Saadiah
Saadiah | |
---|---|
Kelahiran | Satya binti Baharom 10 Ogos 1937 Tanjung Katong, Negeri-negeri Selat, (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 26 Februari 2005 | (umur 67)
Sebab kematian | Penyakit kencing manis |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis |
Tahun aktif | 1950–1993 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 6 (termasuk Fauziah dan Fazlina Ahmad Daud) |
Saudara | Mariam Baharum (kakak) |
Datin Hajah Satya Baharom AMN (10 Ogos 1937 – 26 Februari 2005) atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia, yang terkenal pada era 1950-an dan 1960-an.[1] Beliau merupakan salah seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee.[2][3]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B. S. Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P. Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Walaubagaimanapun, beliau diberi watak wanita curang dalam filem Mambang Moden. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.
Filem terakhir lakonan beliau ialah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noorkumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau telah berkahwin dengan Dato’ Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah (juga dikenali sebagai Ogy), Fazlina dan Faizal.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.[4][5]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1950 | Rachun Dunia | Filem pertama, pelakon tambahan | |
Bakti | |||
Takdir Ilahi | |||
1951 | Juwita | Norsiah | |
1952 | Yatim Piatu | Aminah | |
Anjoran Nasib | Ramlah | ||
Sedarah | |||
1953 | Kerana Kau | ||
Istana Impian | |||
1954 | Iman | Hamimah | |
Kechewa | Rabiah | ||
1955 | Insan | Jamilah | |
Penarek Becha | Azizah | ||
1956 | Hang Tuah | Melor | |
Semerah Padi | Dara | ||
Ribut | |||
Keadilan Illahi | Puteri Nurani | ||
1957 | Mogok | ||
Kaseh Sayang | |||
Kembali Saorang | |||
1958 | Sarjan Hassan | Salmah | |
1959 | Musang Berjanggut | Puspawangi | |
Dandan Setia | Puteri Intan Terpilih | ||
1960 | Isi Neraka | Kesuma | |
Antara Dua Darjat | Tengku Zaleha | ||
Putera Sangkar Maut | |||
1961 | Indera Bangsawan | Tengku Ratna Saerah | |
Mas Merah | Mas Merah | ||
1963 | Korban | ||
1964 | Jeritan Batin | ||
Dupa Cendana | Setanggi | ||
Melanchong Ka Tokyo | Rosnah | ||
Mambang Moden | Azlin | ||
1965 | Taqdir | Puteri Cemara | |
Nora Zain - Agen Wanita 001 | Nora Zain | ||
Pusaka Pontianak | Norhayati | ||
1966 | Anak Buloh Betong | Tengku Puteri Mayang Mas | |
1967 | Lampong Karam | Hamidah | |
1968 | Ibulah Syurga | ||
1969 | Sial Wanita | Salmah | |
1971 | Jahanam | Permaisuri | |
1975 | Permintaan Terakhir | Saadiah | watak ibu kepada Uji Rashid |
1976 | Madu Beracun | Rosnah | |
1979 | Ceritaku Ceritamu | Juga sebagai pengarah dan penulis | |
1981 | Sumpah Semerah Padi | Datin Tanjung Kesuma | |
1984 | Matinya Seorang Patriot | Hajah | Filem terakhir |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1988 | Corak Dunia | TV3 | Telefilem pertama | |
1992 | Mencari Restu | |||
1993 | Cahaya Fitri | Telefilem terakhir |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)
Tahun | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1995 | - | - | Anugerah Seniwati Veteran |
1959 | Musang Berjanggut | Aktres Terbaik | Menang |
1956 | Semerah Padi | Aktres Terbaik | Menang |
PILIHAN MAJALAH FILEM
Tahun | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1961 | Antara Dua Darjat | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
1957 | Hang Tuah | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
1956 | Penarek Becha | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
Tahun | Penghargaan | Keputusan |
---|---|---|
2001 | Anugerah Panggung Era | Menang |
•Pencalonan Pembantu Wanita Terbaik - Matinya Seorang Patriot (Festival Filem Malaysia ke-5 1984)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Sial Wanita (Festival Filem Malaya 1969/1970)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Agen 001 (Festival Filem Malaya 1965)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Mambang Moden (Festival Filem Malaya 1964)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Siti Muslihat (Festival Filem Malaya 1962)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Antara Dua Darjat (Festival Filem Malaya 1960)
• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Sarjan Hassan (Festival Filem Malaya 1958)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Penarek Becha ( Festival Filem Malaya 1955)
• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Iman (Festival Filem Malaya 1953/1954)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hartati Hassan Basri; Ellyna Ali (28 Februari 2005). "Saadiah dalam kenangan (1937-2005)". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ "Saadiah tak mahu jadi pelakon 'asal boleh'". Berita Minggu. 31 Mac 1985. m/s. 8. Dicapai pada 21 Disember 2018.
- ^ Hafidah Samat (2 Mac 2005). "Passing of a legend". New Straits Times. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ Siti Aniza Kamsari (27 Februari 2005). Seniwati Saadiah meninggal dunia Diarkibkan 2017-08-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 18 Julai 2010.
- ^ Veteran actress Saadiah dies The Star (February 27, 2005). Retrieved on July 18, 2010.