Nasi Lemak Kopi O
Nasi Lemak Kopi O | |
---|---|
Genre | Bual bicara |
Pengacara |
|
Lagu pembukaan | "Nasi Lemak Kopi O" oleh Salammusik (dari 2011-2018, 2024-kini) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Lokasi | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Tempoh siaran |
|
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios (sehingga 2018) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 4:3 576i SDTV 4:3 1080i HDTV |
Siaran asal |
|
Diikuti oleh | Borak Kopitiam |
Nasi Lemak Kopi O ialah sebuah rancangan bual bicara waktu pagi santai Malaysia yang disiarkan setiap minggu pada Jumaat - Ahad pada jam 8:00 - 10:00 pagi.
Kini Nasi Lemak Kopi O kini kembali di TV9 pada pelancaran semula pada 17 Januari 2024 sejak tamat 4 Mac 2018 dan bersiaran pada 10:30 pagi setiap Rabu - Jumaat selama 1 jam. NLKO kali ini lebih memfokuskan dalam memartabatkan dan mempromosikan usahawan-usahawan tempatan (IKS) melalui segmen-segmen yang dilaksanakan. Tidak dilupakan juga, NLKO akan membincangkan topik-topik yang hangat dikalangan masyarakat.
Rancangan ini merupakan cetusan idea dan konsep asal oleh Wan Sabariah Shikh Ali[perlu rujukan] dan Nur Aeshah Abdul Malik[perlu rujukan], yang juga Penerbit Eksekutif rancangan ini.[1] Nasi Lemak Kopi O tamat bersiaran selepas 10 tahun.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nasi Lemak Kopi O mula ditayangkan secara langsung bermula Jumaat 4 April 2008, telah berjaya mendapat tempat dalam hati ramai peminatnya dengan topik-topik yang berkesan dan pendekatan berbeza. Mampat dengan isu hangat diperkatakan pada masa kini, penonton sekeluarga memberi sepenuh perhatian kepada Aziz Desa, Sharifah Aleya, Farah Diana Anuar, Farah Adeeba Mohd Ashraf, Sharifah Nur Syed Ali dan Abu Talib Husin yang begitu handal mengendalikan rancangan ini.[3]
Sempena tahun baru ini, Nasi Lemak Kopi O juga tidak ketinggalan untuk meningkatkan mutunya dari segala segi untuk kepuasan penonton TV9. Selain memperkenalkan dua pengacara baru iaitu Fatin (Gadis Melayu 3) dan AG, NLKO yang bersiaran pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad selama dua jam mulai 8:00 pagi ini akan menampilkan segmen-segmen baru yang lebih segar dan informatif.
Mulai 28 Januari 2011, setiap hari siaran mempunyai kekuatan segmennya tersendiri iaitu kesihatan fizikal dan spiritual pada hari Jumaat menerusi ‘Penyakit Orang Kampung’ dan 'Syifa’; ‘Cuba Je’ dan ‘Nostalgia Nostalgia’ pada hari Sabtu dan keprihatinan serta kasih sayang pada hari Ahad menerusi ‘Hentikan Tangisan’. NLKO diterajui oleh Wan Sabariah Shikh Ali sebagai Penerbit Eksekutif bersama tiga penerbit berpengalaman, Kamaruzz’ain Abdul Kadir, Nur Irjuana Mohd Ishar dan Tuan Norazimah Tuan Mohamad.
Berikut adalah segmen-segmen baru dan sedia ada mengikut hari siaran: Setiap hari Jumaat, 8:00 pagi Aziz Desa, Farah Anuar dan Fatin (GM3) akan menyingkap kembali Berita Seminggu serta memaparkan cadangan tempat percutian kos murah untuk sekeluarga dan juga diari pelancongan di seluruh negara untuk berbagai aktiviti pelancongan dan kebudayaan dalam Jom Cuti/Diari Pelancongan. Dengan adanya segmen pelancongan sebegini, ia memudahkan orang ramai untuk membuat rancangan pelancongan pada hujung minggu.
Segmen Lensa 9 memberikan laporan berita terkini untuk informasi semua manakala Diari NLKO pula mengetengahkan perbincangan isu semasa dan pengumuman kepentingan awam (PSA) di negara ini. Untuk menyelami ilmu pengetahuan tentang buku-buku, satu ruangan Sinopsis diperkenalkan bagi menggalak penonton membaca buku dengan cara yang lebih menarik di mana penulis sendiri akan membaca bab buku terbaru. Penonton juga boleh menyertai kuiz buku dan berpeluang untuk memenangi pelbagai cenderamata eksklusif dari TV9.
NLKO mendekati penonton sebenar TV9 dalam Penyakit Orang Kampung dan berkongsi pengalaman hidup mereka yang mengalami penyakit unik yang lazimnya hanya berlaku di kampung, misalnya disebabkan banjir seperti kudis buta, kurap air, begok atau kayap ular. Segmen ini dilengkapkan dengan pandangan pengamal perubatan moden dan tradisional dalam menangani penyakit-penyakit ini. Lebih menarik lagi, penonton boleh menyaksikan pelakon terkenal tanah air, Ashraf Muslim, dalam Syifa’ Bersama Ashraf di mana dia akan berikthiar untuk mengenal pasti dan merawat penyakit menerusi doa dan penawar Al-Quran. Tujuannya bukan untuk menawarkan ubat atau rawatan tetapi untuk memberi informasi mengenai al-Quran sebagai sumber penawar dan ketenangan minda yang lebih mujarab.
Setiap hari Sabtu, 8:00 pagi NLKO yang dihoskan oleh Sharifah Nur, Abu Talib Husin dan Fatin (GM3) pada hari Sabtu ini pula akan memberi penekanan terhadap dunia seni tanah air dalam Filem & Teater. Ia akan memberi senarai filem terbaru, wawancara bersama penggiat teater dan filem tempatan serta kuiz beserta hadiah yang berkenaan dengan filem-filem yang dipromosikan pada hari tersebut. Dalam segmen Cuba Je! pula, Wan Sakinah dan Kamaruza’ain akan menjelajah ke kampung untuk mencari makanan yang pelik dan jarang didapati, antaranya yang akan dipaparkan adalah masak kurma otak kerbau dan gulai lemak kulit rambai. Tahukah Anda merupakan sebuah kapsul mengenai alam sekitar yang berkenaan dengan barangan yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti info tentang jangka hayat kosmetik, kesan pencuci pinggan mangkuk dan tempat paling sesuai untuk membuang barangan elektrik lama. Selain memantapkan lagi ilmu pengetahuan am, orang ramai juga boleh sama-sama bergabung tenaga untuk memperindahkan alam sekitar.
Hari Sabtu yang meriah akan diteruskan dengan pengacara NLKO memakai pakaian ikut tema nostalgia minggu berkenaan seperti contoh; Bollywood, Saloma atau Disko dalam satu segmen baru iaitu Nostalgia... Nostalgia. Lagu, filem, tetamu kenangan lalu yang menjadi ikon zaman itu akan dipaparkan untuk hiburan dan informasi para penonton yang berminat dengan karya seni pada masa lalu.
NLKO pada hari Sabtu dilengkapkan dengan Tekno, satu segmen yang diberi pendekatan lebih menarik untuk mempromosi gajet terkini dalam pasaran. Wartawan NLKO sendiri akan membelek, mencuba dan mengkritik gajet terkini supaya anda mendapat hanya barangan yang berkualiti tinggi. Setiap hari Ahad, 8:00 pagi NLKO memulakan hari Ahad dengan Sisipan Akhbar bersama hos Sharifah Shahirah, Farah Adeeba dan AG yang akan memberi fokus kepada berita-berita terkini yang berlaku pada hari tersebut. Tidak lengkap hari Ahad seorang surirumah tanpa memasak untuk ahli keluarga, maka dalam Dapur Berasap, NLKO akan membawa seorang chef untuk memasak dan menjawab soalan-soalan tentang makanan dan cara memasak secara langsung dari penonton di studio mahupun di rumah. Hentikan Tangisan merupakan salah satu lagi segmen terbaru NLKO mengenai pelbagai kisah-kisah kanak-kanak yang diculik, didera, dibunuh, terlibat dalam kemalangan, lari ikut kekasih dan banyak lagi. Dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, segmen meruntun jiwa ini juga akan mewawancara ibu bapa, rakan-rakan serta aktivis sosial berkenaan topik yang dipaparkan.
Untuk mereka yang suka membeli-belah pula, E-Shop merupakan satu segmen yang menonjolkan keistimewaan dan kelebihan membeli-belah secara online. Populariti laman web beli-belah semakin meningkat dan lebih banyak barangan ditawarkan. NLKO meninjau laman web untuk mendapatkan barangan berkualiti tanpa perlu berbelanja lebih serta memberi panduan untuk memastikan proses pembelian lebih selamat.
NLKO juga akan memaparkan Sihat @ NLKO bersama Dr Baby / Dr Famili / Dr Sakit Tuan Puan/ Dr Mata secara bergilir-gilir untuk menjawab soalan secara langsung dari pemanggil. Pelbagai jenis info tentang teknik penjagaan kesihatan seisi keluarga yang terbukti berkesan. Seperti yang kita sedia maklum, kesihatan adalah satu isu penting dan individu yang sihat boleh memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan masyarakat dan negara.
NLKO ditamatkan siaran pada 4 Mac 2018 bagi memberi laluan kepada program TV jualan secara langsung, CJ Wow Shop yang akan memulakan siarannya bermula 8:30 pagi sehingga 5:00 petang, setiap hari di TV9.
Pengacara
[sunting | sunting sumber]Pengacara Terkini
[sunting | sunting sumber]- Fakhrul Radhi
- Fizo Omar
- Irfan Ali
- Muaz Mohamed (bersama penyampai Kool 101)
- Qila Shahirah (bersama penyampai Molek FM)
- Syamira Nazir
Bekas Pengacara
[sunting | sunting sumber]- Affizza Azmi
- Aziz Desa (meninggal dunia)
- Abu Talib Husin (kini bersama TV AlHijrah)
- Aidid Marcelo
- Azaria Tagaya
- Barr Zaizan
- Bienda
- Dayah Bakar
- Erra Fazira (kini bersama Astro Prima)
- Farah Adeeba Ashraf
- Farah Anuar (kini bersama TV AlHijrah)
- Faizal Ismail (kini bersama Astro Prima)
- Fimie Don
- Haziq Hussni (kini bersama penyampai Era & Astro Prima )
- Heliza Helmi
- Hunny Madu (kini bersama Astro Prima)
- Luqman Hakim Abdul Malik
- Muhammad Azmir Selamat (kembali bersama penyampai Hot FM)
- Nana Mahazan (kini bersama Astro Prima)
- Nik Sayyidah Fatihah
- Nur Azean
- Saree Abdullah
- Sharifah Aleya (kini bersama penyampai Lite)
- Sharifah Shahirah (kini bersama penyampai Suria)
- Sharifah Nur Syed Ali
- Yatt Hamzah
- Zuhairah Mustafa Al-Husin
Ketupat Rendang Kopi O
[sunting | sunting sumber]Ketupat Rendang Kopi O ialah rancangan bual bicara khas yang disiarkan selama tiga hari sempena Hari Raya Aidilfitri sepanjang Nasi Lemak Kopi O bersiaran.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Malaysia Hari Ini (TV3; 1994–kini)
- Borak Kopitiam (TV3; 2018–2022)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Rasdan Ahmad (22 Januari 2012). Nasi Lemak Kopi O, lebih ceria Utusan Malaysia. Diperoleh pada 3 Disember 2012.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (4 Mac 2018). Selamat tinggal NLKO Harian Metro. Diperoleh pada 3 Disember 2018.
- ^ NLKO semakin menarik Harian Metro (28 April 2015). Diperoleh pada 3 Disember 2015.
- ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (19 Ogos 2012). Istimewa Ketupat Rendang Kopi 'o[pautan mati kekal] Utusan Malaysia. Diperoleh pada 3 Disember 2012.