Sheqal
Shahrin Salehuddin (lahir; 1965 di Pahang) atau lebih dikenali sebagai Sheqal adalah seorang penyanyi asal Malaysia yang cukup popular di era 1990an dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional.
Sheqal | |
---|---|
Kelahiran | Shahrin Salehuddin 1965 (umur 58–59) |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1990an |
Pasangan | Raja Ema (1993–1999) Normah Mohd Yusof |
Anak-anak | 4 |
Beliau mengecap populariti menerusi lagu-lagu seperti Zapin Rindu-rinduan, Cinta Nusantara dan Ratib Orang Lautan malah pernah dicalonkan dalam acara muzik nasional seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Manan Ngah di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, To'ki, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin.
Beliau kini bergiat aktif sebagai usahawan dan pakar motivasi[1] dan tidak bercadang untuk kembali ke industri muzik selepas album terakhirnya pada 1998 [2].
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]- Balada Nusantara (1990)
- Pudar Yang Tersirat Pasrah (1991)
- Cahaya (1994)
- Lambaian (1998)
Single
[sunting | sunting sumber]- "Kasih Tak Terhurai"
- "Cinta Nusantara"
- "Zapin Rindu-rinduan"
- "Pasrah"
- "Seloka Anak Cucu"
- "Pudar"
- "Penawar Rindu"
- "Ratib Orang Lautan"
- "Itu Ini"
- "Wira Dewa Cinta"
- "Fikir"
- "Cahaya Di Atas Cahaya"
- "Sepohon Tapi Tak Serasa"
- "Mimpi Cahaya"
- "Kejadian"
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- (finalis) Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1990
- (finalis) Anugerah Juara Lagu ke-9, kategori Irama Malaysia - "Ratib Orang Lautan"
- (finalis) Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-2 - "Cahaya"
Peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menikahi aktres dan penyanyi popular Raja Ema pada 2 Mei 1993 namun bercerai pada tahun 1999 [3]. Sepanjang menjalin hubungan ketika sama-sama popular, Sheqal bertindak berahsia mengenai perkara peribadi hinggalah perkahwinan mereka mengejutkan industri. Mereka memperoleh dua orang anak iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Setelah itu dia mengahwini Normah Mohd Yusof dan dikurniakan dua cahayamata iaitu Mohammad Fathullah dan Ummu Hani.