Masjid Tengkera
Masjid Tengkera مسجد تڠکيرا | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | En Alias Bin Mohamad 2017 (Imam Besar) Muhammad Ilyas Bin Mohd Mokhtar 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-MT-00147 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Daerah | Melaka Tengah |
Lokasi | Masjid Tengkera, Km. 2, Tengkera, 75200 Melaka |
Koordinat | 2°12′15″N 102°13′55″E / 2.204080°N 102.231978°EKoordinat: 2°12′15″N 102°13′55″E / 2.204080°N 102.231978°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid Tengkera | |
sunting |
Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 2, Tengkera, 75200 Melaka.[1]
Alamat
[sunting | sunting sumber]Sejarah
[sunting | sunting sumber]Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu tranquerah yang bermaksud benteng pertahanan.[2] Ia dibina pada tahun 1728 oleh seorang pedagang dan ulama dari India, Muhammad Salleh dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda.[3] Masjid ini juga ialah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.
Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu belian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.
Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muazzam Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.
Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muazzam Shah mangkat pada 5 September 1835 lalu dimakamkan di perkarangan masjid ini.
Makam
[sunting | sunting sumber]- Sultan Haji Sir Ahmadd Hussain al-Mu'azzam Shah I (Tengku Longge Hussein)
- Sultan Haji Sir Allie Iskhanddar al-Mu'azzam Shah I (Tengku Muhammad Ali)
- Sultan Haji Sir Allhauddin Allam Riayat Shah (Tengku Alam Shah)
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Masjid Tengkera memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-MT-00147.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Masjid Tengkera". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 2017-11-26.
- ^ Siti Shahrosamirah Shaharman (29 Januari 2017). "Tahukah anda asal usul nama Tengkera?". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 29 Disember 2017 – melalui Sinar Online. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Nurul Fhatihah Zakinan (14 Jun 2015). "Masjid tertua Melaka tinggalan 'Serambi Makkah'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 29 Disember 2017 – melalui BH Online. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Masjid Tengkera. |