Michel Temer
Tuan Yang Terutama Michel Temer | |
---|---|
Presiden Brazil ke-37 | |
Menyandang jawatan 31 Ogos 2016 | |
Naib Presiden | Tiada |
Didahului oleh | Dilma Rousseff |
Naib Presiden Brazil ke-24 | |
Dalam jawatan 1 Januari 2011 – 31 Ogos 2016 | |
Presiden | Dilma Rousseff |
Didahului oleh | José Alencar |
Digantikan oleh | Jawatan dikosongkan |
Presiden Dewan Perwakilan | |
Dalam jawatan 2 Februari 2009 – 17 Disember 2010 | |
Didahului oleh | Arlindo Chinaglia |
Digantikan oleh | Marco Maia |
Dalam jawatan 2 Februari 1997 – 14 Februari 2001 | |
Didahului oleh | Luís Eduardo Magalhaes |
Digantikan oleh | Aécio Neves |
Presiden Parti Gerakan Demokratik Brazil | |
Dalam jawatan 9 September 2001 – 5 April 2016 | |
Didahului oleh | Jader Barbalho |
Digantikan oleh | Romero Jucá |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Michel Miguel Elias Temer Lulia 23 September 1940 Tietê, São Paulo, Brazil |
Parti politik | Gerakan Demokratik Brazil |
Pasangan | Maria de Toledo (bercerai) Marcela Tedeschi (2003–sekarang) |
Anak | 6 |
Tempat belajar | Universiti São Paulo Universiti Katolik Pontifical São Paulo |
Tandatangan | |
Michel Miguel Elias Temer Lulia (lahir 23 September 1940) ialah seorang peguam dan ahli politik Brazil yang merupakan Presiden Brazil ke-37. Beliau mengambil alih jawatan pada 31 Ogos 2016 selepas pemecatan Dilma Rousseff.[2]
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Temer dilahirkan di Tietê, São Paulo. Beliau merupakan anak lelaki kepada imigran Maronite Lubnan, Nakhoul "Miguel" Elias Temer Lulia dan March Barbar Lulia yang berhijrah ke Brazil pada tahun 1925.[2][3] Ibu bapa beliau bersama tiga adik-beradiknya berhijrah ke Brazil dari Btaaboura di utara Lubnan, untuk melarikan diri dari ketidakstabilan akibat Perang Dunia Pertama. Di Brazil, ibu-bapa beliau mempunyai lima lagi anak dan Temer merupakan yang paling bongsu. Temer tidak fasih berbahasa Arab tetapi boleh memahami subjek perbualan dalam bahasa tersebut. Temer beragama Roman Katolik.[1]
Temer memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti São Paulo dan doktor falsafah dari Universiti Katolik Pontifical São Paulo. Beliau berkhidmat sebagai pendakwa raya negeri dan dua kali sebagai Setiausaha Negara bagi Keselamatan Awam. Beliau adalah seorang profesor undang-undang Perlembagaan yang berlesen di PUC-SP dan telah mengarang beberapa buah buku mengenai subjek ini.
Karier
[sunting | sunting sumber]Bermula tahun 1987, Temer berkhidmat selama enam penggal berturut-turut dalam Dewan Perwakilan,[4] dan berkhidmat sebagai Presiden Dewan dalam tiga tempoh berasingan (pada tahun 1997–1998, 1999–2000 dan 2009–2010).[2] Temer juga merupakan ahli Majlis Perlembagaan Negara 1988 yang mengisytiharkan semasa Perlembagaan Brazil semasa.[2] Beliau menjadi pengerusi parti terbesar di Brazil, Parti Gerakan Demokrat Brazil.[4] Beliau merupakan Naib Presiden Brazil kedua yang berketurunan Lubnan selepas José Maria Alkmin.[5][6]
Pemangku Presiden
[sunting | sunting sumber]Pada 12 Mei 2016, Senat Persekutuan mengundi untuk menerima dakwaan pemecatan Dilma Rousseff dan oleh itu, Naib Presiden Temer mengambil alih kuasa presiden dan tugas sebagai Pemangku Presiden. Semasa hari pertamanya sebagai pemangku presiden, Temer melantik kabinet baru dan mengurangkan jumlah kementerian daripada 31 kepada 22.
Presiden
[sunting | sunting sumber]Dua jam selepas pemecatan Dilma Rousseff, Michel Temer mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil untuk menghabiskan baki tempoh yang akan berakhir pada 1 Januari 2019.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Vilarejo libanês do 'filho Michel Temer' segue igreja ortodoxa grega
- ^ a b c d "Presidência da República Federativa do Brasil: Vice-Presidente: Biografia". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ O Cardeal Temer
- ^ a b Cantanhéde, Eliane (1 November 2010). "Líder do PMDB, Temer terá mais força que vices de FHC e de Lula" [As leader of the PMDB, Temer has more power than the vice presidents of Fernando Henrique Cardoso and Lula]. Folha de S.Paulo. São Paulo, Brazil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 2016-09-07. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Dyke, Joe (2 Julai 2014). "The most powerful Lebanese person alive". Executive Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 2016-09-07. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Bercito, Diogo (4 Mei 2015). "Politicians of Lebanese descent flourish in Brazil". The Daily Star. Lebanon. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2015. Cite has empty unknown parameters:
|deadurl=
dan|subscription=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Michel Temer |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Luís Eduardo Magalhaes |
Presiden Dewan Perwakilan 1997–2001 |
Diikuti oleh: Aécio Neves |
Didahului oleh Arlindo Chinaglia |
Presiden Dewan Perwakilan 2009–2010 |
Diikuti oleh: Marco Maia |
Didahului oleh José Alencar |
Naib Presiden Brazil 2011–sekarang Pemangku Presiden 2016 |
Kosong |
Didahului oleh Dilma Rousseff |
Presiden Brazil 2016–sekarang |
Pemegang jawatan kini |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Jader Barbalho |
Presiden Parti Gerakan Demokrat Brazil 2001–2016 |
Diikuti oleh: Romero Jucá |