[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Temenggong Daeng Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim)
Maharaja Tun Daeng Ibrahim bin Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman
Datuk Temenggung Johor
Datuk Temenggong Johor ke-IV
Pemerintahan19 Ogos 1841 - 10 Mac 1855
Didahului olehTemenggong Tun Daeng Abdul Rahman
Diikuti olehTemenggong Wan Abu Bakar
Maharaja Johor ke-I (De facto)
Pemerintahan10 Mac 1855 – 1862
Didahului olehSultan Ali Iskandar Shah
Sultan Johor Bendahara ke-IX dan
Sultan Johor ke-XIX
Diikuti olehWan Abu Bakar
Maharaja Abu Bakar/
Sultan Sir Abu Bakar

Maharaja Johor ke-II
Sultan Johor
Moden ke-I dan
Sultan Johor ke-XX
Keputeraan(1810-09-08)8 September 1810 8 Setember 1810
Pulau Bulang, Kepulauan Riau
Kemangkatan18 Februari 1862(1862-02-18) (umur 51)
Teluk Belanga, Singapura, Johor pp
Pasangan1.Inche Ngah
2.Engku Long Muda
3.Tengku Andak
Anakanda1.Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
2.Muhammad Ibrahim
3.Abdullah
4.Abdul Rahman
5.Abdul Majid
6.Muhammad Khalid
7.Daud
8.Besar
9.Pah
10.Khadija
11.Zaharah
12.Nong Hawa
KerabatTemenggung Johor FC
AyahandaTemenggong Tun Daeng Abdul Rahman Temenggong Tun Daeng Abdul Hamid
BondaInche Yah
AgamaSunni Islam

Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim Ibni Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) ialah Maharaja Johor ke1de facto, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Maharaja Tun Daeng Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman Ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Hamid dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima pendidikan swasta di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan Sultan Ali.

Walau bagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis pelantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor, tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.

Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu sistem pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan "Sistem Kangcu" pada tahun 1833 untuk memajukan perusahaan ladang-ladang lada hitam dan gambir di Johor.

Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.

Sistem Kangcu

[sunting | sunting sumber]

"Kangcu" ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim membawa orang-orang Cina dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang lada hitam di sepanjang Sungai Johor. Orang-orang Cina diberikan "Surat Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai untuk kerajaan Johor.

Maharaja Tun Daeng Ibrahim Ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman mempunyai tiga orang isteri, iaitu:-

  1. Inche Ngah
  2. Engku Long Muda
  3. Tengku Andak (anak perempuan ketiga kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar Lingga-Riau.

Anak Lelaki

[sunting | sunting sumber]

Maharaja Tun Daeng Ibrahim Ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman mempunyai tujuh orang anak lelaki:-

  1. Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim, (Sultan Johor Moden ke-I)
  2. Ungku Muhammad Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
  3. Ungku Abdullah Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim, (Ungku Seri Paduka Pemangku Raja Johor)
  4. Ungku Abdul Rahman Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
  5. Ungku Abdul Majid Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim, (Ungku Seri Paduka Pemangku Raja Johor)
  6. Ungku Muhammad Khalid Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
  7. Ungku Daud Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim

Anak Perempuan

[sunting | sunting sumber]

Maharaja Tun Daeng Ibrahim Ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman mempunyai lima orang anak perempuan:-

  1. Ungku Besar Binti Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
  2. Ungku Pah Binti Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
  3. Ungku Khadija Binti Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
  4. Ungku Zaharah Binti Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
  5. Ungku Nong Hawa Binti Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-20
1862 – 1895
Penyandang Kemudian
Sultan Ali Iskandar Shah Sultan Abu Bakar