[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzik (Jawi: موزيك Mal., Sin., juga musik Ind. tmsk Riau) ialah seni menggubah susun turutan bunyi mencakupi unsur-unsur irama, rentak dan harmoni[1] yang diterima oleh individu yang menerima bergantung kepada masa, tempat, budaya dan citarasa. Kegiatan mencipta, memperbaiki dan mempersembahkan karya berseni bunyi ini (secara kebolehan dalam diri seperti menyanyi mahupun menggunakan alat khas) dianggap suatu seni manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.

Karya-karya muzik boleh dikelompokkan mengikut fungsi sama ada untuk tujuan hiburan atau pergaulan masyarakat mahupun untuk kepentingan seperti amalan agama (termasuk mantera dan gita puja dalam sembahyang anutan tertentu) atau pekerjaan. Ia juga boleh dihimpunkan mengikut ciri tertentu dikongsi dalam genre.

Pengungkapan idea "muzik" dahulu dikaitkan dengan Mousai iaitu dewi-dewi seni dan pengetahuan yang dipercayai masyarakat Yunani Purba lalu memberi akar kepada istilah ini (μουσική mousike)[2] melalui kata bahasa Belanda muziek yang dahulunya diberi maksud "tetabuhan".[3][4]

Sejarah muzik

[sunting | sunting sumber]

Kemunculan dalam manusia

[sunting | sunting sumber]

Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan keupayaan otak ini, mereka Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.

Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.

Muzik moden

[sunting | sunting sumber]

Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan perkembangan sejarah itu sendiri. Bermula dari kemunculan tamadun terawal sehinggalah pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan penaklukan yang telah membawa dan menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia. Contohnya jalan sutera yang menghibungkan timur dan barat, peluasan empayar seperti Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib dan perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua America utara dan selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi teknologi barat membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah. Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan terciptanya radio serta TV, muzik boleh dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik dari kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.Muzik membangkitkan emosi yang berbeza dan membawa orang ke dunia baru yang pasti akan memberi impak besar kepada kehidupan mereka. Jika anda bercakap mengenai manfaat muzik, anda pasti boleh bercakap selama berjam-jam dan hari.

Penggubahan

[sunting | sunting sumber]

Muzik dikarang atau digubah menyusun atur nada dalam rentak yang digerakkan mengikut suatu kelajuan (tempo) dibataskan dalam suatu kala masa.

Pada zaman dahulu, lagu-lagu baharu yang diciptakan sering diajarkan secara lisan dari pengajar kepada pelajar secara mendengarkan lagu yang dimainkan sebanyak mana yang diingati dari pengkarya yang mengajar. Dengan perkembangan kaedah menulis ini maka cara mendendangkan lagu dengan irama dan rentak masa dapat ditandakan secara lebih tepat menggunakan tanda atau notasi yang bersesuaian dengan kemahuan sesebuah lagu itu ingin dipersembahkan pada kemudian masa.

Penyampaian

[sunting | sunting sumber]

Muzik sering dimainkan secara berkumpulan dalam sesebuah masyarakat[5][6] di tempat-tempat berkerumun ramai orang seperti dalam panggung, rumah balai dan kelab.

  1. ^ Company, Houghton Mifflin Harcourt Publishing. "The American Heritage Dictionary entry: Music". ahdictionary.com. Dicapai pada 2021-01-20.
  2. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. "μουσική". A Greek–English Lexicon. Tufts University. Dicapai pada 27 Oktober 2015 – melalui Perseus.
  3. ^ "muziek". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "muziek". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "muziek". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  4. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "muziek". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 218. tetaboehan.
  5. ^ Grazian, David. "The Symbolic Economy of Authenticity in the Chicago Blues Scene." in Music Scenes: Local, Translocal, and Virtual. ed. Bennett, Andy and Richard A. Peterson. Nashville: Vanderbilt University Press, 2004. pp. 31–47
  6. ^ Rebecca Elizabeth Ball (2010). Portland's Independent Music Scene: Formation of Community Identities and Alternative Urban Cultural Landscapes, p. 27