Maria Magdalena
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Mary Magdalene | |
---|---|
Disciple | |
Lahir | Date unknown Place unknown |
Meninggal | Date unknown Place: possibly Saint-Maximin-la-Sainte-Baume, Ephesus, Asia Minor [1] |
Dihormati oleh | Eastern Orthodoxy Roman Catholic Church Anglican Communion Lutheranism other Protestant churches Bahá'í Faith |
Hari perayaan | July 22 |
Atribut | Western: alabaster box of ointment Eastern: container of ointment (as a myrrhbearer), or holding a red egg (symbol of the resurrection); embracing the feet of Christ after the Resurrection |
Naungan | Apothecaries; Kawit, Cavite; Atrani, Italy; Casamicciola Terme, Ischia; contemplative life; converts; glove makers; hairdressers; penitent sinners; people ridiculed for their piety; perfumeries; pharmacists; reformed prostitutes; sexual temptation; tanners; women |
sunting |
Mary Magdalene atau 'Maria Magdalena' atau Maria dari Magdala ialah seorang tokoh agama dalam agama Kristian . Beliau dianggap sebagai wanita kedua terpenting dalam Perjanjian Baru selepas Mariam (Mary) ibu kepada Nabi Isa / Yesus [2]. Maria Magdalena mengembara dengan Nabi Isa sebagai salah seorang pengikutnya. Beliau hadir pada dua peristiwa penting Nabi Isa iaitu : penyaliban dan kebangkitan. Dalam empat buah Injil, nama Maria Magdalena disebut 12 kali, lebih daripada kebanyakan pengikut Nabi Isa yang lain. Beliau disifatkan sangat berani, berani di sebelah Nabi Isa ketika saat-saat penderitaan, kematian dan seterusnya.
Injil Lukas mengatakan tujuh syaitan telah keluar dari beliau[Lukas 8: 2].Injil Markus mengatakan bahawa Isa telah membuang tujuh roh jahat keluar dari Maria Magdalena. [Mk. 16: 9] ."Tujuh iblis" ditafsir sebagai penyakit kompleks, tidak kepada sebarang bentuk dosa.[3] Maria Magdalena hadir semasa penyaliban Isa dan semasa peristiwa Sabat. Injil berkanun iaitu [Matius 28: 1-8] [Mark 16: 9-10] [Lukas 24:10] [John 20:18] menggambarkan beliau bersendirian dan wanita pertama yang memberi keterangan kepada kebangkitan Yesus[4]. John 20 dan Mark 16: 9 menamakan beliau sebagai orang pertama yang telah melihat Isa selepas kebangkitan-Nya.
Ahli teologi ortodoks Augustine melabel beliau sebagai "Rasul kepada para Rasul". Beberapa sarjana mendakwa Maria Magdalena sebagai pelacur.
Namun, Mary Magdalene dianggap sebagai suci oleh Gereja Katolik, Ortodoks, Anglican dan Lutheran dengan sambutan perayaan 22 Julai setiap tahun. Sementara gereja Protestan menghormati beliau sebagai wirawati yang beriman, suci dan kudus. Gereja-gereja Ortodoks Timur juga memperingati beliau pada hari Ahad .
Identiti
[sunting | sunting sumber]Magdalena berasal daripada perkataan 'Magdala' iaitu sebuah kota pesisiran Galilea di Tiberias. Maria Magdalena digambarkan membasahi kaki Yesus dengan air matanya dan menyekanya dengan rambutnya, kemudian mencium kaki Nabi Isa dan meminyaki kaki Nabi Isa dengan minyak wangi (Lukas 7:36-50; Markus 15:40, Matius 27:56, dan Yohanes 19:25).
Beliau salah seorang daripada wanita yang menyertai rombongan Nabi Isa semasa menyebarkan Injil di Galilea. Perempuan lain yang turut serta ialah Yohana isteri Khuza dan Susana.
Menurut Alkitab juga, Maria Magdalena juga merupakan orang pertama yang mendapati makam Nabi Isa kosong dan kemudian orang pertama yang melihat Nabi Isa Bangkit (Yoh. 20:1-18).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Saint Mary Magdalen". New Catholic Dictionary. 1910. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ Morrow, Carol Ann. "St. Mary Magdalene: Redeeming Her Gospel Reputation". Liguori Publications [1]
- ^ "Saint Mary Magdalene". In Encyclopædia Britannica. 2011.
- ^ Thompson, Mary R. Mary of Magdala, Apostle and Leader. New York: Paulist Press, 1995. ISBN 0-8091-3573-6