Riyadh al-Solihin
Umum | |
---|---|
Pengarang | Imam Nawawi |
Tajuk asal | رياض الصالحين |
Bahasa | Arab |
Genre | syarahan menganai ayat Quran dan Hadis yang muktabar |
Sebahagian dari siri mengenai |
Hadis |
---|
Riyadh al-Solihin (Arab: رياض الصالحين, rumi: Riyāḍ aṣ-Ṣāliḥīn, lit. 'Taman-taman golongan soleh' ) ialah sebuah himpunan hadis nabawi yang menghuraikan ayat al-Quran karya Imam Nawawi, seorang ilmuwan Islam dari Damsyik (1233-1277). Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi ini termasuk dalam kategori kumpulan perundangan Islam merangkumi akhlak Islam, ibadah, dan adab, yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad oleh ulama-ulama Islam tetapi tidak dijumpai dalam al-Quran[1].Kitab ini diterima meluas oleh para ulama Islam seluruh dunia.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Riyadh al-Solihin mengandungi sejumlah 1,896 buah hadis yang dibahagikan kepada 344 bab, yang kebanyakannya dimulakan dengan ayat-ayat al-Quran.[2][3] Kandungan kitab ini adalah bagi mengkaji hadis dalam usaha untuk menterjemah pengajaran al-Quran kepada Sunnah, atau pelaksanaan dalam perundangan dan etika Islam.[4] Sunnah yang digunakan oleh Imam Nawawi juga termasuklah amalan para Sahabah.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Paula Youngman Skreslet, Rebecca Skreslet, The Literature of Islam: A Guide to the Primary Sources in English Translation, p 42. ISBN 1461673143 or ISBN 0810854082
- ^ "The Book of Forgiveness - Riyad as-Salihin". sunnah.com. Dicapai pada 2020-08-13.
- ^ The Meadows of the Righteous By Imam Nawawi. Translated By Ibrahim Ma'Rouf. Dar Al-Manarah (Egypt).
- ^ a b Nu'man (2020, p. 171, Muwatta Imam Malik, no.3424. Nawawi take this ruling from Muwatta despite being Shafiite scholar)
Wikisumber bahasa Arab mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |