[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Streptococcus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Streptococcus
Pengelasan saintifik
Domain:
Filum:
Kelas:
Bacilli[1]
Order:
Keluarga:
Genus:
Streptococcus

Rosenbach, 1884
Species[2]
Streptococcus

Streptococcus ialah salah satu genus dari bakteria bukan motil yang mengandungi sel gram positif, berbentuk buat, bujur dan membentuk rantai pendek, panjang atau berpasangan.[3] Bakteria ini tidak membentuk spora.[3] Bakteria ini dapat ditemui di bahagian mulut, usus manusia dan haiwan.[3] Terdapat juga jenis yang digunakan untuk penapaian makanan dan minuman.[3] Beberapa jenis ada yang bersifat patogen.[3] Spesies bakteria Streptococcus yang bersifat patogen diantaranya dapat menyebabkan penyakit seperti pneumonia, meningitis, necrotizing fasciitis, erisipelas, radang tekak, dan endokarditis.[4] Jenis bakteria dari genus ini juga banyak digunaan dalam penghasilan keju dan yogurt.[4] Klasifikasi bakteria dari genus Streptococcus disusun berdasarkan sifat-sifat hemolitik yang dimiliki iaitu Streptococcus hemolitik alpha, hemolitik beta, dan hemolitik gamma.[4] Berdasarkan kombinasi sifat antigen, hemolitik dan fisiologinya, genus dari bakteria ini dibahagi menjadi kumpulan A, B, C, D, F, dan G. Kumpulan A dan D dapat disebarkan kepada manusia melalui makanan.[5] Kumpulan A terdiri daripada satu spesies dengan 40 jenis antigen.[5] Spesies dari kumpulan A tersebut ialah S. pyogenes.[5]

  1. ^ "Result of detail taxonomy information". TXSearch Taxonomy Retrieval. DNA Data Bank of Japan. 19 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 30 March 2010.
  2. ^ LPSN entry for Streptococcus
  3. ^ a b c d e Hartanto, Mahatmi, Huriawati, Nisa (2001). Kamus Ringkas Kedokteran Stedman Edisi 4. USA: Elisabert Haigh. m/s. 1094.
  4. ^ a b c "Bakteria gram positif". Web Mahasiswa. Dicapai pada 27 Jun 2014.
  5. ^ a b c "Streptococcus spp". Food Info. Dicapai pada 27 Jun 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]