[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Vesper

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vesper (berasal dari bahasa Yunani ἑσπέρα "hespera" dan bahasa Latin vesper, kedua-duanya bermaksud "malam") adalah upacara sembahyang yang diadakan oleh para liturgi Kristian mazhab Ortodoks, Katolik Rom dan Timur, Anglikan dan Lutheran pada waktu senjahari.

Istilah ini juga digunakan dalam beberapa mazhab Protestan (seperti Gereja-Gereja Presbyterian dan Adventist Ketujuh) merujuk kepada ibadah yang dilakukan para penganut kedua-dua aliran ini pada waktu malam.[1][2]

Amalan mengikut mazhab

[sunting | sunting sumber]

Katolik ritus Rom (Ritus Romanus)

[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ini dilakukan ketika senja mula jatuh. Doa Malam mengucap syukur untuk hari yang lalu dan membuat pengorbanan malam untuk pujian kepada Tuhan (Kitab Mazmur 141: 1).[3]

Katolik ritus Byzantine (Ritus Byzantinus)

[sunting | sunting sumber]

Aliran ini menjalankan beberapa jenis vesper:

  • Vesper besar - pada hari Ahad dan hari raya utama sama ada secara bersendirian atau sebagai sebahagian daripada Vigil Semua Malam, serta pada beberapa hari istimewa contohnya Jumaat Agung dan Petang Paskah; pada hari tertentu puasa yang ketat juga memulakan liturgi Tuhan.
  • Vesper kecil - hanya dilakukan pada sebelah petang dan jarang digunakan kecuali dalam kalangan biarawan yang melangsungkan vigil tepatnya sepanjang malam.

Mazhab-mazhab lain

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Home - Christ Church Cathedral Vancouver". Cathedral.vancouver.bc.ca. 15 Mei 2015. Dicapai pada 22 Mei 2015.
  2. ^ Keith Danby. "Welcome to Christ Church Deer Park - There's Life Here!". Christchurchdeerpark.org. Dicapai pada 22 Mei 2015.
  3. ^ "Vespers". Usccb.org. 16 April 2013. Dicapai pada 22 Mei 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]