Senarai episod Arjuna
Berikut ialah senarai ringkasan episod siri televisyen Malaysia, Arjuna.
Musim pertama
[sunting | sunting sumber]Episod | Tarkih siaran | |
---|---|---|
"Episod 1" | 31 Mei 2010 | |
Pada 1400 Tahun Besi, Raja Adipura berjaya mengatasi dua orang bekas sahabatnya, Grakus dan Gempita yang berpaling tadah lalu disumpah oleh guru mereka Pendita Dzulkarnain, dalam merebut Pedang Citra Dewata, tetapi dipesan oleh Pendita agar dua cahaya matanya, Arjuna dan Sutera bersama Permata Wilis, dengan bantuan perantaraan adinda Citrasari, diserahkan kepada keluarga angkat yang berasingan. Kemudian, dalam pertarungan dengan Grakus dan Gempita, Adipura membunuh diri setelah menyaksikan nyawa ratunya diragut oleh musuh-musuhnya. Arjuna diserahkan kepada Saha dan Melor yang baru kehilangan anak kandung di Kampung Bayu Samudera. Sepanjang 18 tahun membesar, 18 tahun membesar di bawah keluarga nelayan itu, Arjuna tampil sebagai jejaka yang tampan, bersopan-santun dan gemar silat. | ||
"Episod 2" | 7 Jun 2010 | |
Ketika satu pertandingan silat, Arjuna secara tak sengaja telah menggunakan kuasanya di hadapan orang-orang kampung untuk menyelamatkan Indera yang tercedera. Ini telah membuatkan Pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar yang waris Adipura dan Permata Wilis telah ditemui. Grakus mengarahkan Lang Kajai dan Nading pergi mendapatkan Permata Wilis, dan ini mengakibatkan kematian ibu bapa angkat Arjuna. Selepas itu, Arjuna mengikuti Satria Aduka yang mendedahkan kebenaran mengenai asal usul Arjuna dan Permata Wilis. Secara rasminya Arjuna menganggotai Para Pendekar Sakti. | ||
"Episod 3" | 14 Jun 2010 | |
Di Kampung Rembang, Arjuna belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya dengan Satria Aduka dan Suria. Arjuna juga berkenalan dengan Jati yang pakar dalam ilmu ubat-ubatan dan penciptaan. Sutera pula telah jatuh hati dengan Arjuna dan Arjuna juga begitu. Para Pendekar Sakti membuat persediaan untuk ke Bandar DiRaja bertemu Pendita Dzulkarnain. Sutera marah kerana tidak dibenarkan menyertai rombongan. Jati juga turut serta untuk membantu walaupun mula-mula ditegah. | ||
"Episod 4" | 21 Jun 2010 | |
Di awal perjalanan mereka ke tempat Pendita Dzulkarnain, rombongan Satria Aduka, Arjuna, Suria dan Jati, berehat di Kampung Teratai, di mana mereka menemui seorang kenalan Satria Aduka, iaitu Megat Rab'i, yang kehilangan anak perempuannya di hutan. Mereka berjaya menemui anak itu daripada dibakar oleh penduduk kampung yang kelihatan 'dirasuk'. Tetapi, kemudian mereka mendapati ini adalah satu perangkap yang disediakan oleh orang suruhan Grakus untuk menghalang perjalanan mereka, dipayahkan lagi oleh sihir hitam yang meracuni para wira. Mujurlah Sutera melarikan diri dari rumah untuk menyertai mereka curi-curi, dia tiba tepat pada masanya untuk menyembuhkan keracunan mereka. | ||
"Episod 5" | 28 Jun 2010 | |
Setibanya di Bandar DiRaja dengan tujuan berjumpa dengan Pendita Dzulkarnain, Para Pendekar Sakti menyelamatkan cucu Pendita Dzulkarnain, Cempaka dari usikan oleh Andika, Jagat dan rakan-rakan. Setibanya di teratak permastautinan Dzulkarnain, Arjuna menjalani latihan di bawah pengawasan Pendita Dzulkarnain, sambil menawan hati Cempaka tanpa sedar. Ingatannya terhadap ibu dan bapa kandung muncul semula, menyebabkan Arjuna risau dengan masa hadapannya. Kemudian, sekali lagi Andika dan Jagat mengusik Cempaka di pasar bersama Sutera, dan sekali lagi ini dipatahkan oleh Arjuna. Andika memburuk-burukkan nama Pendita Dzulkarnain kepada bapanya, Hambali. Hambali pergi menyerang Pendita Dzulkarnain tetapi tohmahannya berjaya dipatahkan oleh Pendita Dzulkarnain. Sutera dan Arjuna semakin rapat dan sentiasa berlatih bersama. Pada satu hari selepas selesai latihan, Sutera mendapati Cempaka hilang. | ||
"Episod 6" | 5 Julai 2010 | |
Dengan mempergunakan Cempaka, Jagat sekali lagi mengambil kesempatan memburukkan nama Para Pendekar Sakti dengan menusuk Andika dalam pergaduhan. Mujur Arjuna sempat menyembuhkan Andika dengan kuasa sakti pada tangannya, tetapi Jagat menyalahkan Arjuna di hadapan Hambali lagi. Walaupun Andika sempat memberi penjelasan, Hambali semakin syak wasangka Pendeta Dzulkarnain, lalu menuduhnya sebagai pengamal sihir hitam (seiras voodoo). Tidak lama kemudian, Cempaka diracuni oleh sihir hitam yang dijampi oleh seorang dukun dari jarak jauh. Para Pendekar Sakti bertungkus-lumus melawan keracunan Cempaka, kemudian bersemuka dengan ancaman dukun itu yang cuba membunuh Pendita Zulkarnain pula dengan cara yang serupa. | ||
"Episod 7" | 12 Julai 2010 | |
Ketika kumpulan Satria Aduka melawan konco-konco Grakus yang bersuhabat dengan dukun itu yang bernama Murni; Sutera berhempas-pulas mengusir kuasa hitam yang mengancam Pendita Dzulkarnain dan Cempaka di permastautinannya. Akhirnya Murni kecundang kesan serangan balas kuasa sakti Sutera; rupa-rupanya dialah isteri Hambali dan ibu Andika yang sekian lama berpisah. Hambali menyalahkan diri kerana mengabaikan isterinya selama ini sehingga boleh terjadi kejadian ini, lalu meminta ampun dari Pendita. Sementara itu, Satria Aduka bimbang kerana melihat Sutera makin rapat dengan Arjuna. | ||
"Episod 8" | 19 Julai 2010 | |
Kumpulan Pendekar Sakti membuat persiapan terakhir sebelum menghadapi Grakus, terutamanya Arjuna yang bertakafur di hutan untuk mengimbau zaman silam bapa kandungnya, Adipura. Pendita menghadiahi Satria Aduka sehelai kain emas yang membuatkan pemakainya halimunan. Di pekan, mereka terlibat dalam pergaduhan dengan seorang saudagar bernama Pak Mutakhir. Sementara itu, Jati ke hutan untuk mendapatkan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan, tetapi ketika membuang air, tanpa disedarinya Nading menukar hasil kutipan Jati dengan makanan yang diracuni oleh jampi Grakus. | ||
"Episod 9" | 26 Julai 2010 | |
Dalam takafur, Arjuna berdepan dengan jelmaan ibu bapa angkat dan Lang Kajai yang ingin menggagalkan latihannya. Setelah selesai takafurnya, Arjuna dikejutkan oleh khabar Pendita Dzulkarnain ditimpa keracunan oleh Grakus sehingga menjadi nazak. Pendita sempat menyampaikan amanat kepada Satria Aduka sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Walaupun pemergian Pendita diratapi, para Pendekar Sakti nekad untuk berjuang menentang Grakus. | ||
"Episod 10" | 2 Ogos 2010 | |
Dalam persiapan untuk ke sarang Grakus, Cempaka diizinkan oleh Satria Aduka untuk mengikuti Para Pendekar Sakti (di samping Arjuna, Suria, Andika, Jati dan Sutera) walaupun badannya masih kesakitan menerima kuasa pindahan arwah datuknya. Dari Bandar Diraja ke sarang musuh, mereka perlu melalui Hutan Hitam yang dipenuhi dengan ilmu hitam dan anasir kejahatan. Pada awal perjalanan, Suria tersandung lalu jatuh dan cedera; Arjuna sempat merawatnya sebelum meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, Cempaka mengeluh keletihan, maka Arjuna mencadangkan agar mereka bertujuh berpecah agar Arjuna dan Jati menjaga Cempaka manakala yang lain meneruskan perjalanan. | ||
"Episod 11" | 9 Ogos 2010 | |
Arjuna, Cempaka dan Jati merasai ada yang tak kena dengan persekitaran mereka. Mereka terjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki tersesat, yang rupa-rupanya merupakan rayan yang dicipta oleh Grakus dalam perangkapnya. Akhirnya mereka sedar dari pukauan dan terpaksa bertempur dengan askar hitam yang dikerah oleh Grakus, tetapi kesudahannya Cempaka dan Jati ditawan. Sementara itu, Cempaka curi-curi berpisah dari kumpulan Satria Aduka untuk mencari kumpulan Arjuna sendiri. Malangnya, Cempaka kecundang di tangan seorang askar Grakus yang menyamar sebagai Arjuna. Arjuna yang sebenar sempat menemui Cempaka dan Jati yang pandai-pandai melepaskan diri dari tawanan askar Grakus dalam sebuah gua berhampiran sarang penjahat itu. | ||
"Episod 12" | 16 Ogos 2010 | |
Dalam tawanan, Sutera diperas berulang kali oleh kenyataan Grakus bahawa dia sebenarnya waris Adipura, bukan Satria Aduka yang disangkanya selama ini, dan Arjuna ialah abangnya. Satria Aduka, Suria dan Andika memasuki sarang Grakus dengan berdamai dengan Nading dan Lang Kajai, tetapi kemudian terpaksa berlawan sampai habis dengan dua timbalan Grakus itu. Setibanya di pusat sarang, apabila disoal oleh Sutera yang diikat pada batu, terpaksalah Satria mengakui kebenaran yang diwar-warkan oleh Grakus di depan anak angkatnya. Arjuna menggunakan kuasa sakti untuk mengesan Satria Aduka lalu akhirnya memutuskan tiba masanya untuk menceroboh sarang Grakus bersama Cempaka dan Jati, dengan menyamar dalam mantel askar hitam Grakus. Maka bermulanya pertempuran untuk merebut permata Citra Dewata. | ||
"Episod 13" | 23 Ogos 2010 | |
Arjuna dan Para Pendekar Sakti berjaya menumpaskan dan menghapuskan Grakus sambil mengambil balik Perang Citra Dewata milik ayahandanya bersama permata saktinya sekali. Dengan kesudahan riwayat Grakus, Para Pendekar Sakti selamat pulang ke Bandar Diraja untuk meraikan kemenangan. Cempaka yang kehilangan datuknya Pendeta Dzulkarnain diterima masuk dalam keluarga Satria Aduka demi melaksanakan amanat terakhir Pendeta itu. Selepas itu, Satria Aduka melantik Arjuna sebagai ketua baru Para Pendekar Sakti sebagai amanat terakhirnya selaku ketua. Namun, dalam firasat Arjuna sedar perjuangannya belum selesai. |
Musim kedua
[sunting | sunting sumber]Episod | Tarkih siaran | |
---|---|---|
"Episod 14" | 30 Ogos 2010 | |
Para Pendekar Sakti yang baru kembali menyedari Bandar Diraja terjejas oleh sekumpulan lanun yang diketuai oleh Man Karai dan juga suatu wabak penyakit. Arjuna menyambung latihan silatnya untuk berdepan dengan ancaman Man Karai, di samping bersedia untuk bersemuka dengan seorang lagi penjahat besar, iaitu Gempita yang pernah bersekutu dengan Grakus untuk menghapuskan bapa kandungnya. | ||
"Episod 15" | 6 September 2010 | |
Wabak penyakit yang boleh menyebabkan penghidapnya mati ataupun bertukar menjadi mayat hidup makin menular. Andika kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam sehari, Murni mati akibat penyakit dan Hambali pula terkorban akibat diserang mayat hidup. Dalam perjalanan ke bandar untuk meminta tolong, Andika bertembung dengan Mas Ayu sambil berhubung dengan sahabat-sahabat lain menerusi daya fikiran. Tiba-tiba, Andika diserang hendap lalu ditawan oleh gerombolan Man Karai yang mendedahkan dirinya sebagai pengikut Gempita dan penyebab keracunan Bandar Diraja. | ||
"Episod 16" | 20 September 2010 | |
Dengan bantuan Mas Ayu, Pendekar Sakti pimpinan Arjuna berjaya membebaskan Andika yang ditahan oleh Man Karai. Taulan Andika ini baru sahaja dikenali oleh Arjuna dan lain-lain, tetapi banyaknya yang dia tahu mengenai pertempuran mereka dengan Grakus, maka dia diajak untuk bermalam bersama mereka. Pada malam hari, Arjuna termimpi lembangan seorang tua bernama Lestari yang mengaku dirinya seorang kenalan Pendita Dzulkarnain dan menyerunya agar pergi mencarinya. Pagi keesokannya, Mas Ayu yang pulang ke rumah sendirian, masuk pula ke dalam perangkap Man Karai. | ||
"Episod 17" | 27 September 2010 | |
Para Pendekar Sakti segera ke sarang Man Karai untuk bertempur sekali lagi dengan orang suruhan Gempita itu sambil menyelamatkan Mas Ayu dari situ. Pada malam hari, Mas Ayu menyatakan rasa keberatan untuk menyertai rombongan mereka, tetapi akhirnya berubah pendirian setelah mendengar Arjuna menyebut nama Lestari, kerana Mas Ayu pernah membesar di bawah jagaan Lestari dan memberitahu yang lain bahawa Lestari itu penjaga asal Pedang Citra Dewata. Keesokannya, atas telunjuk Mas Ayu, para Pendekar Sakti terpaksa merentasi Padang Jarum Emas yang terlarang untuk ke sana, di mana mereka menemui pasukan Panglima Kebal yang menahan seorang tabib bernama Bebon yang didapati cuba mencuri tanaman jarum emas itu. | ||
"Episod 18" | 4 Oktober 2010 | |
Panglima Kebal akur akan kehebatan Arjuna dan menunaikan janjinya untuk membebaskan Bebon yang ditawannya tadi. Disebabkan Bebon cedera ketika ditangkap, Arjuna dan sahabat-sahabat perlu menyembuhnya dan mengusungnya untuk dibawa ke Pendeta Lestari. Di tengah perjalanan, Cempaka memuji kematangan Arjuna dalam memimpin para Pendekar Sakti, tetapi juga menceritakan satu mimpi aneh yang berulang-ulang bagaikan petanda. Setelah sehari semalam berjalan dalam hutan, akhirnya mereka tiba di tempat Pendita Lestari, tetapi mereka dikejutkan dengan tindakan Lestari merampas Pedang Citra Dewata ... | ||
"Episod 19" | 11 Oktober 2010 | |
Selepas menguji tahap kehebatan Arjuna untuk seketika, Pendita Lestari menegur Arjuna agar berwaspada akan sesiapa sahaja yang ingin merampas pedangnya, sambil bersetuju untuk merawat Bebon. Pada malam hari, Lestari mengingatkan para Pendekar Sakti bahawa kekuatan Gempita dengan Grakus 'bagai langit dengan bumi'. Pada hari keesokannya, Pendita Lestari menjalankan latihan memperkukuh kuasa sakti para pendekar, pada masa yang sama Bebon yang kelihatan baru sembuh mencuri baca sebuah kitab kecil dalam sebuah kotak hitam di pondok Lestari, yang menceritakan kewujudan seketul 'batu emas' penyembuh sakti di tempat yang dipercayai sebagai sarang Gempita. Bebon mengetepikan nasihat Mas Ayu untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin mencari harta itu sebelum kembali. Pada malam kedua di tempat Lestari, para Pendekar Sakti berasa sukar untuk tidur kerana diganggu oleh sesuatu ... | ||
"Episod 20" | 18 Oktober 2010 | |
Para Pendekar Sakti makin sangsi dengan Mas Ayu yang hilang tiba-tiba semalaman, jangan-jangan dia merahsiakan sesuatu yang mustahak daripada mereka. Pendita Lestari mengesahkan kewujudan harta karun di sarang Gempita, tetapi menegah Bebon daripada terus mencarinya kerana harta itu boleh menguasai hawa nafsu manusia. Kemudian, sebelum menyambung latihan, dia bercerita kepada Pendekar Sakti bahawa Gempita dan Grakus dihasut oleh Azrail menjadi jahat, kemudian Gempita meletakkan pedang Citra Dewata di bawah jagaan Grakus sehingga permata saktinya diperoleh. Pada malam hari, Bebon dihadiahkan mutiara hitam yang dicari-carinya ihsan Pendeta Lestari. Pada pagi keesokannya, masanya para Pendekar Sakti bertolak, Arjuna mengizinkan Mas Ayu untuk mengikut mereka sebagai penasihat sepanjang perjalanan mereka. | ||
"Episod 21" | 25 Oktober 2010 | |
Para Pendekar Sakti diserang hendap lalu ditangkap oleh Puak Sumpit Bisa yang menyangka mereka menceroboh kawasan mereka. Arjuna menyangka mereka semua dianiaya oleh Bebon kerana Bebon sahajalah yang tidak ditangkap. Akhirnya puak itu sedar bahasa dialah Arjuna yang mulia, dan Arjuna sedar Bebon merupakan ahli puak itu. Tok Batin, ketua puak itu menceritakan bahawa Gempita menggunakan taktik 'lembut' untuk menjerat mangsanya, termasuk Beron, iaitu bapa Bebon. Sutera meluahkan kesangsiannya terhadap Mas Ayu kepada Suria. Pada tengah malam, kesangsian Sutera terjawab apabila Mas Ayu muncul dalam bentuk jembalang lalu menyerang Sutera dan Arjuna, sebelum ditumpaskan dengan jampi Tok Batin yang mendapati bahawa Mas Ayu dirasuk oleh kuasa Gempita. | ||
"Episod 22" | 1 November 2010 | |
Para Pendekar Sakti bertolak lagi dari kampung Sumpit Bisa, termasuk Mas Ayu yang nampaknya insaf atas perbuatan semalaman, walaupun itu tidak diyakini oleh Sutera. Ketika bersinggah dalam hutan, Bebon menunjukkan buku kecil yang dicurinya dari tempat Pendeta Lestari, sehingga menyebabkan Mas Ayu marah. Ini diburukkan lagi dengan pergaduhan antara para pendekar gara-gara perbezaan pendapat mereka terhadap Mas Ayu, sehingga Arjuna tiba-tiba lesap diheret ke dalam rekahan tanah ketika cuba meleraikan pertelingkahan mereka. Ekoran itu, Andika berazam untuk meninggalkan Perikatan Pendekar Sakti demi hubungannya dengan Mas Ayu, sehinggalah Mas Ayu menunjukkan wajah sebenar kepadanya, selaku orang kanan Gempita yang dihantar untuk memorak-perandakan perikatan Pendekar Sakti. Sementara itu, mutiara hitam berian Lestari tiba-tiba menjadi putih, dan Bebon mula berasa hairan mengapa Lestari kenal tempat terletaknya Sarang Gempita seperti yang tertera dalam bukunya. | ||
"Episod 23" | 8 November 2010 | |
Bebon selesai merungkai teka-teki letaknya sarang Gempita dalam kitab Lestari itu, untuk tatapan para sahabatnya. Andika yang masih sesat di hutan kerana jauh meninggalkan mereka yang lain dalam keadaan kebingungan dan tak keruan, terdengar suara ghaib yang menyerunya agar kembali kepada pangkuan sahabat-sahabat lamanya. Arjuna akhirnya terjaga dalam gua, terus keluar dari situ ke dalam bahagian hutan yang diduduki kaum bunian, lalu bertemu dengan penjaga alam bunian Puteri Nur Nilam Sari, yang menyedarkan Arjuna bahawa Gempita menyamar sebagai Pendita Lestari untuk menyerap kuasa-kuasanya dan para Pendekar Sakti yang lain untuk dimasukkan dalam seketul batu emas yang dicuri dari puteri bunian itu, tetapi baginda memesan Arjuna agar berehat tanpa terburu-buru kerana kuasa dalamannya hampir kehabisan. Akhirnya Andika dijumpai oleh Suria yang terpaksa menjinakkan perasaan kalutnya itu. | ||
"Episod 24" | 15 November 2010 | |
Puteri Nur Nilam Sari akhirnya memulihkan Arjuna lantas melepaskannya agar dia boleh pulang ke pangkuan sahabat handainya. Di tengah perjalanan, Arjuna melangkah masuk dalam sekepul kabus gemerlapan lalu bertentang mata dengan bayangan ayahandanya Adipura, yang datang untuk menyampaikan amanat mengenai permata Citra Lestari, dan seketul 'batu emas' yang menyerap tenaga para pendekar. Sementara itu, Sutera, Cempaka dan Bebon akur bahawa Pendita Lestari memang Gempita sebenarnya, lalu bergegas untuk mencari Suria dan Andika sebelum matahari terbenam. Andika mendengar "suara Mas Ayu" yang menyerunya agar mengikut laluan arus sungai sebelum terbenamnya fajar demi keselamatan para Pendekar Sakti, tetapi Suria mengujar agar tidak dihiraukan suara itu. Sebaik sahaja Suria dan Andika menghindarkan ancaman lembaga suruhan Gempita yang berbaju merah yang berkuku panjang, barulah mereka bersatu semula dengan tiga sahabat mereka yang lain. | ||
"Episod 25" | 22 November 2010 | |
Tinggal sehari sahaja perjalanan ke arah sarang Gempita, tetapi Arjuna masih terpisah daripada yang lain-lain. Semalaman, Arjuna sudah berada dalam sarang Gempita setelah sempat berlawan dengan puaka suruhan Gempita dalam hutan. Sesampai lima Pendekar Sakti di perkarangan sarang Gempita pada pagi keesokannya, mereka berpecah untuk memasuki empat pintu depan sarang itu. Dalam sarang itu, Bebon menemui batu emas mujarab yang disebut-sebutkan dalam kitab Lestari lalu meneruskan perjuangan mencari ayahanda tersayang. Arjuna bertemu semula dengan Suria lagi; Sutera dan Cempaka menemui sebilah pedang yang dikawal oleh Gempita. | ||
"Episod 26" | 29 November 2010 | |
Dalam sarang Gempita, Arjuna akhirnya bersatu dengan Andika, kemudian bersemuka dan berlawan habis-habisan dengan Gempita, sementara menunggu kedatangan Bebon bersama batu emas. Dalam pertempuran, Gempita merampas Pedang Citra Dewata dan nyaris menetak Arjuna dengan pedang itu, sebelum dialih perhatian oleh khabar kecurian batu emas daripada Mas Ayu. Sementara itu, Bebon keluar dari sarang Gempita dengan batu emas untuk mencari kelibat bapanya, tetapi akhirnya bertemu dengan suara rohnya yang menyerunya agar melupakan hasratnya untuk menghidupkan bapanya semula daripada ajal, serta pergi ke pangkuan para sahabatnya untuk menyelesaikan perjuangan mereka. Setelah batu emas itu sempat disampaikan kepadanya, Arjuna akhirnya berjaya menumpaskan Gempita dengan kuasa tambahan itu, sementara Andika tanpa berat hati melawan Mas Ayu yang pernah dikasihinya. Pada akhir pertarungan, Mas Ayu sempat meminta ampun dengan para pendekar sebelum jasadnya lesap dalam ketewasannya. Maka berkesudahanlah perjuangan Arjuna dan Perikatan Pendekar Sakti ... Tidak lama kemudian, Andika berjumpa dengan perempuan yang diyakininya merupakan Mas Ayu, tetapi Mas Ayu itu tidak mengingati pertemuan mereka yang lalu. Sementara itu, Bebon menjelaskan kepada budak-budak kampung bahawa Mas Ayu dijampi kembali agar menjadi manusia biasa yang tidak mengingati kenangan lalu. Dan akhir sekali, Arjuna melamar Cempaka, tetapi disampuk oleh suara Azrael, iaitu pembesar Grakus dan Gempita. |