[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pergunungan Pamir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergunungan Pamir
Pemandangan Pamir dari dalam kapal terbang, Jun 2008
Titik tertinggi
PuncakKongur Tagh
Ketinggian7,649 m (25,095 ka)
Koordinat38°35′39″N 75°18′48″E / 38.59417°N 75.31333°E / 38.59417; 75.31333
Geografi
NegaraTajikistan, Kyrgyzstan, Afghanistan and China
Koordinat banjaran38°30′N 73°30′E / 38.5°N 73.5°E / 38.5; 73.5Koordinat: 38°30′N 73°30′E / 38.5°N 73.5°E / 38.5; 73.5

Pergunungan Pamir ialah sebuah banjaran di antara Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Pergunungan ini terletak di persimpangan kawasan pergunungan utama lain, termasuk banjaran Tian Shan, Karakoram, Kunlun, Hindu Kush dan Himalaya. Pergunungan Pamir merupakan antara kumpulan gunung tertinggi dunia.

Kebanyakan kawasan pergunungan terletak di kawasan Gorno-Badakhshan di Tajikistan.[1] Ke selatan, pergunungan ini bersempagan dengan pergunungan Hindu Kush di Koridor Wakhan (Provinsi Badakhshan, Afghanistan). Ke utara, Pamir bersambung denganTian Shan mountains di Lembah Alay, Kyrgyzstan. Ke timur, Pamir memanjang ke arah Kongur Tagh di China, iaitu kawasan "Pamir Timur",[2] dipisahkan dengan lembah Sungai Yarkand dari Pergunungan Kunlun.

  1. ^ Berdasarkan Big Soviet Encyclopedia "Persoalan berkenaan sempadan alami Pamir adalah diperdebatkan. Lazimnya, Pamir disifatkan merangkumi kawasan Banjaran Trans-Alay ke utara, Banjaran Sarykol Range ke timur, Tasik Zorkul, Sungai Pamir, dan hulu Sungai Panj ke selatan, dan kawasan pusat lembah Panj ke barat; ke barat daya, Pamir merangkumi kawasan banjaran Peter Agung dan Darvaz."
  2. ^ N. O. Arnaud; M. Brunel; J. M. Cantagrel; P. Tapponnier (1993). "High cooling and denudation rates at Kongur Shan, Eastern Pamir (Xinjiang, China)". Tectonics. 12 (3): 1335–1346. doi:10.1029/93TC00767.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]