[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Phang Nga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Phang Nga
พังงา
frames
frames
Ibu kota Phang Nga
Gabernor Vinai Buapradit
(sejak 2005)
Keluasan 4,170.0 km2
Tangga ke-53rd
Jumlah
Penduduk
234,188 (2000)
Tangga ke-71st
Kepadatan
Penduduk
56/km2
Tangga ke-69th
ISO 3166-2 TH-82

Phang Nga (Bahasa Thai: พังงา; Bahasa Melayu: Pangan) terletak di selatan Thailand, berhampiran dengan Phuket, Krabi, Ranong dan Surat Thani.

Phang Nga terletak di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu . Ini termasuklah Teluk Phang Nga. Ia dikenali sebagai pulau James Bond kerana sebuah batu tunggul di situ menjadi lokasi filem The Man with the Golden Gun. Taman Negara Phang Nga telah diisytihar srebagai pulau yang dilindungi pada 1981 kerana kecantikan dan keasliannya. Ramai peminat selam skuba berkunjung ke sini kerana air lautnya sangat jernih dan belum tercemar.

Pada abad ke-18 terdapat tiga bandar iaitu Takuapa, Takuatung dan Phang Nga. Bandar Phang Nga diasaskan pada 1809 semasa penjajahan Raja Rama II yang berperang dengan jirannya Burma. Ramai penduduk Talang yang diserang oleh Burma telah pindah ke Phang Nga. Pada 1840, Phang Nga menjadi sebuah provinsi.

Pada 26 Disember 2006, Phang Nga dibadai oleh tsunami. Beribu-ribu mati lemas , termasuklah cucu Raja Bhumibol Adulyadej bernama Bhumi Jensen.


Phang Nga Province