[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Naura HD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naura
Negara Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Saluran kembarAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Astro Warna
Astro Citra
GO Shop Baaru
Astro Rania
Astro Aura
GO Shop Ruuma
GO Shop Gaaya
Sejarah
Dilancarkan1 Oktober 2018; 6 tahun yang lalu (2018-10-01)
MenggantikanAstro Bella
Ditutup31 Januari 2022; 2 tahun yang lalu (2022-01-31)

NAURA merupakan saluran di Astro yang merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam dan luar negara.Naura juga merupakan salah satu saluran islamik pertama dalam Pek Mustika yang telah menggantikan tempat saluran Astro Bella.

Saluran ini dilancarkan pada 1 Oktober 2018. [1] Seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi program yang memaparkan gaya hidup masyarakat Muslim masa kini, dokumentari, program bual bicara santai dan ceramah daripada tokoh ilmuwan terkemuka dari dalam dan luar negara[2], program adaptasi buku Islamik terlaris serta kandungan ringkas lagi padat yang menjawab persoalan asas mengenai Islam. Menariknya mengenai tawaran seleksi program di NAURA, setiap kandungan yang disajikan berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan. Selain itu, program di NAURA turut menampilkan ramai personaliti hit masa kini daripada pelbagai latar belakang berbeza yang sering dijadikan sumber inspirasi buat masyarakat Muslim terutamanya dalam Astro Oasis dan kalangan generasi muda.

Mulai 1 April 2020, nombor saluran OKEY telah digantikan dengan saluran 146 dan NAURA memulakan siaran di saluran 109 (dahulunya di saluran 125).

NAURA tidak hanya membawakan kandungan tempatan sahaja tetapi juga antarabangsa.

Naura ditamatkan siaran pada 1 Februari 2022 bersama dengan Star Chinese Channel, Astro TVIQ dan BabyTV. Walaubagaimanapun, rancangan Naura masih boleh strim sajian kandungan On Demand dan Astro GO dari 1 Februari 2022.

Kandungan tempatan

[sunting | sunting sumber]

Antara kandungan tempatan yang ditawarkan adalah ‘Naura Shares’; program perkongsian dari hati yang akan berlangsung dalam suasana santai dan penuh intimasi bersama penonton oleh individu seperti Min Luna, Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Kamal Affendi dan Siu Lim, ‘Inspires’; program gaya hidup yang menampilkan personaliti Muslim dari pelbagai negara dengan latar belakang berbeza.

Tidak ketinggalan, rancangan bual bicara ‘Quran Tag with Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah’[3] yang memaparkan cara unik untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran bersama selebriti muda[4] seperti Sarah Suhairi, Aiman Tino dan As’ad Motawh serta rancangan variasi ‘Dua’s of the Believer’ yang memaparkan kisah perjalanan hidup yang dipilih oleh wanita-wanita hebat seperti Mizz Nina, Siu Lim dan Memem Khan. ‘Tuesday Love Letter’ pula merupakan adaptasi ‘newsletter’ dengan tajuk yang sama oleh penulis Aida Azlin yang dihantar kepada pengikutnya pada setiap hari Selasa.

Kandungan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Bagi tawaran kandungan Islamik antarabangsa pula, antaranya adalah ‘5 Times Salah in A City’; rancangan berkonsepkan travelog yang membawa penonton meneroka lima buah masjid dalam tempoh solat lima waktu, ‘Al Baqarah Series with Nouman Ali Khan’; kupasan terperinci ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah oleh Ustaz Nouman Ali Khan, ‘Grand Mosque’; memaparkan kisah 40 bandar di Anatolia dan menyingkap sejarah tamadun masa lalu serta pelbagai program menarik yang lain.

Selain itu, NAURA juga menawarkan kandungan faktual terbitan IQRAA TV yang memaparkan pelbagai topik menarik antaranya sejarah Mekah dan Madinah, kisah hidup para Rasul dan Nabi serta zaman kegemilangan tamadun Islam.

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]