[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Perang pencerobohan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perang pencerobohan atau pencerobohan perang, kadangkala juga perang penaklukan, ialah sejenis konflik ketenteraan yang dilakukan tanpa justifikasi pertahanan diri, biasanya untuk pemilikan wilayah dan penaklukan.

Peperangan tanpa kesahan antarabangsa (iaitu bukan mempertahankan diri dan tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) boleh dianggap sebagai perang pencerobohan; namun, ini sahaja tidak membentuk definisi perang pencerobohan; peperangan tertentu mungkin menyalahi undang-undang tetapi tidak agresif (perang untuk menyelesaikan pertikaian sempadan dimana pihak pemula mempunyai tuntutan yang munasabah, dan matlamat terhad, adalah satu contoh).

Dalam penghakiman Tribunal Tentera Antarabangsa di Nuremberg, yang mengikuti Perang Dunia II, "Perang pada dasarnya adalah perkara yang jahat. Akibatnya tidak terhad pada negara yang berperang sahaja, tetapi menjejaskan seluruh dunia. Oleh itu, untuk memulakan perang pencerobohan, ia bukan sahaja jenayah antarabangsa; tetapi ia adalah jenayah antarabangsa tertinggi yang berbeza hanya daripada jenayah perang lain kerana ia mengandungi dalam dirinya seluruh kejahatan yang terkumpul."[1][2] Perkara 39 dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan bahawa Majlis Keselamatan PBB akan menentukan kewujudan sebarang tindakan pencerobohan dan "akan membuat cadangan, atau memutuskan langkah-langkah yang sepatutnya diambil mengikut Perkara 41 dan 42, untuk mengekalkan atau memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa".

Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa merujuk kepada jenayah pencerobohan sebagai salah satu "jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa", dan memperuntukkan bahawa jenayah itu termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Namun, Statut Rom menetapkan bahawa ICC tidak boleh menggunakan bidang kuasanya ke atas jenayah pencerobohan sehingga negara-negara anggota bersetuju dengan definisi jenayah dan menetapkan syarat-syarat dimana ia boleh didakwa. Pada Persidangan Kajian Semula Kampala pada 11 Jun 2010, sejumlah 111 buah Negara Anggota Mahkamah bersetuju dengan konsensus untuk mengguna pakai resolusi yang menerima takrif jenayah dan syarat-syarat untuk menjalankan bidang kuasa mahkamah ke atas jenayah ini.[3] Pindaan yang berkaitan pada Statut itu mula berkuatkuasa pada 17 Julai 2018 selepas disahkan oleh 35 Negara Anggota.[4]

Mungkin perbicaraan pertama untuk melancarkan perang pencerobohan adalah dari perbicaraan Raja Sicily Conradin pada tahun 1268.[5]

  1. ^ The International Military Tribunal for Germany (1946-09-30), Judgment of the International Military Tribunal for the Trial of German Major War Criminals: The Nazi Regime in Germany, The Avalon Project, Yale University
  2. ^ Broomhall, Bruce (2003). International justice and the International Criminal Court (ed. 2). Oxford University Press. m/s. 46. ISBN 978-0-19-925600-6.
  3. ^ "Resolution RC/Res.6 !" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 March 2012. Dicapai pada 14 May 2012.
  4. ^ Whiting, Alex (2017-12-19). "Crime of Aggression Activated at the ICC: Does it Matter?". Just Security. New York: New York University School of Law. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-13. Dicapai pada 2022-05-16.
  5. ^ Cryer, Robert; dll. (2010). An introduction to international criminal law and procedure (ed. 2nd). Cambridge [UK]: Cambridge University Press. m/s. 312. ISBN 978-0-521-13581-8.

List of reference documents (alphabetical by author):

  • Lyal S. Sunga The Emerging System of International Criminal Law: Developments in Codification and Implementation, Kluwer (1997) 508 p.
  • Lyal S. Sunga Individual Responsibility in International Law for Serious Human Rights Violations, Nijhoff (1992) 252 p.
  • H. K. Thompson, Jr. and Henry Strutz, Dönitz at Nuremberg: A Reappraisal, Torrance, Calif.: 1983.
  • J. Hogan-Doran and B. van Ginkel, "Aggression as a Crime under International Law and the Prosecution of Individuals by the Proposed International Criminal Court" Netherlands International Law Review, Volume 43, Issue 3, December 1996, pp. 321–351, T.M.C. Asser Press 1996.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Undang-Undang Jenayah Antarabangsa