Surau
Surau | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Ibadah dan pengajian agama |
Jenis | Bangunan keagamaan |
Gaya seni bina | Melayu |
Bandar/pekan | Semenanjung Malaysia dan Sumatera Barat[1] |
Negara | Indonesia dan Malaysia |
Pemilik | Minangkabau |
sunting · sunting di Wikidata |
Surau (Jawi: سوراو ) ialah sebuah bangunan tempat berhimpun bagi penganut Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan sesetengah kawasan di Sumatera yang digunakan untuk ibadah dan kegiatan keagamaan. Secara umumnya, struktur binaan kecil, namun fungsinya hampir sama dengan masjid, semua lelaki dan wanita dibenarkan masuk, dan digunakan untuk kegiatan keagamaan dan majlis perayaan. Penubuhan institusi ini dibangunkan dengan kesepakatan dan pendanaan masyarakat tempatan. Surau boleh dibandingkan sama seperti zawiyah dalam dunia Arab.[2] Dalam masyarakat Minangkabau, mereka menyambung tradisi sebelum kedatangan Islam, iaitu surau sebagai tempat tinggalnya kaum lelaki, dan tempatnya mulia di sisi masyarakat.[3]
Dalam kegunaan semasa, "surau" merujuk kepada masjid yang kecil, atau ruangan khas di bangunan=bangunan orang ramai (seperti pusat beli belah, universiti, atau kawasan rehat di lebuh raya) bagi lelaki dan wanita untuk menunaikan solat.
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Masjid |
---|
Masjid Shah Jahan, Woking, United Kingdom |
Gambaran umum
[sunting | sunting sumber]Peristilahan dan takrifan
[sunting | sunting sumber]Nama "surau" ini merupakan serapan bahasa Minangkabau yang berkongsi akar dengan bahasa Batak (ᯚᯮᯒᯬ suro) merujuk kepada suatu tempat sembahan roh nenek moyang. Ia tidak sahaja diterapkan dalam pemahaman Islam setempat menjadi tempat menyembah Tuhan yang esa seperti yang diketahui hari ini,[4][5] malah tetapi diperluas menjadi tempat penyebaran ilmu keislaman.[6] Menurut penulis Minangkabau A. A. Navis, surau merupakan tempat berkumpulnya anak laki-laki yang sudah akil baligh untuk tidur di malam hari[a] serta menekuni bermacam ilmu dan keterampilan.[7][8][9] Menurut cendekiawan Islam Azyumardi Azra, kedudukan surau dalam masyarakat Minangkabau serupa dengan pesantren di Jawa namun peranan tersebut beransur surut selepas Indonesia merdeka kerana menguatnya lembaga pendidikan Islam di Indonesia meunnduk pada aturan pemerintah negara itu.[10]
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi surau secara tepat: ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula hanya bererti "tempat bersolat" sahaja.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Menurut ketentuan adat Minangkabau, laki-laki dianggap memalukan bila masih tidur di rumah orang tua mereka atau isteri yang diceraikan sehingga mereka diharuskan tidur di surau.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Melacak Akar Sejarah Pendidikan Surau: Asal-Usul, Karakteristik, Materi dan Literatur Keagamaan" (PDF).
- ^ Azyumardi Azra, Islam in the Indonesian World: An Account of Institutional Formation. Bandung 2006, S. 63–69.
- ^ "Mengembalikan Peranan Surau di Minangkabau".
- ^ Kern, R. A. (Mei 1956). "Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society". 29 (173). Royal Asiatic Society: 179-181. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Dobbin, Cristine (1971). "Islam Revivalism In Minangkabau At The Turn Of The 19th Century". Cambride University Press. m/s. 120. Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ Azyumardi Azra (1985). Surau Di Tengah Krisis: Pesantren Dalam Prespektif Masyarakat. Jakarta: M3. m/s. 156.
- ^ Sidi, Gazalba (1982). Masjid Pusat Ibadah dan Kebudayaan Islam. Jakarta: Ummirda. Hal. 314.
- ^ Dobbin, Cristine (1992). Kebangkitan Islam Dalam Ekonomi Petani yang Sedang Berubah: Sumatra Tengah 1784-1847. Terj. Lilian D. Tedjasukandhana. Jakarta: INIS. Hal. 142.
- ^ Azizah Etek; Mursjid A.M.; Irfan B.R. (2007). "Koto Gadang Masa Kolonial". Lkis Pelangi Aksara. m/s. 109.
- ^ Azyumardi Azra (1999). Pemikiran Islam Tradisi dan Modernitas Menuju Milinium Baru. Ciputat: Logos.