Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin | |
Dianugerahkan untuk | "Persembahan pelakon lelaki dalam watak utama sesebuah drama televisyen di Malaysia" |
Diberikan | Sistem Televisyen Malaysia Berhad |
Negara | Malaysia |
Diperkenalkan pada | 1994 (untuk persembahan lakonan TV pada tahun edisi 1994) |
Pemenang pertama | Sidi Oraza, Anak Angkat (ASK1994) |
Kini dipegang oleh | Faizal Hussein, Samad Tedung (ASK2019) |
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf pelakon lelaki yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam drama TV. Pencalonan pelakon lelaki dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV AlHijrah serta HyppTV.
Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) yang diberikan kepada pelakon wanita.
Rangkuman
[sunting | sunting sumber]- Pemenang tertua - Abu Bakar Omar (71 tahun)
- Pemenang termuda - Shafie Naswip (15 tahun)
- Pemenang Berganda :-
- Nasir Bilal Khan - 3 kemenangan (4 pencalonan)
- Pencalonan berganda:-
- Faizal Hussein - 6 pencalonan (1 kemenangan)
- Rosyam Nor - 6(0)
Pemenang dan calon
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai pemenang dan pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama):