Shah Rezza
Yang Berhormat Mulia Dato' Sri Raja Rezza Shah Raja Aman Shah SSAP (Pahang); SJMK (Kelantan); DSAP, DIMP (Pahang); SK (Kelantan) Tengku Sri Kelana D'Raja | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja | |||||||||
Tengku Sri Kelana D'Raja | |||||||||
Tempoh | April 2022 - kini | ||||||||
Pelantikan | 12 November 2022 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Aman Shah | ||||||||
Keputeraan | Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah 26 Januari 1961 | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | |||||||||
Ayahanda | Raja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Pekerjaan | Pelakon | ||||||||
Kerjaya muzik | |||||||||
Genre | |||||||||
Instrumen | Vokal | ||||||||
Pengkarya berkait |
| ||||||||
YMM Raja Perempuan Tengku Anis |
YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra |
YTM Tengku Mahkota |
YAM Tengku Maharani Putri
|
YBM Tengku Laksamana
|
YBM Tengku Temenggong
|
YBM Tengku Sri Kelana D’Raja |
YBM Tengku Kaya Perkasa |
YBM Tengku Keso’ma Mastika |
Dato’ Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah (lahir Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah; 26 Januari 1961) atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau meraih kemasyhuran dalam kerjaya lakonan pada tahun 1980-an, dan terkenal dengan filem termasuk Ali Setan (1985), Marah-Marah Sayang (1987) dan Kolej 56 (1989).[1]
Kemunculan beliau dalam bidang lakonan, sezaman dengan Sabree Fadzil, Ridzuan Hashim, Mustapha Kamal, Liza Abdullah, Ogy Ahmad Daud dan ibu saudaranya Raja Hajjah Noor Baizura Raja Haji Shahar Shah.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau diputerakan pada 26 Januari 1961 dan merupakan anakanda bongsu daripada dua orang adik-beradik.[3][4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Shah Rezza memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 14 tahun pada 1970-an.
Beliau kemudian memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1981 menerusi filem Mangsa. Hanya pada 1985, beliau mula dikenali menerusi filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Kemudian beliau muncul bersama Dato' M. Nasir dan Pyan Habib menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada 1986. Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan hiburan sukaramai iaitu Muzik Muzik terbitan TV3 bersama Habibah Yusof pada tahun 1986.
Beliau muncul dalam rancangan hiburan RTM iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini bergandingan dengan antara lainnya Uji Rashid dan Ahmad Fauzee. Dalam tahun 1987, beliau muncul dalam tiga filem—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung dan Jejaka Perasan. Beliau paling dikenali menerusi filem Kolej 56 arahan dan lakonan Ahmad Fauzee dan dibintangi bersama Salwa Abdul Rahman.
Pada tahun 1997, beliau melangkah ke bidang muzik sebagai penerbit album kompilasi berjudul Pedoman, yang menampilkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan oleh Nassier Wahab, Ebby Saiful, Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.
Shah Rezza mengembangkan kepintaran perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Nusantara Gems, yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.[5]
Sejak 2006, beliau telah menganjurkan Festival Fesyen Islam Antarabangsa tahunan, bagi meraikan fesyen tradisional dan moden, dan gabungannya dengan tema Islam.[6][7]
Beliau menerbitkan album berjudul Pedoman 2 pada 2013, mengandungi lagu yang dicipta dan ditulis oleh Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslaw, S. Atan dan Akbar Nawab.[8]
Shah Rezza memegang watak sebagai Dato’ Azizan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[9]
Selain kerjaya lakonannya, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan bernama Maharani D’Rimba Cafe yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.[10]
Shah Rezza juga merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Sultan Kelantan (YSK).
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Dato' Sri Shah Rezza berasal dari Kerabat Diraja Perak dan dibesarkan oleh keluarga bonda tirinya, YBM Tengku Dato' Hajah Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra di Kelantan.[11][12]
Beliau merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.[13]
Ayahanda beliau, YM Tengku Sri Kelana D'Raja Kolonel (B.) Raja Dato' Haji Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah meninggal dunia pada 26 Januari 2018.[14]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1981 | Mangsa | Filem pertama | |
1985 | Ali Setan | Jali | |
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Fareez | |
Ali Setan 2 | Jali | ||
Balik Kampung | Razak | ||
Jejaka Perasan | Agus | ||
1987 | Marah-Marah Sayang | Rosdin | |
1988 | Antara Dua Hati | Joe | |
1989 | Kolej 56 | Tengku Kamil | |
1990 | Hati Bukan Kristal | Zain | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Pembesar Istana III | |
2021 | J2: J Retribusi | Majid |
Drama
[sunting | sunting sumber]Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1988 | Harimau Miau-Miau | Amran | TV1 |
2015 | Cinta Qasidah | Engku Zunur | Astro Ria |
2017 | Siapa Dia Sebenarnya | TV3 | |
2024 | Kau Takdirkan Bersama Raya | Pak Leman |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1987 | Mekar Sejambak | TV1 | |
Hiburan Minggu Ini |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Maklumat album |
---|---|
Pedoman[15] |
|
Pedoman 2[16] |
|
Gelaran dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Raja Shah Zurin | |
Gaya panggilan | Yang Berhormat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tengku |
Gaya pilihan | Tengku Sri Kelana D'Raja |
Pada bulan April 2022, Dato’ Sri Shah Rezza telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Sri Kelana D’Raja oleh sepupunya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan gelaran rasmi Yang Berhormat Mulia Dato' Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah, SSAP, SJMK, DSAP, DIMP, SK, Tengku Sri Kelana D'Raja.
- Pahang
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2012)[17]
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2011)[18]
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2003)[19]
- Kelantan
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) - Dato' (2019)[20][21]
- Bintang Seri Kelantan (SK)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Shah Rezza mahu aktif semula pada usia 52 tahun". Perak Today. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (15 Februari 2015). "Berlokek demi wayang kulit". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- ^ "Shah Rezza - 2015 tahun melaksanakan impian". Hiburan Online Malaysia. 19 April 2015. Dicapai pada 3 September 2021.
- ^ Zaidi Mohamad (29 Ogos 2020). "Mitos lama karya akhir". Berita Harian. Dicapai pada 26 Julai 2021.
- ^ "About Us". Nusantara Gems. 13 July 2014. Dicapai pada 24 August 2021.
- ^ "Founder & Chairman". ISLAMIC FASHION FESTIVAL. 19 August 2015. Dicapai pada 24 August 2021.
- ^ "Akui tidak menyesal". Utusan Malaysia. 19 Februari 2015. Dicapai pada 31 Julai 2018.
Shah Rezza kembali berlakon untuk kenal industri.
- ^ "Laungan Azan Buka Hati Dato' Rezza Shah Teruskan 'Pedoman 2'". Malaysian Digest. 5 Ogos 2013. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
- ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
- ^ [1]
- ^ "Sporting, Berjiwa Seni & Berbakat Besar, Ini Senarai SELEBRITI MALAYSIA Yang Berketurunan Diraja". NONA. 13 Jun 2018. Dicapai pada 2 September 2021.
- ^ - (16 April 2015). "2015, tahun melaksanakan impian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
Shah Rezza atur pelbagai rancangan
CS1 maint: numeric names: authors list (link) - ^ Dennis Chua (10 Mac 2018). "Passion for Kelantan's heritage". New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- ^ Aida Rismariza Kamarudin (26 Januari 2018). "Bapa Shah Rezza meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- ^ Pedoman (catatan media). Pelbagai artis. Ambang Klasik. 1997.CS1 maint: others (link)
- ^ Pedoman 2 (catatan media). Pelbagai artis. Nusantara Gems. 2013.CS1 maint: others (link)
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
- ^ https://istiadatdiraja.org/semakan-penerima-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat/