[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Maharaja Kōshō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kōshō
Maharaja Jepun
Pemerintahan475 SM – 393 SM (tradisional)[1]
Keputeraan506 SM
Mangkat393 SM (113 tahun)
DimakamkanWakigami no Hakata no yama no e no misasagi (Nara)
PendahuluMaharaja Itoku
PenggantiMaharaja Kōan

Maharaja Kōshō (孝昭天皇,, Kōshō-tennō); juga dikenali sebagai Mimatsuhikokaeshine no Mikoto. Beliau ialah Maharaja Jepun yang kelima,[2] mengikut susunan tradisi perwarisan.[3]

Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaanya dianggap memerintah dari tahun 475 SM sehingga 393 SM. [4] Beliau mungkin hidup seawal abad pertama Masihi. but he may have lived in the early 1st century.[5]

Kisah lagenda

[sunting | sunting sumber]

Para sarjana moden mempersoalkan kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja terawal. Keturunan Maharaja Suizei, Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[6] Nama Kōshō-tennō diberikan kepada beliau sebagai nama anumerta atau nama selepas kematian oleh generasi kemudian.[7]

Maharaja Kōshō dianggap sebagai "maharaja lagenda". Informasi tentang beliau amat sedikit untuk kajian yang lebih lanjut.[8] Maharaja Kimmei (509?–571 AD), Maharaja Jepun ke 29,[9] merupakan maharaja pertama yang dapat disahkan tarikhnya oleh penulisan sejarah kontemporari.[10] Walaubagaimanapun, kebiasaannya nama dan tarikh maharaja-maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan dianngap "tradisional" sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kammu (737-806), maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[11]

Hanya nama beliau dan susur galurnya sahaja yang direkodkan didalam Kojiki dan Nihonshoki. Beliau dipercayai anak lelaki sulung Maharaja Itoku. Ibunya ialah Amanotoyototsu-hime, iaitu anak perempuan kepada Okishimimi-no-kami.[12] Orang Jepun menerima sejarah kewujudannya, dan tempat pemakaman atau Imperial misasagi untuk maharaja ini dalam proses senggaraan. Walaubagaimanapun, tidak wujud sebarang rekod kontemporari yang dapat memastikan bahawa maharaja ini pernah memerintah. Beliau merupakan maharaja keempat daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "Lapan Monarki tanpa Dokumen" (欠史八代,, Kesshi-hachidai).[13]

Maharaja Kōshō merupakan anak lelaki sulung kepada Maharaja Itoku.[4] Jien merekodkan bahawa beliau memerintah dari Istana Ikekokoro-no-miya di Waki-no-kami yang mana sekarang dikenali sebagai Wilayah Yamato.[14]

Nama postumus beliau secara terjemahannya bermaksud "manifestasi kewajipan yang dituntut daripada anak" atau dalam Bahasa Inggeris ialah "filial manifestation". Namanya tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi seperti ini berbentuk China dan mempunyai implikasi Buddha dimana nama tersebut telah diusul atau dibuat supaya teratur beberapa abad selepas kehidupan Maharaja Kōshō, kemungkinan besar semasa zaman dimana lagenda tentang asal usul Dinasti Yamato dikumpulkan menjadi rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki.[13]

Tempat sebenar makam Maharaja Kōshō belum dapat dikenalpasti. [2] Maharaja ini dimuliakan di makam memorial Shinto (misasagi) di Nara.

Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam Maharaja Kōshō's. Secara rasminya, tempat ini dikenali sebagai Wakigami no Hakata no yama no e no misasagi.[15]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Artikel ini disalin dan diterjemah daripada Wikipedia Bahasa Inggeris

Mohor Imperial Jepunbunga kekwa (chrysanthemum) berkembang yang diolah
  1. ^ "Genealogy of the Emperors of Japan" at Kunaicho.go.jp; retrieved 2013-8-28.
  2. ^ a b Imperial Household Agency (Kunaichō): 孝昭天皇 (5); retrieved 2013-8-22.
  3. ^ Titsingh, Isaac. (1834). [ Annales des empereurs du japon, pp. 4-5.], m/s. 4, di Buku Google; Brown, Delmer M. (1979). Gukanshō, p. 251; Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki, p. 89;
  4. ^ a b Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, p. 30.
  5. ^ Nussbaum, Louis-Frédéric. (2005). "Kōshō Tennō" in [ Japan Encyclopedia, p. 564], m/s. 564, di Buku Google.
  6. ^ Yoshida, Reiji. "Life in the Cloudy Imperial Fishbowl," Japan Times. March 27, 2007; retrieved 2013-8-22.
  7. ^ Brinkley, Frank. (1915). [ A History of the Japanese People from the Earliest Times to the end of the Meiji Era,], m/s. 21, di Buku Google; excerpt, "Posthumous names for the earthly Mikados were invented in the reign of Emperor Kammu (782-805), i.e., after the date of the compilation of the Records and the Chronicles.
  8. ^ Kelly, Charles F. "Kofun Culture," Japanese Archaeology. April 27, 2009.
  9. ^ Titsingh, pp. 34–36; Brown, pp. 261–262; Varley, pp. 123–124.
  10. ^ Hoye, Timothy. (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds, p. 78; excerpt, "According to legend, the first Japanese emperor was Jimmu. Along with the next 13 emperors, Jimmu is not considered an actual, historical figure. Historically verifiable Emperors of Japan date from the early sixth century with Kimmei.
  11. ^ Aston, William. (1896). Nihongi, pp. 109.
  12. ^ Varley, p. 90.
  13. ^ a b Aston, pp. 144-145.
  14. ^ Brown, p. 251; Varley, p. 90.
  15. ^ Ponsonby-Fane, p. 418.
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Itoku
Senarai Maharaja Jepun
475 SM–393 SM
(tarikh tradisional)
Diikuti oleh:
Maharaja Kōan