[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tanjung Batu (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanjung Batu
Kawasan pilihan raya  Sabah
Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau sebagai pusat mengundi dalam daerah mengundi Tanjung Batu.
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Sabah
ADUN
 
 
 
Andi Muhammad Suryady Bin Bandy(ADUN)
BN
Kawasan pilihan raya diwujudkan2003
Kali pertama dipertandingkan2004
Kali terakhir dipertandingkan2020
Demografi
Pemilih (2020)[1]14,875
Luas (km²)[2]11

Tanjung Batu ialah sebuah kawasan negeri di Sabah, Malaysia yang diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Kawasan pilihan raya negeri ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Tawau dalam Daerah Tawau. Tanjung Batu juga merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak dalam zon kawasan parlimen Kalabakan, iaitu kawasan parlimen yang terletak di tengara negeri Sabah.[2][3] Kod bagi kawasan pilihan raya ini ialah N71. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak.

Sejarah perwakilan

[sunting | sunting sumber]
Penggal Tahun Ahli Parti
Kawasan dipecahkan kepada Tanjung Batu dan Kukusan
Ke-16  2020–kini     Andi Muhammad Suryady Bandy BN

Daerah mengundi

[sunting | sunting sumber]

Kawasan pilihan raya Tanjung Batu merangkumi tiga daerah mengundi iaitu Pasir Putih, Tanjung Batu dan Keramat.[2][4]

Kedudukan daerah mengundi dalam kawasan DUN Tanjung Batu adalah seperti berikut.[2]

  • Daerah mengundi Pasir Putih (dinamakan sempena Kampung Pasir Putih) terletak di utara Tanjung Batu
  • Daerah mengundi Tanjung Batu (dinamakan sempena Kampung Tanjung Batu) terletak di timur Tanjung Batu
  • Daerah mengundi Keramat (dinamakan sempena Kampung Tanjung Batu Keramat) terletak di selatan Tanjung Batu

Pusat mengundi

[sunting | sunting sumber]
Daerah mengundi Nombor kod Pusat mengundi[4] Bilangan pemilih (2016)[2]
Nama pusat mengundi Lokasi pusat mengundi
Pasir Putih 191/71/01 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih Peti Surat 1932, 91044 Tawau 3,850
Tanjung Batu 191/71/02 Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Peti Surat 60494, 91014 Tawau 3,557
Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau Jalan Kompleks Sukan, 91000 Tawau
Keramat 191/71/03 Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat Peti Surat 1474, 91008 Tawau 5,155
Jumlah 12,562

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya negeri Sabah 2020
Parti Calon Undian % ∆%
BN Andi Muhammad Suryady Bandy 4,728 62.08 14.92
WARISAN Mohd Asfar bin Abd Latif 2,605 34.20 34.20
PCS Rudy bin Nurdin 130 1.71 1.71
PPRS Kamshari @ Johari Ibrahim 79 1.04 1.04
USNO Zulkifli bin Ahmad 58 0.76 0.76
Bebas Asmari @ Nas bin Udoh 16 0.21 0.21
Jumlah undi sah 7,616 100.00
Pemilih berdaftar 14,875
Majoriti 2,123 27.88 29.63
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Sabah 2008
Parti Calon Undian % ∆%
BN Hamisa Samat 5,921 77.00 9.64
PKR Dullah Hashim 1,499 19.49 19.49
Bebas Mohammad Jeffry Rosman 178 2.31 2.31
Bebas Dasun Sumbin 0 0.00
Jumlah undi sah 7,598 98.80
Jumlah kertas undi ditolak 92 1.20
Kertas undi tidak dikembalikan 0 0.00
Jumlah keluar mengundi 7,690 61.14 3.41
Pengundi berdaftar 12,577
Majoriti 4,422 57.51 17.39
BN kekal Peralihan
Sumber

"KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2008".

Pilihan raya negeri Sabah 2004
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohd Kamil Mohd Kassim 5,784 86.64 86.64
SETIA Mir Durahman 784 11.74 11.74
Jumlah undi sah 6,568 98.38
Jumlah kertas undi ditolak 108 1.62
Kertas undi tidak dikembalikan 0 0.00
Jumlah keluar mengundi 6,676 57.73 57.73
Pengundi berdaftar 11,564
Majoriti 5,000 74.90 74.90
Kawasan DUN baharu ditubuhkan.
  1. ^ a b "Keputusan Terkini DUN N.71". Dashboard SPR. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 13 September 2020.
  2. ^ a b c d e Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri Sabah Kali Keenam Tahun 2017 (PDF) (Laporan). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-09-13. Dicapai pada 2019-10-02.
  3. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  4. ^ a b "Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sabah" (PDF). Warta Kerajaan Persekutuan Malaysia. 24 September 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2019-10-11. Dicapai pada 13 September 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]