Translatewiki.net
translatewiki.net | |
---|---|
Pembuat asal | Niklas Laxström |
Pembangun | Niklas Laxström, Siebrand Mazeland |
Pelancaran pertama | July 2006 (alfa: 2005) |
Versi terkini/stabil | Continuous development (Monthly MLEB release) |
Ditulis dalam | PHP |
Enjin |
|
Sistem pengendalian | Rentas platform |
Tersedia dalam | Berbilang bahasa |
Jenis | Tapak MediaWiki, source-available software |
Genre | Penterjemahan berbantu komputer |
Lesen | GPL; perkhidmatan bebas |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | translatewiki.net; dokumentasi |
sunting · sunting di Wikidata |
translatewiki.net merupakan sebuah platform penterjemahan berasaskan sesawang yang dikuasakan oleh sambungan Translate untuk MediaWiki yang menjadikan MediaWiki alat yang mujarab untuk menterjemahkan setiap jenis teks.
translatewiki.net kini disertai oleh 5000 orang penterjemah[1] yang mengusahakan lebih 50 ribu rentetan pada lebih 20 projek termasuk MediaWiki, OpenStreetMap, Mifos, Encyclopedia of Life, MantisBT.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri utama translatewiki.net dan enjinnya iaitu sambungan Translate adalah merupakan sebuah wiki agar sesiapa sahaja senang menyumbang tanpa banyak sekatan kemasukan.[2] Mutu dipelihara dengan menyeru para penterjemah supaya menumpukan perhatian kepada bidang kepakaran utama mereka, iaitu penterjemahan, sekali gus meringankan semua beban lain mereka.
Terjemahan disediakan serta-merta kepada penterjemah dan akan lancar bersegerak dengan kepustakaan perisian[3] atau halaman-halaman wiki yang boleh diterjemah tanpa campur tangan penterjemah. Sebaik-baiknya, terjemahan baru untuk projek-projek sampai dalam masa satu hari.[4]
Penyunting terjemahan yang disediakan menyediakan pelbagai ciri untuk membantu penterjemahan seperti
- pendokumenan mesej atau "konteks",
- cadangan dari ingatan terjemahan dan terjemahan mesin,
- menyemak terjemahan untuk kesilapan am tatabahasa,
- status terjemahan mesej.[5]
Format-format yang disokong
[sunting | sunting sumber]Yang berikut adalah format-format yang disokong secara natif. Banyak lagi boleh ditambah dengan sedikit pengubahsuaian.[6]
- Antaramuka dan halaman MediaWiki
- GNU Gettext
- Sifat-sifat Java
- Sumber rentetan Android
- INI
- Dtd
- Fail PHP
- JavaScript
- Json
- PythonSingle
- RubyYaml
- Yaml
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lpdpp
- ^ translatewiki.net celebrates – so do I, post for 6th birthday by Niklas Laxström, 22 April 2011.
- ^ Translatewiki.net Community Diarkibkan 2013-01-17 di Wayback Machine, 27 April 2011, mifos.org.
- ^ mw:Localisation#Update of localisation.
- ^ Redesigning the Translation experience: An overview, Wikimedia Foundation blog, 25 Mac 2013.
- ^ File format support.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- translatewiki.net
- Halaman dan dokumentasi sambungan Translate MediaWiki
- Templat:Ohloh project