Tatatanda matematik
Penampilan
Tatatanda matematik ialah satu sistem perwakilan bersimbol untuk objek-objek dan idea-idea matematik. Tatatanda matematik digunakan dalam matematik, sains fizik, kejuruteraan dan ekonomi. Ia terdiri daripada simbol ringkas seperti nombor 1 dan 2, simbol-simbol fungsi seperti sin dan +; simbol konsep seperti lim, dy/dx, persamaan dan pemboleh ubah; dan tatatanda diagram yang kompleks seperti tatatanda grafik Penrose dan diagram Coxeter-Dynkin.
Takrif
[sunting | sunting sumber]Tatatanda matematik ialah satu sistem penulisan (juga satu bahasa formal) yang digunakan untuk merekodkan konsep-konsep dalam matematik.
- Tatatanda menggunakan simbol atau ungkapan bersimbol yang bertujuan untuk menyampaikan makna semantik yang tepat.
- Dalam sejarah matematik, simbol-simbol ini telah menandakan nombor, bentuk, corak dan perubahan. Tatatanda boleh juga merangkumi simbol-simbol untuk bahagian-bahagian dalam wacana konvensional antara ahli matematik, apabila melihat matematik sebagai satu bahasa.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sejarah tatatanda matematik
- Tatatanda dalam kebarangkalian
- Tatatanda saintifik
- Jadual simbol matematik
- Tatatanda matematik Arab moden
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kegunaan Awal Beberapa Simbol Matematik
- Tatatanda ASCII Matematik bagaimana menaip tatatanda matematik dalam semua penyunting teks.
- Matematik sebagai satu bahasa
- Stephen Wolfram: Tatatanda Matematik: Dulu dan Masa depan Diarkibkan 2009-01-11 di Wayback Machine. October 2000.