Pembinasa kereta kebal Ikv-91
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Pembinasa kereta kebal Ikv-91 (Infanterikanonvagn 91) merupakan kenderaan pembinasa kereta kebal keluaran Sweden.
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Pembinasa kereta kebal Ikv-91 (Infanterikanonvagn 91) telah dibangunkan oleh Hagglund dan Sb'ner (kini Hagglunds Vehicle) bagi memenuhi keperluan Tentera Sweden. Prototaip pertama siap pada tahun 1969 dengan pengeluaran berlangsung dari tahun 1975 sehingga 1978.
Pembinasa kereta kebal Ikv-91 dilengkapi dengan meriam tekanan rendah 90mm memiliki dongakan +15° dan rundukan -10°, dengan putaran turet 360°. Dua pelancar flare Lyran dipasang pada atas turet.
Pembinasa kereta kebal Ikv-91 adalah afimbia sepenuhnya, tujahan melalui treknya. Sebelum memasuki air, penghadang dipasang dihadapan badan, skrin dipasang sekitar bukaan udara, ekzos dan pelepas udara, dan pam bilge dipasangkan.
Sistem kawalan tembak memiliki penetap julat laser bagi meningkatkan kebarangkalian hentaman pertama. Treknya boleh dipasang dengan bonggol (studs) atau taji ("spikes") bagi salji tebal. Ia turut dipertingkat dengan pelancar Lyran Bofors, sarung haba bago meriam tekanan rendah dan tambahan simpan barang luaran.
Variasi
[sunting | sunting sumber]Kerangka Ikv-91 elah digunakan sebagai tapak ujian bagi sistem motar berkembar 120mm dan kereta kebal ringan 105mm. Tidak satupun dari ini memasuki pengeluaran atau perkhidmatan. Peralatan tambahan termasuk peralatan pandang malam, peningkatan perlindungan perisai dan kipas bagi peningkatan kelajuan di air.
Status
[sunting | sunting sumber]Pengeluaran ditamatkan. Berkhidmat hanya dengan Tentera Sweden sahaja.
Pengilang
[sunting | sunting sumber]Hagglunds Vehicle AB, Ornskoldsvik, Sweden.