[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Skizofrenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Skizofrenia
Pengelasan dan sumber luaran
Enam lukisan kucing karya Louis Wain yang menghidap penyakit skizofrenia.
ICD-10F20
ICD-9295
OMIM181500
P. Data Penyakit11890
MedlinePlus000928
eMedicinemed/2072 emerg/520
MeSHF03.700.750
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.[1][2] Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan tingkah laku manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan sama ada ia adalah masalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psikologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian menunjukkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan, namun hasil penyelidikan sering kali menunjukkan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi atau tidak.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Yunani σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam budaya popular keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia sering kali mendorong kepada disfungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, penyakit ini tidak memiliki kecenderungan kelakuan agresif.

Skizofrenia adalah gangguan mental mempunyai ciri-ciri penting perubahan dalam persepsi, pemikiran, mood, dan tingkah laku.[3] Tanda-tanda yang digambarkan dalam segi positif, negatif, dan kognitif gejala-gejala.[4][5] Positif skizofrenia yang sama untuk apa-apa psikosis dan kadang-kadang disebut sebagai gejala psikotik. Ini mungkin menjadi masa di mana-mana berbeza psikosis, dan sering sementara membuat diagnosis dini skizofrenia bermasalah. Psikosis kata untuk pertama kalinya dalam satu orang yang kemudian didiagnosis dengan skizofrenia disebut sebagai episod pertama psikosis (fakulti pendidikan).[6][7]

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom positif dan negatif. Gejala positif adalah simptom yang tidak ada dalam diri individu normal, tetapi terdapat dalam diri individu yang menghidapi skizofrenia. Antara simptom positif termasuk delusi, halusinasi, gangguan pemikiran (thought disorder) dan lain-lain. Hanya pesakit skizofrenia sahaja yang akan mengalami perkara sebegini. Simptom negatif pula adalah simptom yang sepatutnya ada dalam diri individu normal tetapi tidak ada dalam diri pesakit skizofrenia. Antara contoh bagi simptom negatif ialah kelembapan aktiviti kognitif, tidak bermotivasi, kesukaran dalam bertutur dan lain-lain. Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defisit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masalah, fungsi eksekutif (executive function)]] atau kognisi sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat masa remaja atau awal dewasa, kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama yang membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), sama ada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psikiatrik, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah satu spektrum tabiat dan pengalaman. Semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai model kontinum psikosis atau pendekatan berdimensi dan paling jelas didukung oleh ahli psikologi Richard Bentall dan ahli psikiatri Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti hampir semua individu yang diagnosis dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (sama ada diwarisi atau terperoleh) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai model kelemahan tekanan, dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal perkembangan saraf adalah penting, terutama bagi proses pralahir. Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamina dalam laluan mesolimbik dalam otak. Teori ini, dikenali sebagai hipotesis dopamina kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai Fenotiazin, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu ringkas untuk dijadikan sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individu.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individu, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individu tertentu.

  1. ^ "Schizophrenia" Concise Medical Dictionary. Oxford University Press, 2010. Oxford Reference Online.Maastricht University Library. 29 Juni 2010 prepaid subscription only
  2. ^ Diagnostic and statistical manual of mental disorders: DSM-5 ISBN 978-0-89042-555-8
  3. ^ "Psychosis and schizophrenia in adults: treatment and management" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Current Concepts and Treatments of Schizophrenia
  5. ^ "Schizophrenia"
  6. ^ "NIMH » RAISE Questions and Answers"
  7. ^ "Association between duration of untreated psychosis and outcome in cohorts of first-episode patients: a systematic review"