[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Orang minyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai orang minyak, untuk filem, lihat Orang Minyak (filem).
Fail:Sumpah Orang Minyak 01.jpg
Poster filem Sumpah Orang Minyak.

Orang Minyak merujuk kepada seseorang Iman Mustaqim yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.[1]

Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan tema beberapa buah filem seperti filem Orang Minyak (1958) dan sekuelnya Serangan Orang Minyak (1958) terbitan Cathay-Keris Film Productions, Sumpah Orang Minyak (1958) yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MFP) arahan P. Ramlee,[2] dan juga Orang Minyak (2007) dari Metrowealth Pictures.

Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu.

Kelebihan

[sunting | sunting sumber]

Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.[perlu rujukan]

Penelitian secara ilmiah

[sunting | sunting sumber]

Kemungkinannya ia bermula dengan pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak agar sukar ditangkap kerana licin. Minyak yang gelap juga akan menjadikan dirinya sukar dilihat pada waktu malam, sunggupun ia membahayakan dirinya ketika memanjat. Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tinagayan Laut, Malaysia. [3]

Dalam budaya masyhur

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ The door magazine, Issues 174-184
  2. ^ a b P. Ramlee: the bright star, James Harding, A. H. Ahmad Sarji
  3. ^ http://www.metro.co.uk/weird/article.html?in_article_id=26588&in_page_id=2
  4. ^ Wahiduzzaman (23 September 2010). ""Magika" Bukan Filem "Gebang Kosong"". mStar. Dicapai pada 28 Januari 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]