[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Orang Nawayath

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Use Indian English

Orang Nawayath (juga dieja dengan Navayath dan Nawayat) ialah sebuah kelompok Muslim yang kebanyakannya tertumpu di Uttara Kannada, dan Udupi di persisiran pantai Karnataka, dan sebahagian tempat di Tamil Nadu. Mereka adalah sebuah masyarakat etnik yang mempunyai keunikan tradisi tersendiri dan identiti budaya yang tersendiri. Masyarakat Nawayath mempunyai kedudukan yang penting di kalangan masyarakat-masyarakat Muslim persisiran pantai yang lain seperti Beary di Kanara Selatan, Mappila di Pantai Malabar dan Labbay di Pantai Coromandel. Terdapat sebilangan kecil masyarakat Nawayath di Bhatkal, Murdeshwara, Manki, Honnavar, Kumta, Valki, Herangdi, Upponi, Gersoppa, Byndoor, Gangolli, Shiroor, Hoode, Malpe dan Basrur di Karnataka dan di Arcot di Tamil Nadu. Meenambur, sebuah kampung kecil yang hampir dengan Gingee di selatan Madras di Tamil Nadu, adalah yang terbesar antara kesemua ini. Orang Nawayath juga dapat ditemui di Dewas di Madhya Pradesh, juga di Indore, Ujjain, Dhar, Madhya Pradesh. Ramai yang berhijrah ke Pakistan selepas kemerdekaan pada 1947 dan beramai-ramai mendiami Karachi, Sindh. Di Pakistan, masyarakat Nawayath bertutur dalam dialek Nawayathi sebagai bahasa ibunda. Ramai orang Nawayath terbabit dalam perniagaan berskala kecil dan sederhana.

Mereka dikatakan berketurunan pedagang-pedagang Arab dan Parsi yang tiba di pantai barat India Selatan semasa Zaman Pertengahan. Mereka dikenali sebagai salah satu kelompok penganut agama Majusi yang berhijrah dari Iran. Mereka mempunyai beberapa tradisi yang serupa dengan masyarakat Parsee India. Mereka mempertahankan rasa kemasyarakatan dan identiti mereka yang kuat. Terdapat sebuah masyarakat diaspora Nawayath migran ekonomi yang bekerja di negara-negara Arab di Teluk Parsi.

Orang Nawayath berpegang pada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan mazhab Syafi'i, tidak seperti kebanyakan Muslim India lain yang secara umumnya bermazhab Hanafi.

Sejarah Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Islam di India


Sejarah

Seni bina

Mughal · Indo-Islam

Tokoh utama

Moinuddin Chishti · Akbar
Ahmed Raza Khan · Maulana Azad
Sir Syed Ahmed Khan · Bahadur Yar Jung

Masyarakat

Northern · Mappilas · Tamil
Konkani · Marathi · Vora Patel
Memons · Barat-Laut · Kashmiris
Hyderabadi · Dawoodi Bohras · Khoja
Oriya · Nawayath · Bearys · The Saits Meo · Sunni Bohras
Kayamkhani · Bengali

Mazhab Islam

Barelvi · Deobandi · Shia

Budaya

Budaya Islam Hyderabad

Topik lain

Gerakan Ahle Sunnat di Asia Selatan
Indian Muslim nationalism
Muslim chronicles untuk sejarah India


Jaffer Shariff (Qanoon-e-Islam), Colonel Wilkes (History of Mysore, vol 1), dan Gazetir Diraja India menterjemahkan Nawayath sebagai ‘pendatang baru’ (daripada bahasa Parsi نوآید 'Nawāyad' yang bermaksud pendatang baru). Orang dari Parsi telah membina hubungan dagang yang berterusan dengan pantai barat Laut Arab sejak zaman dahulu kala. Penulis-penulis ini sependapat yang orang Nawayath adalah keturunan Parsi tetapi berbeza pendapat mengenai tempat asal sebenar mereka dan sebab keluarnya mereka dari Teluk Parsi. Colonel Wilkes menyatakan bahawa orang Nawayath berasal dari Bani Hashim. Pada awal kurun ke-8M semasa pemerintahan Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi yang mentadbir Iraq, di bawah nama Khalifah Abdul Malik bin Marwan, ramai orang terhormat dan kaya melarikan diri daripada Iraq kerana takutkan penindasan. Dipercayai bahawa mereka mengikuti laluan dagang pedagang Arab, yang berlabuh di beberapa tempat di pantai barat itu. "Meskipun terdapat sebahagian orang Nawayath yang berketurunan mereka yang melarikan diri dari Iraq semasa zaman Hajjaj bin Yusuf, bukan semua nenek moyang mereka adalah dari jenis itu", tulis Victor D’ Souza dalam bukunya "Navayaths of Kanara"(1955).

SK Lal menulis dalam "Legacy of Arab Dynasty in India" bahawa walaupun Hajjaj bin Yusuf hanya gabenor Iraq, pengaruh dan pemerintahannya turut menjangkaui kawasan-kawasan penutur bahasa Parsi. Jadi para pedagang Arab dan Parsi menjalankan perdagangan mereka secara bersama, membawa pengaruh Parsi ke koloni-koloni Muslim India di persisiran pantai.

Satu lagi teori yang mengaitkan orang Nawayath dengan orang Parsi adalah berdasarkan pengaruh bahasa Parsi terhadap bahasa yang dipertuturkan orang Nawayath dan unsur-unsur Parsi dalam budaya Nawayath, terdapat juga kehadiran perkuburan Parsi di Bhatkal dan kebanyakan nama keluarganya adalah Parsi yang dapat dijejak kembali sehingga ke Iran kini.

Orang Nawayath adalah pendatang kebanyakan dari Parsi yang berkahwin dengan masyarakat dagang India yang lain, kaum Jain yang memeluk Islam lebih daripada 1000 tahun yang lalu.[1][2] With this a new caste system emerged.[3]

Keluarga Mukri sebagai contohnya menetap di Wadi Musalman, Ratnagiri. Mereka menjejaki penghijrahan mereka dari Fez, Maghribi dan Hadhramaut, Yaman. Puak Mukri adalah ulama Muslim bermazhab Syafi'i yang melarikan diri daripada penentangan Syiah pada 1400-an selepas kejatuhan Dinasti Rasuliyyah. Puak Mukri Koknani bertutur dalam dialek Rajapur bahasa Hindustan Dakhan yang tersendiri.

Sejarawan India, Omar Khalidi mengatakan bahawa mereka adalah salah satu daripada tiga kumpulan Muslim India yang pernah menggunakan nama Nawayarh. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai asal-usul yang sama di kawasan-kawasan di Semenanjung Tanah Arab dan Teluk Parsi, tempat mereka menjadi pelayar dan pedagang. Dan mereka juga digelar Nait, Naiti, Naita. Yang pertama daripada kumpulan-kumpulan ini berpangkalan terutamanya di Bhatkal, Tonse, Malpe, Kandlur - Karnataka, manakala yang lain sekarang ini dapat dijumpai di Chennai sekitar Royapettah yang berpindah dari Meenambur, sebuah kampung kecil yang terletak di antara Gingee and Villupuram dalam Daerah Villupuram dalam negeri Tamil Nadu. Kumpulan ketiga pada hari ini secara umumnya dikenali sebagai Muslim Konkan, sempena kawasan yang didiami mereka.[4]

Masyarakat ini bertutur dalam dialek yang dipanggil ‘Nawayathi’. Dialek ini adalah satu gabungan bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Marathi, dan bahasa Urdu dengan bahasa Konkan sebagai dasarnya. Bahasa Nawayath menggunapakai tulisan Parsi untuk menulis, menarik untuk disebutkan bahawa "tulisan Parsi" telah pun digunakan untuk menulis oleh orang Nawayath lama sebelum kewujudan bahasa Urdu.[perlu rujukan]

Nama keluarga

[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga Nawayath termasuk mereka yang datang menetap dari tempat:

Beberapa nama-nama keluarga Nawayath yang biasa adalah: Amberkhani, Agle, Ajaib, Ali Akbara, Aliku, Askeri, Akrami, Armar, Aydaroos, Baandeh, Barmawar, Bengre, Bhatti, Bota, Bidchol, Chadkhan, Chamundi, Chida, Choudari, Chumkar, Dabapu, Damda, Damdemanna, Damudi (Amoudi),Data, Dawalji, Dhinda, Durga, Esufji, Ekkery, Fakerde, Faqqi Bhao, Fakhroo, Gaima, Gangawali, Gawai, Ghias, Goltey, Guda Manna, Hajeeb, Hagalwadi, Harda, Hattulbe, Hejib,Hussaini, Ismailji (Keppa), Ishaqui, Jakti, Jeddy, Jiddah, Jushiddi, Kokan, Kadli, Kak Mohiddina (KM), Kasargod, Kakde, Kattingeri, Kazi, Kazia, Kelair, Khalifa, Kobatte,Kochebapu,Karani, Koteshwar, Kashimji, Khateeb, Khattal, Khazi, Lowna, Nouda, Mekkery, Maddas, Mahammdu Jaupa (MJ), Manna, Mani, Manegar, Maved, Muhajir, Mawda, Mohammada, Mohtesham, Mohtheshum, Mohtesham Rodda, Motiya, Moulavi, Muallim, Mohammed Hussaina (MH), Muhammad Habibi (MH), Mohammed Siddiqua, Mulla, Mukri, Muniri, Musba, Naitey, Nakhuda, Nilawar, Peshmam, Patel, Phulare, Papa, Qamri,Qazi, Quazi, Ruknuddin, Ruknuddin Saifulla, Shekrey (RS), Ruknuddin Shipai (RS), Sada, Sawda, Patel (SP), Sakardey, Sakarde, Suhakir, Shingeri, Shingati, Shakir, Sayeed, Showpa, Siddi Ahmada, KG, Siddiqua, Siddique, Sukri, Syed Jamaluddina (SJ), Syed Moheddina (SM), Syed Kazmi (SK), Taher, Tamburi, Wagh, Udyawar, Vazeer, Zangi,paula (sharif) , haderubber, Shaikh, Kadpadi, etc.

Antara nama-nama keluarga yang amat dikenali adalah:

Akrami, Sayed,Shakir, Shabandari, Saifulla, Barmawar, Kashimji, Hussaini, Bhalli Shamoun, Syed, Mani,Manna,Mohtisham, Damudi, Ruknuddin, Siddi Bapa, Kola, Molana, Lowna, Askeri, etc.

  1. ^ http://www.business-standard.com/article/current-affairs/don-t-hold-a-few-bad-apples-against-us-says-bhatkal-113083100704_1.html
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2013. Dicapai pada 10 Januari 2017.
  3. ^ http://newindianexpress.com/cities/bangalore/Indians-rarely-married-outside-after-caste-system-came-into-being/2013/08/19/article1741431.ece
  4. ^ Khalid, Omar (2006). Muslims in the Deccan: A Historical Survey. New Delhi: Global Media Publications. m/s. 17–18.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Templat:Ethnic and social groups of Goa and the Konkan Templat:Indian Muslim