[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nombor PBB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nombor PBB (bahasa Inggeris: UN number) ialah suatu pengecam berupakan angka empat digit yang mengenal pasti bahan-bahan berbahaya, dan artikel (seperti bahan letupan, cecair mudah terbakar, pengoksida dan cecair beracun) bagi penggunaan dalam bidang pengangkutan antarabangsa. Sebilangan bahan berbahaya mempunyai nombor UN sendiri (contoh: akrilamida mempunyai nombor UN 2074), sementara sesetengah kumpulan bahan kimia atau produk dengan sifat yang serupa memiliki nombor UN yang sama (contoh: cecair mudah terbakar, melainkan dinyatakan sebaliknya, mempunyai nombor UN 1993). Bahan kimia dalam keadaan pepejal mungkin menerima nombor UN yang berbeza daripada bentuk jirim lain jika sifat bahaya adalah berbeza dengan ketara; bahan dengan tahap ketulenan yang berbeza (atau kepekatan dalam larutan) juga boleh memiliki nombor PBB yang berbeza.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]