[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Senario The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senario The Movie
Kulit DVD
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehAziz M. Osman
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Paradigm Film
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 14 Mei 1999 (1999-05-14) (Malaysia)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 700 ribu [1]
Pecah panggungRM 4.58 juta

Senario The Movie ialah filem komedi Malaysia 1999 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan filem pertama lakonan kumpulan Senario.[2]

Ini adalah filem sulung kumpulan Senario yang kemudian disusuli oleh Senario_Lagi pada tahun 2000.

Azlee, Wahid dan Mazlan adalah 3 sekawan dari kecil. Akibat satu kejadian melibatkan Azlee dan Wanita Perogol Bersiri di tengah hutan dalam hujan, Azlee hilang ingatan akibat renjatan elektrik. Mereka membesar bersama sehingga membuka rumah hantu terkenal di sebuah funfair dimiliki Apek Saiful. Azlee selalu buat masalah kepada Wahid (adiknya) dan Mazlan dari rumah hingga ke tempat kerja.

Penyanyi dangdut terkenal, Emilia (Anne Hamid) membuat konsert dangdut di funfair Apek membuatkan ramai orang datang ke situ termasuklah ke rumah hantu. Diakibatkan satu kejadian dalam rumah hantu melibatkan Azlee dan satu keluarga (Yahya Sulong dan Yusni Jaafar), hadir orang kaya Shamsul Ghau Ghau membantu Azlee dan Wahid, tetapi dengan syarat Wahid mesti bekerja dengan Shamsul.

Masa berlalu begitu pantas, termasuklah waktu tempoh penjara Wanita Perogol Bersiri tamat dan dilepaskan, dan misi beliau ialah mencari semula 3 budak yang memenjarakan beliau.

Wahid bersetuju bekerja dengan Shamsul, dengan syarat Azlee dijaga bawah pemerhatian Shamsul. Niat Shamsul untuk membuka "Pusat Riadah" terbantut atas kedegilan Pak Tam (AR Badul) yang enggan menjual tanah beliau kepada Shamsul. Shamsul mengupah Wahid untuk menjadi "Hantu" untuk menakutkan orang tempatan untuk datang ke kedai Pak Tam, tetapi gagal kerana diketahui oleh Penduduk Tempatan (M.Rajoli).

Wahid dirawat oleh Ina (Zahidah Rafik), anak Pak Tam, merupakan seorang jururawat. Ina terus menerangkan kesemua rancangan jahat Shamsul kepada Wahid membuatkan Wahid ingin berhenti kerja dengan Shamsul. Tetapi atas kehilangan duit pendahuluan rm2k yang diberikan kepada Wahid sebelum ini membuatkan Wahid hilang pertimbangan.

Wahid meminta bantuan kewangan pada Mazlan, Emilia dan Petum (Syanie). Tiba waktu pembayaran semula, Wahid dapati Azlee tiada di dalam pejabat Shamsul, dan dimaklumkan yang Azlee telah dibawa oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, lalu ditendang keluar dari bangunan tersebut. Dikala waktu sedih itu, mereka berdua terserempak dengan Wanita Perogol Bersiri semula membuatkan mereka lari menyorok dari dikejar oleh WPB.

Azlee dihantar ke pusat rawatan sakit jiwa di Taman Bahagia. Disitu beliau dilayan teruk oleh Warden. Ia membuatkan pesakit-pesakit termasuk Azlee merancang untuk lari dari pusat rawatan tersebut. Azlee dan Abang Botak Abang Gondol berlawan dengan Warden dan Pengawal, membuatkan Azlee terkena renjatan elektrik dan pulih semula ingatan beliau.

Berita Pelarian Pesakit Gila kecoh di TV membuatkan Wahid & Mazlan mencari Azlee.Azlee lari hingga datang ke depan kedai Pak Tam lalu pengsan sebelum Pak Tam menembak dengan "Senapang" beliau. Azlee terkejut dengan perubahan pada dirinya dan menanya Pak Tam pelbagai soalan membuatkan Pak Tam dan Ina bingung Seketika dan mereka dapati Azlee baru pulih dari hilang ingatan.

Pak Tam membawa Azlee ketempat yang diingati oleh Azlee dari tapak lama rumah Azlee hinggakan ke tempat Funfair Apek. Emilia gembira melihat Azlee tetapi terkejut dengan keadaan Azlee boleh bercakap. Emilia membawa Azlee pergi ke rumah Azlee yang dijaga oleh Petum. Petum terkejut melihat keadaan Azlee yang sudah pulih.

Sampai saja Pak Tam ke rumah, Bodyguard Shamsul memengsankan Pak Tam dan menculik Ina dan bawa ke rumah tumpangan untuk sebagai tebusan. Tanpa diduga, WPB jumpa rumah 3 budak hantu tersebut dan cuba untuk masuk kedalam rumah tersebut. Azlee berseorangan ketika itu terkejut dengan kelibat WPB tersebut tetapi WPB menerangkan kepada Azlee bahawa kehadiran beliau disitu bukan untuk membalas dendam, tetapi ingin mebalas jasa atas menyedarkan kesalahan yang dibuat oleh beliau waktu dulu. Sehinggakan WPB menganggap 3 budak hantu itu sudah sebagai anak beliau sendiri.

Adegan filem menunjukkan Wahid membantu melepaskan tali yang mengikat Inah.

Wahid & Mazlan bermalam di rumah tumpangan yang sama dengan tempat Ina diculik. Keesokan paginya, Shamsul datang ke rumah Pak Tam mengugut dan memaksa menandatangan surat penjualan tanah kepada Shamsul tetapi Pak Tam berdegil tak mahu.Azlee & Petum datang ke rumah Pak Tam, tetapi diambil sebagai tebusan juga. Dalam perjalanan ke rumah tumpangan, Azlee dapati WPB ada dibelakang kereta Shamsul dan buat isyarat untuk mengekori kereta tersebut.

Wahid terdengar suara perempuan menjerit di bilik sebelah lalu memecahkan pintu dan dapati perempuan tersebut adalah Ina dan membantu Ina lari dari bilik tersebut, Sampai saja Pak Tam dan Shamsul ke bilik, mereka dapati Ina sudah tiada. Azlee & Petum tunggu didalam kereta dijaga oleh Bodyguard Shamsul. WPB terus menerjah dalam kereta dan terus buat "projek lama" dengan Bodyguard Shamsul. Wahid & Ina terserempak Azlee, Petum bersama WPB didepan hotel tumpangan membuatkan Wahid merasa marah kerana WPB ada bersama dengan Azlee dan Petum. Petum menjelaskan kepada Wahid yang Azlee sudah pulih dan WPB sudah baik.

Dalam keadaan yang kelam-kabut, seorang demi seorang menjadi tebusan Shamsul dimulai dengan Mazlan, Wahid, Ina, Petum, WPB dan Azlee membuatkan Pak Tam tiada pilihan untuk menandatangai surat penjualan tanah beliau kepada Shamsul. Polis tiba didepan hotel tumpangan tersebut, dan Shamsul memaksa Bodyguard beliau memacukan pistol kepada beliau dengan menyangkakan bahawa beliau juga mangsa dalam kejadian tersebut. Tetapi kegembiraan Shamsul tidak berpanjangan, tulisan tandatangan Pak Tam di surat penjualan tanah itu tiba-tiba hilang akibat dakwat pen itu adalah pen ajaib yang dipunyai oleh Wahid dan diberikan kepada Azlee. Akhirnya Shamsul dan orang-orangnya ditangkap.

Di penghujung cerita, kumpulan senario termasuk Apek Saiful dan Emilia membuat persembahan di funfair dihadiri oleh Petum, WPB, Pak Tam & Ina dan orang ramai.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan

[sunting | sunting sumber]
  • Shamsul Ghau Ghau pernah menganggotai kumpulan Senario diawal pembabitannya dalam bidang hiburan tetapi kemudian bergerak solo. Semasa filem ini diterbitkan dia sudahpun bergerak solo. Lebih dikenali sebagai pelakon dan penyanyi berbanding pelawak. Kemudian dia mengacarakan program Apa-Apa Aje di TV3 bersama Sheila Rusly.
  • Ako Mustapha dan Rashidi Ishak mula membuat kemunculan pertama dalam arena seni dengan memegang watak orang suruhan Shamsul.
  • Anne Hamid (artis Ambang Klasik) membuat kemunculan pertama dalam filem ini sebagai Amelia.
  • Mazlan dan Wahid mengusahakan rumah hantu di funfair kerana pada waktu itu fun fair adalah hiburan utama marhaen. Oleh sebab itu apabila artis seperti Amelia datang membuat persembahan maka berpusu pusu pengunjung datang ke fun fair untuk menyaksikan artis pujaan mereka dengan lebih dekat.
  • Babak semasa Wahid panik di klinik kerana kehilangan dompetnya yang berisi wang tunai dan kad pengenalan. Dia bimbang jika ditahan polis, dia akan disalah sangka sebagai PATI (pendatang asing tanpa izin). Pada lewat tahun 1990-an, kerajaan Malaysia ketika itu sedang menggiatkan usaha membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin dari negara jiran yang memasuki negara ini melalui jalan laut.
  • Watak Saiful Apek sebagai tauke fun fair adalah dari persona Apek yang ditampilkannya semasa rancangan Melodi bersama Ogy Ahmad Daud dan juga karakter yang ditonjolkan olehnya semasa menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan.

Filem ini dikeluarkan pada tahun 1999 dan mendapat kutipan sebanyak RM4.58 juta.

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
1999 Festival Filem Malaysia ke-14 Anugerah Khas Juri - Filem Komedi Senario The Movie Menang
Anugerah GAFIM - Filem Box-Office Menang
  1. ^ "Aziz yakin filem Senario berjaya". Utusan Malaysia. 21 Oktober 1998. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  2. ^ "Senario The Movie penuhi selera semua peringkat". Berita Harian. 3 Jun 1999. Dicapai pada 26 Oktober 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]