[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

PlayStation Home

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PlayStation Home
PemajuSCE London Studio
SCE Studio Cambridge[1]
Sony Pictures Loot (Produk)
Outso (Kandungan)
Heavy Water (Kandungan)
JenisServis komuniti online
Dunia maya[2]
Tarikh pelancaran11 Disember, 2008 (Beta Terbuka)
Versi terkini1.36[3]
Kali terakhir dikemaskini1 Jun, 2010
PlatformPlayStation 3
Ahli14 juta (setakat Jun 2010)
Laman web(Inggeris) Laman web Asia
(Inggeris) Laman web Eropah
(Jepun) Laman web Jepun
(Inggeris) Laman web Amerika Utara

PlayStation Home (juga digelar dan dirujuk hanya sebagai Home) merupakan sebuah servis permainan video sosial berdasarkan komuniti yang direka oleh studio-studio London dan Cambridge Sony Computer Entertainment untuk kegunaan oleh konsol PlayStation 3 di PlayStation Network (PSN). Servis ini diakses secara langsung menerusi XrossMediaBar yang merupakan antaramuka PlayStation 3. Keahliannya adalah percuma, dan sekadar memerlukan akaun PSN sahaja. Home telah berada dalam proses pembangunan sejak awal tahun 2005 dan bermula sebagai sebuah ujian beta terbuka pada 11 Disember, 2008.

Home membenarkan penggunanya mencipta sebuah avatar, yang boleh diubahsuai untuk menyesuaikan dengan citarasa pengguna. Pengguna juga boleh mencantikkan pangsapuri peribadi avatar mereka (digelar sebagai HomeSpace) dengan barang-barangan yang dibeli atau dimenangi. Pengguna kemudiannya boleh bergerak di dunia Home (kecuali kawasan-kawasan bersilang) yang sentiasa dikemaskini oleh Sony. Setiap bahagian duniannya dikenali sebagai ruang, ataupun space. Ruang awam mungkin sekali sebagai hiasan sahaja, ataupun untuk berkenalan. Ciri-ciri Home termasuklah permainan-permainan video mini yang boleh dibahagikan untuk seorang pemain ataupun sekumpulan pemain. Para pengguna boleh membeli-belah barangan baru untuk menghiasi avatar mereka dengan lebih baik, ataupun mendekorasi HomeSpace mereka. Home juga memiliki skrin-skrin video untuk pengiklanan, namun kandungan video utama ditunjukkan di panggung wayang sebagai ciri hiburan. Home turut menjadi hos kepada beberapa acara istimewa misalnya seperti acara pemberian hadiah ataupun acara-acara hiburan. Pengguna juga boleh menggunakan Home untuk berhubung dengan rakan-rakan dan mengubahsuai kandungan. Apabila pemasangan selesai, pengguna boleh memilih 3, 5, 8 ataupun 12 GB ruang bebas cakera keras untuk diperuntukkan untuk Home.

  1. ^ "Ulasan PlayTV oleh Tom Bramwell". Eurogamer.net. 29 Ogos, 2008. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Laman PlayStation Home". GamePro. Dicapai pada 10 Jun 2008. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ CydoniaX (1 Jun 2010). "Nota Patch Home Versi 1.36; Ingatan Penyenggaraan". SCEA. Dicapai pada 1 Jun 2010. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.