[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Soifon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Bleach
Soifon
Peranan Kapten shinigami daripada divisyen 2; komander pasukan khas; bekas pengawal peribadi Shihouin Yoruichi
Tarikh lahir 11 Februari
Ketinggian 150 cm (4' 11")
Berat 38 kg (83.8 lb)
Zanpakutō Suzumebachi
Seiyū Tomoko Kawakami
Pelakon suara latar Cindy Robinson

Soifon (砕蜂, Sùifēng dalam bahasa Mandarin) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan ketua bagi pasukan khas (隠密機動, onmitsukidō) dan kaptan bagi Bahagian Ke-2 dalam Gotei 13. Leftenannya ialah Ōmaeda Marechiyo.

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Soifon amat setia, teguh pendirian dan tidak mudah mengubah kepercayaannya. Dia rajin berusaha dan adil orangnya - dia amat mematuhi peraturan dan arahan. Dia juga tidak suka bercakap besar seperti leftenannya. Soifon, seperti shinigami wanita lain, merupakan ahli Persatuan Shinigami Wanita. Dalam komik V-Jump, dia dan Kotetsu Kiyone berjaya menahan Ukitake Jūshirō untuk bergaya di hadapan kamera bagi kalendar persatuan.

Soifon memakai pakaian seragam pemimpin pasukan khas (tidak berlengan dan mempunyai kain di bahagian belakang) di bawah pakaian shinigami piawai. Rambutnya pendek dengan dua tocang yang dililit dengan kain.

Dalam siri-siri omake, perasaan fanatik dan minat Soifon terhadap bekas ketuanya, Shihouin Yoruichi mejadi sumber kelucuan. Dia juga menggemari apa-apa sahaja yang melambangkan kucing hitam (bentuk tersebut merupakan bentuk kesukaan Yoruichi semasa tidak berada dalam tubuh manusia). Hal ini dibuktikan dalam segmen Buku Ilustrasi Shinigami dalam episod 97. Matsumoto Rangiku menghadiahi Soifon "Yoruichi" (kucing hitam) iaitu sebuah patung mainan sebagai ole-ole dari dunia manusia. Dalam animasi babak penutup yang ketujuh, dia dilihat sedang memegang Yoruichi dengan mesranya. Soifon juga ingin menghadiahkan coklat dalam kotak berbentuk hati kepada Yoruichi sempena Hari Vanlentine tetapi gagal berbuat demikian apabila Yoruichi merupakan dirinya sebagai seekor kucing. Dalam babak omake komik V-Jump, Gotei 13 diminta untuk memberi pendapat kepada Jeneral-Komander untuk dijadikan plot dalam permainan video shinigami. Soifon mencadangkan satu permainan dengan dirinya dan Yoruichi sebagai watak utama. Selepas melawat kedai Urahara, dia melahirkan rasa kecewa dengan keadaan kehidupan Yoruichi di dunia manusia dan memberi amaran kepada Urahara bahawa jika Yoruichi mengalami sebarang kecelakaan, dia tidak akan melepaskan Urahara. Dalam Buku Ilustrasi Shinigami episod 117, Soifon nampaknya amat menyukai foto-foto yang mempunyai Yoruichi termasuklah sekeping gambar yang menunjukkan Yoruichi sedang makan dengan lahapnya.

Soifon dilahirkan sebagai Fon Shaolin (蜂 梢綾) dalam keluarga Fon, salah sebuah keluarga bangsawan kelas bawahan yang menjalin hubungan dengan keluarga bangsawan Shihouin. Keluarga Fon biasanya berkhidmat untuk keluarga Shihouin dengan menyertai pasukan khas. Sesiapa yang gagal dalam ujian kelayakan pasukan khas tidak akan diakui lagi oleh keluarga Fon dengan serta-merta. Sebagai akibatnya, Soifon dibebani dengan tanggungjawab dan kepercayaan daripada keluarganya sejak muda lagi. Dia dan ahli keluarga yang lain (termasuklah lima orang abang yang kesemua terkorban semasa berkhidmat dalam pasukan khas) telah menyertai pasukan khas. Setelah menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut, Fon Shaolin mengambil nama neneknya sebagai nama kod: Soifon. Dalam anime, dia tidak menamakan dirinya Soifon dengan suka rela - seorang ahli keluarga menamakannya sedemikian.

Soifon bekerja keras dan akhirnya dapat dinaikkan pangkat kepada ketua pengawal yang berkhidmat untuk pemimpin pasukan khas pada masa itu, Shihouin Yoruichi. Yoruichi kemudiannya mengambil Soifon sebagai anak muridnya dan mereka berdua menjalin hubungan yang mesra. Apabila Yoruichi meninggalkan Soul Society bersama-sama sahabatnya yang dihalau dari sana, dia kehilangan kesemua pangkat serta jawatannya. Soifon merasakan bahawa Yoruichi telah mengkhianatinya. Maka, dia berlatih bersungguh-sungguh untuk menandingi Yoruichi dan seterusnya mengambil semua gelaran yang dahulunya pernah dimiliki oleh Yoruichi.

Soifon menjadi kaptan Bahagian ke-2 lebih kurang 100 tahun sebelum bermulanya kisah utama Bleach iaitu sejurus selepas Yoruichi meninggalkan Soul Society.

Babak Soul Society

[sunting | sunting sumber]

Semasa upacara pembunuhan Rukia berlangsung, Soifon bertemu sekali lagi dengan Yoruichi apabila dia memegang Yoruichi yang sedang berlari dari cerun di lokasi hukuman pembunuhan. Soifon mencabar Yoruichi untuk bertarung dengannya bagi membuktikan bahawa dia telah bertambah kuat. Sebenarnya, Soifon berbuat demikian untuk melahirkan konflik dalaman yang dialaminya setelah Yoruichi meninggalkan Soifon sendirian. Pada mulanya, dia mengarahkan sekumpulan pasukan khas untuk memberkas Yoruichi tetapi Yoruichi dapat menewaskan mereka dengan mudah dengan menggunakan langkah kilat. Akhirnya, Soifon cuba menggunakan sejenis teknik yang menggabungkan kombat fizikal dengan kidō dan mendakwa bahawa dialah yang mencipta teknik tersebut (malah, teknik itu masih belum bernama). Tetapi, Yoruichi yang telah mencipta teknik tersebut sebelum Soifon memanggilnya tangisan kilat (瞬閧, shunkō) dan dapat menguasai teknik tersebut lebih baik daripada Soifon. Walaupun kemahiran Yoruichi jauh melebihi kekuatan Soifon, dia tidak mencederakan Soifon. Hal ini menyebabkan Soifon menangis dan bertanya sebab dia ditinggalkan oleh guru dan ketua yang disanjunginya serta tidak dibawa bersama apabila Yoruichi meninggalkan Soul Society.

Babak Bount

[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan babak ini, Yoruichi dan Soifon berganding bahu untuk menjejaki Bount dan dapat mengesan lokasi seorang Bount wanita yang sedang menyerang manusia. Mereka berdua memaksa Bount tersebut meninggalkan tempat kejadian. Soifon kemudiannya pulang ke Soul Society manakala Yoruichi tinggal sebentar untuk merawat manusia yang tercedera tadi. Selepas itu, Soifon pergi ke Kedai Urahara untuk berkongsi data yang diperolehnya dengan Urahara. Dia juga mencemuh keusangan kedai Urahara (lantas membangkitkan kemarahan Tessai) dan memaklumkan Urahara bahawa seandainya sesuatu malapetaka menimpa Yoruichi, dia tidak akan melepaskan Urahara.

Semasa Bount menyerang Soul Society, beberapa ahli pasukan khas di bawah pimpinan Soifon berjaya dikawal oleh doll Mabashi, Ritz. Salah seorang daripada mereka melontar bitto yang mengandungi roh reput ke arah Soifon. Bahan ini bertindak seperti bisa dan mula membunuh Soifon dengan perlahan. Dalam pertarungan pendek dengan Mabashi, Soifon dapat menikam Mabashi di dadanya dengan jata tebuannya sebelum menjadi terlalu lemah untuk meneruskan perlawanan. Mabashi kemudiannya meninggalkan medan pertarungan dan berniat untuk pulang ke sana semula hanya untuk melihat mayat Soifon. Pada masa ini, Soifon menggunakan Suzumebachi untuk meneutralkankan racun dalam badannya. Apabila Mabashi muncul semula di hadapan Soifon, dia nampaknya sedang berada di ambang maut. Sepasukan pengawal Soifon turut tiba di sana untuk melindungi Soifon tetapi dapat dikuasai oleh Ritz pula. Mabashi ingin menggunakan Ritz untuk menguasai Soifon kerana shinigami lain yang juga dikuasai oleh Ritz telah dipengsankan. Ketika Ritz cuba mengambil alih tubuh Soifon, dengan tangkasnya Soifon melompat dan menikam Mabashi di dadanya sekali lagi. Dengan ini, Mabashi berjaya dibunuh dan semua shinigami yang dikawal dapat dibebaskan.

Suzumebachi

[sunting | sunting sumber]

Zanpakutō Soifon ialah Penyengat (雀蜂, Suzumebachi). Dalam bentuk asal, ia kelihatan seperti katana biasa dengan hulu yang kelihatan seperti dao (pedang) Cina. Dia membawa zanpakutōnya pada belakangnya, tidak seperti shinigami lain. Arahan untuk membebaskannya pada tahap pertama ialah "sengat semua musuh sehingga mati" (尽敵螫殺, jinteki shakusetsu)

Pada tahap pertama, Suzumebachi mengecut kepada sebilah penyengat yang disarungkan pada jari hantu kanan Soifon. Apabila Soifon menikan seseorang dengan Suzumebachi, satu simbol rama-rama yang dipanggil sebagai jata tebuan (蜂紋華, hōmonka) muncul di tempat tikaman tersebut dengan pusat tikaman sebagai abdomen rama-rama. Jika Soifon dapat menikam tempat yang sama buat kali kedua, pihak musuh akan mati tidak kira betapa tinggi kekuatannya. Jata-jata tersebut akan kekal pada tubuh lawan selagi Soifon membenarkannya dan adalah mustahil untuk menanggalkannya tanpa persetujuan Soifon. Semasa Yoruichi masih mengetuai pasukan khas, Soifon hanya dapat mengekalkan jata tersebut selama setengah jam sahaja.

Dalam babak Bount, Soifon menerangkan bahawa keupayaan Suzumebachi berasal daripada kebolehannya untuk mensintesis sejenis racun yang juga dapat bertindak sebagai penawar bisa. Soifon dapat membunuh seseorang buat pertama kali dengan Suzumebachi dalam babak Bount. Bount Mabashi masih dapat bernafaas selama dua minit setelah ditikam sebanyak dua kali tetapi hal ini mungkin kerana kuantiti partikel semangat yang telah diserap olehnya ketika berada di Soul Society. Sebagai tambahan, Bount tidak mati seperti manusia biasa. Mereka akan bercahaya seketika sebelum menjadi debu. Sebaliknya, tikaman kedua Suzumebachi dapat membunuh salah seorang daripada "Yang Gelap" dengan serta-merta dalam Bleach: Memories of Nobody.