Rock progresif
Rock progresif (bahasa Inggeris: progressive rock) atau sering disingkat prog ialah jenis muzik yang mula berkembang pada akhir dekad 60-an dan meniti kejayaan pada dekad 70-an, menggabungkan elemen-elemen dari rock, jazz dan muzik klasik. Kadangkala pengaruh dari blues dan muzik tradisional juga dirasai.
Bermula dari eksperimentasi muzik rock pada masa itu, diinspirasi oleh The Beatles dan The Beach Boys mereka mula menggabungkan muzik tradisional, muzik klasik dan jazz dalam komposisi mereka. Beberapa kugiran rock progresif terkemuka ialah Yes, King Crimson, UK, Pink Floyd dan Genesis dari sekitar 1969, Rush dari tahun 70-an dan Marillion, Dream Theater dari 80-an.
Seperti genre muzik lain, amat sukar untuk mendefinisikan muzik rock progresif secara tepat. Kerana inilah terdapat banyak perdebatan mengenai apakah satu kumpulan muzik prog atau tidak. Namun terdapat ciri-ciri khas muzik prog yang biasanya dapat ditemui dalam karya-karya pemuzik prog. Di antaranya ialah irama yang tidak konvensional (bukan 4/4 atau sinkopasi), penguasaan alat muzik yang mahir dengan permainan solo yang rumit, dan lagu-lagu yang panjangnya melebihi normal (lebih dari 5 minit, biasanya sekitar 12-20 minit malah lebih panjang).
Banyak kumpulan rock progresif yang menerbitkan satu album dengan lagu-lagu yang bertemakan sama atau sambung-menyambung menceritakan satu cerita (disebut album konsep). Contoh-contoh album konsep di antaranya ialah Metropolis 2: Scenes from a Memory dari Dream Theater dan The Lamb Lies Down on Broadway dari Genesis. Banyak kumpulan rock progresif pada masa kini yang mula keluar dari stigma muzik progresif sebagai genre dan kembali ke intipati musik progresif sebagai pandangan yang amat sangat kuat dipengaruhi dengan pandangan Jaz.
Antara kumpulan Malaysia yang main rock progresif termasuk Samarkand dan Martin Vengadesan & The Stalemate Factor.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Anderson, Ian (2008), BBC Prog Rock Britannia: An Observation in Three Movements (Televised interview), BBC Four
- Cleveland, Barry (March 2005), "Prog Rock", Guitar Player, NewBay Media LLC
- Clark, William (25 Ogos 2012), Ian Crichton Talks About Saga, Guitars, Throwing Shapes and 20/20, guitarinternational.com, diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2013, dicapai pada 6 Jun 2013
- Fripp, Robert (1975), The Young Person's Guide to King Crimson (LP liner notes), EG Records, Ltd
- Gill, Chris (April 1995), "Prog gnosis: a new generation exhumes the list wisdom of the '70s", Guitar Player
- Harrell, Jim (2012), Calprog.com, Calprog.com, dicapai pada 28 May 2013
- Hogg, Brian (November 1994), "1-2-3 and the Birth of Prog", Mojo, BBC/Guinness Publishing
- O'Brien, Lucy (1999), Sounds of the Psychedelic Sixties, britannica.com, diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2014, dicapai pada 18 Jun 2013