[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nicolaus Copernicus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nicolaus Copernicus
Kelahiran(1473-02-19)19 Februari 1473,
Meninggal dunia24 Mei 1543(1543-05-24) (umur 70),
Frombork (Frauenburg), Prince-Bishopric Warmia, Kerajaan Poland
Pusat pendidikanUniversiti Kraków, Universiti Bologna, Universiti Padua, Universiti Ferrara
Terkenal keranaHeliosentrisme
Kerjaya saintifik
BidangMatematik, astronomi, canon law, perubatan, ekonomi
Tandatangan

Nicolaus Copernicus (19 Februari 1473 – 24 Mei 1543) merupakan ahli astronomi dan biarawan Katolik Rom kelahiran utara Poland.

Beliau dianggap bapa ilmu falak moden. Ketika hidupnya, Copernicus dipandang remeh kerana dia hanyalah biarawan rendah / bruder dalam hirarki gereja Katolik.

Teori Copernicus

[sunting | sunting sumber]

Ketika hidupnya, Nicolaus Copernicus mengemukakan 'Teori Copernicus' kepada masyarakat Kristian di Eropah. Pihak gereja mendakwa bumi menjadi titik pusat cakerawala. Semua benda yang bertebaran di angkasa sedang mengelilingi bumi. Tetapi hasil pemerhatian Copernicus, dakwaan pihak gereja itu terbukti salah. Katanya, bumi dan planet lain sedang mengelilingi matahari (heliosentrik).

Pengkebumian semula

[sunting | sunting sumber]

Pada hari Sabtu, 22 Mei 2010, sebuah kubur lama tanpa nama digali semula dan ditanam di sebuah katedral / gereja di utara Poland. Sebuah tugu granit hitam dibina di atas kuburannya. Di situ diukir sistem cakerawala menunjukkan matahari menjadi titiik pusat seluruh planet.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]