Sekolah Pendidikan Khas
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Sekolah Pendidikan Khas
[sunting | sunting sumber]Sekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas (MBK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Takrif Sekolah Khas
[sunting | sunting sumber]Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
- Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Prasekolah
[sunting | sunting sumber]Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
- berumur 6+ hingga 14+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pelajaran Rendah
[sunting | sunting sumber]Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
- berumur 6+ hingga 14+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.
Pelajaran Menengah
[sunting | sunting sumber]Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
- Berumur 13+ hingga 19+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
[sunting | sunting sumber]i) Sekolah Khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Tempoh Pengajian
- Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
- Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
- Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada
rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Senarai Sekolah Pendidikan Kerajaan
[sunting | sunting sumber]NAMA SEKOLAH & ALAMAT (NO TELEFON)
1. SKPK Perlis, Jalan Kangar - Alor Setar, 01000 Kangar, PERLIS INDERA KAYANGAN. (04-9765629)
2. SKPK Alor Setar, Kuala Alor, 05400 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN. (04-7325168)
3. SKPK Sungai Petani, Mukim Bujang, 08400 Merbok, KEDAH DARUL AMAN. (04-4571104)
4. SKPK Persekutuan Pulau Pinang, 600H, Jalan Lembah Permai, 11200 Tanjung Bungah, PULAU PINANG. (04-8905115)
5. SKPK Alma, Jalan Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, PULAU PINANG. (04-5082026)
6. SKPK Jalan Hutton, Jalan Hutton, 10050 PULAU PINANG. (04-2279835)
7. SKPK Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taping, PERAK DARUL RIDZUAN. (05-8080252)
8. SKPK Ipoh, Jalan Kuala Kangsar, Anjung Tawas, 31200 Chemor, PERAK DARUL RIDZUAN. (05-2910310)
9. SKPK Selangor, Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN. (03-55420620)
10. SKPK Kg. Baharu, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baharu, 50300 KUALA LUMPUR. (03-26927141)
11. SKPK Jalan Peel, Jalan Peel, 55100 KUALA LUMPUR. (03-92851320)
12. SKPK Jalan Batu, Jalan Raja Laut, 50350 KUALA LUMPUR. (03-26921261)
13. SKPK Seremban, Jalan Muthu Cumaru, 70200 Seremban, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. (06-7624181)
14. SKPK Melaka, KM4, Jalan Semabok, 75050 MELAKA. (06-2840205)
15. SKPK Muar, Jalan Tunku Bendahara, 84000 Muar, JOHOR DARUL TAKZIM. (06-9515022)
16. SKPK Batu Pahat, Jalan Lim Yew Leong, Peti Surat 30, 83007 Batu Pahat, JOHOR DARUL TAKZIM. (07-4341139)
17. SKPK Johor Bahru, JKR 5739, Jalan Pahlawan 17, Taman Ungku Aminah, 81300 Skudai, JOHOR DARUL TAKZIM. (07-5566281)
18. SKPK Princess Elizabeth, Lorong 5, Jalan Nong Chik, 80100 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM. (07-2224068)
19. SKPK Kuantan, Bandar Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR. (09-5739495)
20. SKPK Kuala Terengganu, Kampung Kubang Ikan, 21080 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN. (09-6163220)
21. SKPK Besut, Alor Lintang, 22200 Kampung Raja, TERENGGANU DARUL IMAN. (09-6902430)
22. SKPK Kelantan, Jalan Hospital Lati, 17000 Pasir Mas, KELANTAN DARUL NAIM. (09-7912326)
23. SKPK Kota Samarahan, Jalan Datuk Mohamad Musa, 91300 Kota Samarahan, SARAWAK. (082-673672)
24. SKPK Kuching, Taman Matang Jaya, 93050 Kuching, SARAWAK. (082-244526)
25. SKPK Sibu, Jalan Bandong, 96000 Sibu, SARAWAK. (084-337244)
26. SKPK Miri, Piasau Jaya, 98000 Miri, SARAWAK. (085-653246)
27. SKPK Kota Kinabalu, KM 28, Peti Surat 650, Jalan Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, SABAH. (088-793632)
28. SKPK Tuaran, Peti Surat 240, 89208 Tuaran, SABAH. (088-767202)
29. SMPK Vokasional Indahpura, Sisiran Indahpura 36/6, 81000 Kulai, Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM. (07-6625625)
30. SMKPK Persekutuan Pulau Pinang, 600H, Jalan Lembah Permai, 11200 Tanjung Bungah, PULAU PINANG. (04-8907313)
31. SMPK Vokasional Shah Alam, Jalan Senangin 17/2A, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN. (03-55109719)
32. SMKPK Setapak, Jalan Genting Kelang, 53300 KUALA LUMPUR. (03-41493701)
33. SMPK Vokasional Kuantan, Jalan Sg Lembing, Kampung Padang, 25200 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR. (09-5474049)
34. SMPK Vokasional Merbok, 08400 Merbok, KEDAH DARUL AMAN. (04-4430025)
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Senarai Sekolah Pendidikan Swasta
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]Senarai Sekolah Pendidikan Khas KPM. https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/sekolah-pendidikan-khas/senarai-sekolah-pendidikan-khas