[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Perang Punic Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Punik Pertama
Sebahagian daripada Perang Punic
Tarikh264– 241 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rom
Perubahan
wilayah
Rom merampas Sicily
Pihak yang terlibat
Republik Rom Empayar Carthage
Komandan dan pemimpin
Marcus Atilius Regulus
Gaius Lutatius Catulus
Gaius Duilius
Hamilcar Barca
Hanno yang Agung
Hasdrubal
Xanthippus

Perang Punic Pertama (264 sehingga 241 SM) merupakan perang pertama daripada tiga perang utama yang berlaku di antara Empayar Carthage dan Republik Rom. Selama 23 tahun, dua kuasa ini bergelut untuk menguasai barat Laut Mediterranean. Carthage, yang kini terletak di Tunisia, adalah kuasa Mediterranean Barat dominan pada permulaan konflik. Akhirnya, Rom menjadi pemenang, mengenakan syarat-syarat perjanjian ketat dan hukuman kewangan yang teruk ke atas Carthage.

Siri-siri perang di antara Rom dan Carthage dikenali di Roma sebagai "Perang Punic" disebabkan nama Latin untuk orang Carthage: Punici, diterbitkan daripada Phoenici, merujuk kepada nenek moyang orang Carthage, iaitu Phoenicia.

  • Dupuy, Trevor N. (1990). Evolution of Weapons and Warfare. De Capo Press.
  • Polybius. The Histories, Book 1
  • Starr, Chester G. (1965). A History of the Ancient World. Oxford University Press.
  • Warmington, B.H. (1993). Carthage. New York: Barnes & Noble, Inc.
  • Goldsworthy, Adrian. (2001). The Punic Wars. Cassel.
  • Lazenby, J.F. (1996). The First Punic War, A Military History. Stanford University Press.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Ancient Roman Wars