[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

SonaOne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SonaOne
Kelahiran (1988-11-30) 30 November 1988 (umur 35)

Mikael Adam bin Muhammad Rafee Michel Lozach atau yang lebih dikenali sebagai SonaOne (lahir 30 November 1988) merupakan seorang penyanyi, pelukis grafiti, penulis lirik, penggubah lagu, penerbit rakaman, dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi lagu "I Don't Care" bersama Mal Karmal pada tahun 2012 sebelum dikenali ramai dengan lagu "No More" serta gandingan bersama rapper terkenal Joe Flizzow dalam lagu "Havoc" dan "Apa Khabar" pada tahun 2014 hingga melayakkan beliau memenangi gelaran juara di Anugerah Juara Lagu ke-29.

Menerusi lagu "No More" pula, Mikael berjaya memenangi anugerah Lagu Terbaik pertama bukan dalam bahasa Melayu di Anugerah Industri Muzik ke-21[1] menjadikan beliau sebagai komposer yang berjaya memenangi kedua-dua anugerah utama untuk penggubah lagu dalam tahun yang sama selepas komposer lagenda Adnan Abu Hassan.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Mikael dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 30 November 1988 kepada Michel Lozach, seorang warga Perancis, dan Noorzulaily Yunos, seorang pakar koreografi kaum Melayu dari Malaysia. Beliau menetap di luar negara sejak berusia dua minggu mengikuti kedua-dua ibu bapanya bertugas di resort Club Med terkemuka sehingga sering berpindah-randah di banyak tempat antaranya Sepanyol, Perancis dan Jepun. Ketika berusia 6 tahun, bapa saudaranya memberikannya hadiah berupa sebuah mainan berupa Sony Soundpad yang mana ia menjadi alat muzik pertama yang dimainkannya ketika menghadiri kelas muzik dan berupaya mencipta lagu-lagu nakal ketika bergurau senda bersama kawan-kawan. Ketika menetap di Paris, Mikael mula berjinak-jinak dengan kegiatan seni melukis grafiti.

Setelah Mikael pulang ke Malaysia pada usia 10 tahun, beliau menyambung pembelajaran awal di sekolah Perancis di Malaysia dan meneruskan minatnya dalam lukisan grafiti di Kuala Lumpur. Ketika berusia 12 tahun, dia mula menjinakkan diri dengan Production Software (Music 2000 and Project 5) dan memulakan aktiviti pengaturcaraan bunyi dan permainan Flash bersama rakan-rakan rapatnya termasuk Iman Ishak. Pada tahun 2005, Mikael yang baru berusia 17 tahun berjaya menarik perhatian abang Iman, Joe Flizzow yang berminat menjadikan remaja itu sebagai seorang protegee. Ketika itu Mikael lebih dikenali sebagai pelukis graffiti berbanding muziknya yang masih belum terdedah kepada umum.

Kerjaya muzik

[sunting | sunting sumber]

2010–2013: Permulaan

[sunting | sunting sumber]

Perkenalan Mikael dan Joe memulakan penerbitkan muzik secara mandiri dan mendapat perhatian artis seperti Karmal dan Joe Flizzow hingga diajak menyertai kumpulan penerbit hip-hop bebas tempatan yang dipanggil "G.O.D Music - Gentlemen On Dinosaurs" (antaranya Motion, Saph, DJ Iman, Karmal, Jay Walia) pada tahun 2010 di bawah Kartel Records[2]. Selain berkebolehan mencipta lagu, Mikael juga mampu menyanyikan lagu berentak R&B , jazz dan Pop selain digemari kerana gaya rap nya yang mempunyai kualiti era 90an.

Setelah bernaung di bawah Kartel, Mikael mula menggunakan nama SonaOne sebagai nama komersial. Ketika itu dia sibuk mencuba menempa nama dengan membuat kompilasi lagu (mixtape) yang berjaya mengumpul peminat-peminat awal menerusi medium media sosial. Pita pertamanya, “Illegal Downloads Vol. 1” diterbitkan pada 20 April 2010 dan diikuti oleh “Illegal Downloads Vol. 2” (20 April 2011). Di antara kedua-dua pita tersebut, beliau meluncurkan pita kedua “Tuna Spaghetti” yang terbit 30 November 2010 dan berjaya mengangkat namanya dalam arena muzik hip hop pada tahun 2010 menerusi lagu hits seperti “No Snooze”, “Flyer Than You G6” & “Like A Dream”. Menerusi "Tuna Spaghetti" beliau berjaya mengumpul lebih ramai pengikut[3] serta juga berjaya dicalonkan dalam Anugerah Shout! 2010 dalam kategori Hip-hop / Urban.

Kemunculan perdananya sebagai artis adalah menerusi program "Hip Hop In Asia" di mana dia menyertai beberapa rapper terkenal rantau ini seperti Sheikh Haikel (Singapura), Micbandits (Brunei), Dandee (Thailand) dan Thaikoon (Amerika Syarikat) menjelajah Asia untuk memperkenalkan genre muzik Hip Hop yang berkembang pesat. SonaOne juga dipanggil untuk mengacarakan program dokumentari tersebut sekali lagu untuk musim kedua[4]. Selain popular sebagai pelukis grafiti dan mula menempa nama sebagai penyanyi, SoneOne juga berpeluang membuat persembahan di merata tempat antaranya jejalah bebas di Amsterdam dan Singapura malah pernah berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti The Black Eyed Peas, Rain and Thaitanium (Thailand). Sejak 2012 SonaOne adalah MC tetap kelab “The Get Up” - Rootz KL secara mingguan yang sekaligus mendekatkan beliau dengan peminat dari golongan urban.

2013–kini: Growing Up Sucks!, kejayaan di Anugerah Industri Muzik

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya muziknya mula bersinar apabila meluncurkan album studio sulungnya "Growing Up Sucks!" pada 9 Disember 2013 dengan mempertaruhkan lagu Inggeris "No More" sebagai single utama diikuti oleh lagu "Hak Eleh" sebagai single kedua [5]. Dengan keseluruhan mendapat enam (6) pencalonan, lagu "No More" berjaya menempa sejarah sebagai lagu berbahasa Inggeris pertama yang memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ketika edisi ke-21 yang berlangsung pada 7 Disember 2014[6]. Lagu tersebut juga memenangi Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, selain SonaOne dicalonkan untuk kategori Artis Baharu Terbaik. Di majlis yang sama juga, lagu kolaborasi SonaOne bersama Joe Flizzow berjudul "Apa Khabar" meraih anugerah Lagu Hip Hop Terbaik. "Apa Khabar" mengulangi kejayaan dengan lebih cemerlang apabila meraih gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-29 sekaligus menjadikan lagu tersebut sebagai lagu hip-hop pertama memenangi anugerah berprestij tersebut pada 18 Januari 2015[7].

SonaOne (dua dari kanan) bersama Faizal Tahir, Joe Flizzow, Afgansyah Reza, Siti Nurhaliza, Anggun, Jaclyn Victor, Cakra Khan dan Hafiz Suip pada sidang media Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert.

Pada April 2016, beliau telah dijemput Siti Nurhaliza sebagai tetamu undangan menjayakan persembahan bersamanya di konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara, Bukit Jalil bersama-sama dengan Joe Flizzow, Faizal Tahir, Hafiz Suip, Cakra Khan, Afgan Syahreza dan Anggun.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

SonaOne pernah cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan kerabat Diraja di luar kompleks beli-belah Fahrenheit 88 di Jalan Bukit Bintang[8]. Dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta. Sebaik keluar, dia terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga dia terjatuh sebelum badan dan mukanya dipijak. Akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri hingga di rawat di Prince Court Medical Centre, Bukit Bintang[9].


Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Naib Juara Lagu 'Satu Malam Di Temasek' TV3 Duet bersama Joe Flizzow

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Illegal Downloads Vol. 1 (2010)
  • Tuna Spaghetti (2010)
  • Illegal Downloads Vol. 2 (2011)

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  • Growing Up Sucks! (2016)
Tahun Tajuk Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2010 "6 Cents" III Legal Downloads Volume I
"Problem" menampilkan Sayla & Tatsuro Miller
"Me Voila"
"The Juxtaposition Freestyle " bersama Qbe The Juxtaposition Freestyle: Remix
"Who Do It Better" bersama Joe Flizzow & Altimet Kartel Record: Hip Hop in Asia
"No Snooze" Tuna Spagheti
2011 "Fyler Than You G6" menampilkan Karmal
"Like A Dream" menampilkan Dennis the Menace & Dandee
"Mango" menampilkan Karmal III Legal Downloads Volume II
"It's Cool" menampilkan Karmal
"Up Here" menampilkan Karmal
"Huh?" III Legal Downloads Volume III
2012 "Taik Lalat"
"I Don't Care" menampilkan Karmal
"Rap Melayu" menampilkan Karmal & Qbe
2013 "Somebody Told Me" bersama The Azenders Stripped Session
"No More" Growing Up Sucks EP
"Havoc" bersama Joe Flizzow & Altimet Havoc
2014 "Apa Khabar?" bersama Joe Flizzow
"In My Perodua" bersama Dose Two
"Hakeleh" Growing Up Sucks EP II
2015 "Nervous" bersama Radio3000 & H-Roc Radio3000
"Evo" bersama Joe Flizzow OST Polis Evo
"Firefly" Growing Up Sucks The Album
2016 "Pulang (featuring Yuna)" Lagu single daripada Yuna.
2018 "Sang Saka Biru (featuring Joe Flizzow, Altimet & Alif Sleeq)" OST Polis Evo 2
2022 "Satu Malam di Temasek" (featuring Joe Flizzow)

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Untuk Keputusan Sumber
2010 Anugerah Shout! 2010 Flava Award SonaOne Tercalon [10]
2014 Anugerah Industri Muzik ke-21 Lagu Terbaik "No More" (Mikael Lozach) Menang [11]
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Menang
Lagu Hip Hop Terbaik "Apa Khabar" (Mikael Lozach / Johan Ishak) Menang
Lagu Terbaik Tercalon
Lagu Hip Hop Terbaik "Havoc" (Mikael Lozach / Johan Ishak / Altimet) Tercalon
Artis Baharu Terbaik SonaOne Tercalon
2015 Anugerah Juara Lagu ke-29 Juara Keseluruhan "Apa Khabar" (Mikael Lozach / Johan Ishak) Menang [12]
Anugerah Planet Muzik Artis Baru Terbaik (Lelaki) Hakeleh Tercalon [13]
Lagu Paling Popular APM Tercalon
Lagu Terbaik (Malaysia) Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular SonaOne Tercalon
  1. ^ Chaw, Kenneth (8 April 2015). "5 things you need to know about SonaOne's No More". The Star. Dicapai pada 19 April 2020.
  2. ^ http://www.juiceonline.com/i-wanna-be-a-producer-sona-one/
  3. ^ https://www.facebook.com/itssonaone/info?tab=page_info
  4. ^ http://tehtarik.malaysiaboleh.my/?p=11688
  5. ^ http://www.budiey.com/sonaone-bakal-lancar-single-terbaru/
  6. ^ http://www.hmetro.com.my/node/14540
  7. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/19/apa-khabar-juara-ajl-29/
  8. ^ http://www2.hmetro.com.my/articles/MukadiinjakanakVIP/Article#sthash.cTaC9qIb.dpuf
  9. ^ http://mediamalaya.com/sonaone-dibelasah-kerabat-raja-sehingga-pengsan/
  10. ^ "Shout! Awards". Juice Online. Dicapai pada November 9, 2015.
  11. ^ "SonaOne Kelu 'No More' Cipta Sejarah AIM 21". mstar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada November 9, 2015.
  12. ^ "Joe Flizzow & Sona One Tampil Kejutan Di Pentas Akhir AJL 29". rotikaya.com. Dicapai pada November 9, 2015.
  13. ^ "Ini Daftar Lengkap Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015". seleb.co.id. Dicapai pada November 9, 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]