[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sesusuh (ketenteraan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelan serangan Jerman (anak panah biru) menyepit sesusuh Kursk yang diduduki Soviet, yang mengakibatkan Pertempuran Kursk
Sesusuh yang diduduki Jerman di Ardennes pada malam sebelum Pertempuran Bulge, 15 Disember 1944

Kawasan sesusuh, (Inggeris: salient) juga dikenali sebagai kawasan berunjur atau bercembung, ialah kawasan medan tempur yang mengunjur keluar ke wilayah musuh. Kawasan sesusuh ini di kelilingi oleh pihak musuh dari pelbagai arah, menyebabkan pasukan tentera yang menduduki sesusuh tampak terdedah. Garisan hadapan lawan yang bersempadan dengan sesusuh dipanggil kesebentukan atau dalam bahasa seharian bentuk lekuk (Inggeris: re-entrant)– iaitu sudut yang menghala ke dalam. Sesusuh yang agak dalam mudah terdedah kepada "serangan" dari pangkal, dan ini akan mengakibatkan terjadinya poket dimana pasukan tentera dalam sesusuh itu dipulaukan dengan tanpa bantuan bekalan. Sebaliknya, rempuhan pasukan itu ke dalam sesusuh melalui hujungnya boleh mengancam kawasan belakang pasukan lawan yang berada diluarnya, membiarkan mereka terdedah kepada serangan dari belakang.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]