[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tanda aras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batu aras di Malaysia
Tanda potong oleh Ordnance Survey di UK

Tanda aras ataupun batu aras merupakan tanda geodesi yang menanda titik sesuatu ketinggian kawasan yang stabil. Tanda aras ini selalunya dibina dan diuruskan oleh juruukur. Di Malaysia, terdapatnya dua jenis tanda aras iaitu tanda aras (benchmark) dan tanda aras piawai (standard benchmark) yang selalunya ditanam oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia di sekitar bahu jalan raya dan di hadapan mercu tanda, jambatan, tiang komunikasi dan bangunan contohnya balai polis dan klinik kesihatan. Tanda aras selalunya dibina pada sela lebih kurang 500 meter ke 1 kilometer di jalan raya manakala tanda aras piawai dibina pada sela jarak 10 hingga 15 kilometer di persimpangan jalan raya utama. [1][2]

Tanda aras selalunya digunakan pada mana-mana alatan pengukuran yang digunakan untuk menandakan titik sebagai rujukan ketinggian sesuatu kawasan. Kebiasaannya tanda aras dibina berbentuk batu berkonkrit dan dicat berwarna putih dan ditanam bolt tembaga atas paip besi.[3] Tanda aras selalunya ditanda dengan anak panah di atas peta terlebih lagi peta topografi dan ia tidak mempunyai simbol yang berbentuk fizikal di dalam peta.

Di United Kingdom, tanda aras berbentuk anak panah luas dan tanda potong yang dipahat atas batu dan ia dibina di bawah garisan mendatar.

  1. ^ Siti Arifah bin Abdul Kader (8 November 2022). "Infografik @ Ukur Bil.4/2022: Tanda Aras". pintu.instun.gov.my. Portal Informasi Tanah dan Ukur, Institut Tanah dan Ukur Negara. Dicapai pada 13 Februari 2024.
  2. ^ "Benchmark". jupem.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 13 Februari 2024.
  3. ^ Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (13 Oktober 2021). "Garis Panduan Teknikal Ukur Aras" (PDF). jupem.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. m/s. 67. Dicapai pada 13 Februari 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]