[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sinar kosmos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi, biasanya dari luar Sistem Suria[1] malah dari galaksi lain yang berdekatan.[2] Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Istilah "sinar" sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah.

Komposisi

[sunting | sunting sumber]

Hampir 90% sinar kosmos yang mendatang terdiri dari proton, kira-kira 9% merupakan nucleus helium (zarah alfa) dan kira-kira 1% lagi elektron (zara beta minus). Satu pecahan kecil dari komposisi sinar sebegini ialah antijirim seperti positron atau antiproton, namun sifat sebenar pecahan ini masih dalam pengkajian yang berterusan.

Sinar kosmos banyak menarik perhatian secara praktikalnya kerana kebolehan menyebabkan kerosakan pada mikroelektronik dan hidupan luar suatu atmosfera dan medan magnet, dan secara saintifiknya kerama tenaga sinar kosmos bertenaga ultra tinggi (ultra-high-energy cosmic rays) telah dicerapkan mencecah 3 × 1020 eV,[3] iaitu sekitar 40 juta kali ganda tenaga zarah yang dipecutkan Pelanggar Hadron Besar.[4] Sinar kosmos jenis bertenaga ini pada 50 J[5] mampu mempunyai tenaga yang setara dengan tenaga kinetik yang dibawa sebiji bola besbol yang dibaling pada kelajuan 90 km sejam. Oleh sebab penemuan inilah, kajian terhadap sinar kosmos yang mempunyai tenaga lebih tinggi semakin mendapat perhatian.[6] Sungguhpun begitu, kebanyakan sinar kosmos tiada tenaga ekstrem sebegini; pengagihan tenaga dari sinar-sinar ini pun memuncak pada 0.3 gigaelectronvolt (4.8×10−11 J).[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sharma (2008). Atomic And Nuclear Physics. Pearson Education India. m/s. 478. ISBN 978-81-317-1924-4.
  2. ^ "Detecting cosmic rays from a galaxy far, far away". Science Daily. 21 September 2017. Dicapai pada 26 Disember 2017.
  3. ^ Nerlich, Steve (12 June 2011). "Astronomy Without A Telescope – Oh-My-God Particles". Universe Today. Universe Today. Dicapai pada 17 Februari 2013.
  4. ^ "Facts and figures". The LHC. European Organization for Nuclear Research. 2008. Dicapai pada 17 Februari 2013.
  5. ^ Gaensler, Brian (November 2011). "Extreme speed". COSMOS (41).[pautan mati kekal]
  6. ^ L. Anchordoqui, T. Paul, S. Reucroft, J. Swain; Paul; Reucroft; Swain (2003). "Ultrahigh Energy Cosmic Rays: The state of the art before the Auger Observatory". International Journal of Modern Physics A. 18 (13): 2229–2366. arXiv:hep-ph/0206072. Bibcode:2003IJMPA..18.2229A. doi:10.1142/S0217751X03013879.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Nave, Carl R. "Cosmic rays". HyperPhysics Concepts. Georgia State University. Dicapai pada 17 Februari 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.