan dengan Mesir Hulu, menjadi bahagian penting dalam istiadat-istiadat firaun. Dia melambangkan penyatuan Mesir.

Dalam Teks Piramid kemudiannya, Wepwawet dipanggil "Ra" yang telah naik dari kaki langit, mungkin sebagai "pembuka" langit.[2] Dalam konteks pengebumian Mesir kemudiannya, Wepwawet membantu dalam upacara pembukaan mulut dan membimbing si mati ke alam ghaib.[2]

[sunting | sunting sumber]

Dalam Crusader Kings III, dewa Wepwawet ialah dewa tertinggi kepercayaan Kordofan.[5]

Wepwawet ialah dewa peribadi Thu, watak utama dalam siri buku Lady of the Reeds oleh pengarang Kanada, Pauline Gedge (House of Dreams, 1994; dan House of Illusions, 1996).

Haiwan asal

[sunting | sunting sumber]
Azimat jakal dalam bentuk Wepwawet

Spesies mana yang orang Mesir Purba guna untuk haiwan sꜢb/sAb (jakal/serigala) tidak betul-betul pasti. Walau bagaimanapun, pakar percaya bahawa salah satu spesies yang mungkin ialah serigala Afrika, juga dikenali sebagai Canis lupaster. Haiwan ini dikatakan menjadi ilham banyak dewa Mesir Purba, termasuk Wepwawet.[6] Beberapa spesies lain yang telah dicadangkan ialah jakal belakang hitam, juga dipanggil serigala belakang perak (C. mesomelas atau Lupulella mesomelas), dan jakal keemasan (Canis aureus).

Jakal Mesir pernah disenaraikan sebagai subspesies jakal emas tetapi data molekul dan osteologi membuktikan bahawa ia adalah spesies tersendiri. Ia berasal dari Mesir, Libya dan Habsyah, namun sebaran pasca-Pleistosennya pernah meliputi rantau Palestin.

Pembiakan antara spesies yang berbeza, seperti jakal Afrika dan spesies serigala, mungkin telah berlaku. Sesetengah orang percaya mungkin terdapat spesies yang mempunyai ciri daripada jakal dan serigala Afrika, seperti gabungan C. aureas dan C. lupus lupaster, yang dipanggil Canis aureus lupaster.[7]

  1. ^ Pat Remler, Egyptian Mythology A to Z: A Young Readers Companion, Facts on File Inc., 2000. p. 170 Note: Remler's reference only states that Wepwawet's name means 'Opener of the ways'.
  2. ^ a b c d e Remler, p.170
  3. ^ DuQuesne, Terence (1991). Jackal at the Shaman's Gate. Darengo Publications. m/s. 12. ISBN 1-871266-14-9. You will ascend towards towards the sky as Horus, Upon the celestial sledge of the Opener of the Ways" [Pyramid Texts §§796-799 (Sethe)]
  4. ^ Wilfong, Terry G. "Death Dogs: The Jackal Gods of Ancient Egypt".
  5. ^ "Religion - CK3 Wiki".
  6. ^ Remler, P. (2010). Egyptian Mythology, A to Z. Infobase Publishing. m/s. 99. ISBN 978-1438131801.
  7. ^ Pouls Wegner, Mary-Ann. "Wepwawet in Context: A Reconsideration of the Jackal Deity and Its Role in the Spatial Organization of the North Abydos Landscape". Journal of the American Research Center in Egypt.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Wepwawet di Wikimedia Commons